Memaparkan catatan dengan label Pengajaran Berbantu Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengajaran Berbantu Komputer. Papar semua catatan
Sabtu, 7 Disember 2013
TEKNOLOGI PENDIDIKAN BERBANTUKAN KOMPUTER
1.0 PENDAHULUAN
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer, pelbagai unsur media digabungjalinkan. Unsur-unsur tersebut ialah
video, audio, animasi, teks dan grafik. Oleh yang demikian, maklumat bermutu
dan berkesan mampu disampaikan sekiranya ia digunakan secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Omar Zakaria et al (2006)
dalam modul ‘Teknologi Maklumat dalam Pendidikan’, Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau kursus, yang disampaikan
menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian
dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah
lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia,
Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ke sekolah-sekolah.
1.2 Jenis-jenis PPBK
Terdapat enam jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi,
tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK
mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran
peringkat rendah, menengah dan tinggi.
1.2.1 Latih
Tubi
Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh
komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua
jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas
kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat
mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan
kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.
1.2.2 Tutorial
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan
bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti
dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan
maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru,
mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau
pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.
1.2.3 Simulasi
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh
komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau
peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu,
tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan
untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata
pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau
modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.
1.2.4 Permainan
Permainan adalah merupakan jenis PPBK yang
melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat
keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan
dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam
PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan
dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi
untuk menjadi juara.
1.2.5 Penyelesaian
Masalah
Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat
digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang
hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan
tepat. Penyelesaian Masalah membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer
dalam mencari dan menyelesaikan masalah melalui pencarian dan melalui
pertanyaan yang dikemukakan kepada komputer.
1.2.6 Ujian
Jenis PPBK berkonsepkan ujian adalah merupakan
jenis PPBK yang menerapkan konsep pembelajaran berdasarkan pengujian. Ia
merupakan proses yang dilakukan membolehkan pelajar berinteraksi dengan
komputer menerusi latihan dan jawapan disertakan selepas sesi menjawab soalan
dilakukan. Ia membolehkan pelajar mengetahui keputusan dengan lebih pantas dan meningkatkan
daya ingatan pelajar dengan lebih mudah.
1.3 PENILAIAN PERISIAN
Perisian
ini amat bersesuai dengan bidang pembelajaran Bahasa Melayu. Namun pemilihan
perisian ini juga sesuai untuk semua mata pelajaran. Ini adalah kerana perisian tutor ini mempunyai pakej yang
lengkap dilihat dari aspek kategori atau jenis pembelajaran berbantukan
komputer. Penilaian akan meliputi aspek-aspek seperti berikut;
1.3.1 Jenis kategori perisian kursus
Ia
meliputi semua kategori dalam perisian berbantukan komputer. Ini meliputi
berkaitan dengan latih tubi, tutorial, penyelesaian masalah, permainan dan
ujian. Ini dapat dilihat menerusi contoh-contoh serta alamat yang diberikan. Ia
juga diketegorikan sebagai pembelajaran online yang amat berfaedah yang sesuai
digunakan dalam semua mata pelajaran.
1.3.2 Tujuan perisian kursus
Perisian
kursus yang berasaskan Web Portal yang beroperasi sejak 2001 ini merupakan
gerbang pendidikan elektronik berasaskan web percuma yang menampilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semua peringkat iaitu peringkat
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di
samping bahan-bahan tambahan untuk Prasekolah dan Prauniversiti. Oleh yang
demikian ia dapat digunakan bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran
kerana sifatnya yang lengkap.
1.3.3 Fungsi dan kegunaan perisian
Fungsi dan
kegunaan perisian adalah sebagai sumber pembelajaran yang melibatkan pelbagai
bidang pengajaran dan pembelajaran. Selain menjadi sebagai sumber rujukan ia
juga merupakan sumber bagi pengajaran dan pembelajaran yang meliputi peringkat
rendah hinggalah peringkat pra universiti iaitu STPM.
1.3.4 Kekuatan
Kekuatan
perisian ini dapat dilihat menerusi dua aspek utama iaitu isi dan aspek
teknikal seperti navigasi, ciri-ciri penyimpanan rekod, persembahan dan
kualiti.Dari segi isi kandungan merujuk kepada ketepatan isi kandungannya
adalah tidak diragukan kerana ia berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan
mengikuti pembelajaran di sekolah. Contohnya Bahan-bahan di dalam eTuisyen dan
Bank Soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar
dalam bidang-bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut
format dan sukatan pelajaran terkini yang telah digariskan oleh Bahagian
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala untuk bahan-bahan P&P
Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart School Sdn. Bhd. syarikat
pemaju kandungan kursus yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
keperluan Sekolah Bestari di seluruh negara.
