Isnin, 1 April 2013
Contoh Rujukan Sastera
Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu
dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang
seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan
sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. (A.Ghafar Ibrahim; 2002:
25) Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan
memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-alasan yang mewajarkan
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan.
Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan
melalui bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu
membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan
rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang
berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku
dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan
pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Penggunaan bahan sastera
boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif. Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu
mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan
peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru
Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang
digunakan. Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi
cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis
dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani.
Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa
alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera.
Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik.
Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika
bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu,
maka bahasanya terjamin.Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat
menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya
sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera
yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus
menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa
yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa
bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu
objektif pendidikan Bahasa Melayu.
Melalui penulisan bahasa sastera,
penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan dalam situasi yang
berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu bahasa sastera
mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses
penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar. Bagi tugasan ini
saya telah memilih genre sastera sajak untuk di ulas berkaitan dengan aspek
bahasa, nilai dan struktur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Anda:
Catat Ulasan