Oleh yang demikian kesesuaian penggunaan perisian
ini amat memberi kesan kepada penggunaan sebagai bahan berbantukkan komputer
kerana isi kandungannya yang selaras dengan keperluan sukatan pelajaran
mana-mana mata pelajaran sama ada peringkat rendah ataupun peringkat menengah.
Ini ditambah pula dengan skop isi kandungannya
tidak terbatas kepada satu bidang sahaja malah meliputi pelbagai bidang seperti
sains, matematik dan agama. Dengan yang demikian proses pengintegrasian mata
pelajaran dengan mudah boleh dilakukan.
Sementara dilihat dari aspek teknikal pula, jelas
sekali ia amat mudah untuk digunakan. Navigasi dalam perisian ini adalah ringkas dan mudah difahami. Setiap
navigasi akan membawa pengguna kepada bidang-bidang yang dipilih mengikut
kehendak pengguna.
Ciri-ciri penyimpanan rekod dalam perisian ini
adalah dengan menggunakan server dan ia lebih selamat berbanding dengan
perisian ”stand alone” iaitu perisian yang digunakan secara offline. Ini adalah
kerana data-data tidak akan hilang walaupun dalam jangka masa yang lama.
Persembahan dari segi penyampaian menerusi isi
kandungan dan pautan adalah amat ringkas dan pengguna dapat memahami perjalanan
perisian tanpa masalah. Maka secara jelasnya ia merupakan perisian yang
mempunyai kualiti yang tersendiri dimana capaian maklumat adalah berbentuk
global.
Bagi memudahkan pengguna pula penyediaan maklumat
berkaitan dengan sokongan teknikal disediakan iaitu seperti pemetaan, panduan
pengguna dan cara menghubungi pembangun perisian secara online. Dengan yang
demikian penggunakan akan dapat menggunakan perisian ini dengan lebih berkesan.
Contoh panduan pengguna seperti kesesuaian atau keperluan sistem.
1.3.5 Kelemahan
Pada
pendapat saya tidak banyak kelemahan yang dapat dikenalpasti menerusi pemilihan
perisian ini. Namun ia juga tidak lari daripada beberapa kelemahan iaitu :-
i. Isi kandungan (ketepatan, kesesuaian
dan skop)
Tidak dikemaskini dalam jangka masa
yang agak lama. Contohnya seperti soalan-soalan dalam UPSR. Masih terdapat
soalan-soalan yang lari daripada konsep atau format menjawab soalan kerana
contoh-contoh soalan dari tahun 2003 masih lagi terdapat dalam perisian web
portal ini.
ii. Sokongan teknikal dan panduan pengguna
Walaupun
terdapat panduan pengguna namun ia tidak dijelaskan secara spesifik iaitu
terlalu ringkas. Ini memerlukan guru terpaksa menerangkan terlebih dahulu
sebelum ia dapat dimanfaatkan oleh murid-murid.
1.4 Rumusan
Secara
keseluruhan konsep pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan proses
pembelajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer dengan bimbingan guru. Ia
merupakan cara untuk membolehkan pelajar memperolehi proses pembelajaran dengan
lebih yakin dan seronok. Seterusnya ia dapat meningkatkan pemahaman dan daya
ingatan pelajar.
Isnin, 15 April 2013
Contoh Rujukan Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)
1 Pengenalan
Matlamat
pembangunan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memberi penekanan kepada pembangunan ICT yang
menyeluruh, antaranya ialah untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar,pendidik
dan personel serta menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P supaya ianya
lebih menarik dan berkesan.
Salah
satu tujuan pendidikan adalah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan
membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik., intelektual dan
emosi. DePorter (1992) dalam teorinya “Quantum learning”menyatakan bahawa
manusia memiliki potensi untuk berkembang (potential to growth) hampir tidak
terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahgian kecil sahaja kemampuan
tersebut “we live only a small part of the life we are given”.
Criswell(1989)
mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan
pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Pendek kata matlamat PBK
ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan
menggunakan program komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994)
kemasyhuran komputer menjadi popular sebagi media pembelejaran kerana komputer
memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain
sebelum zaman komputer.
Di
antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan dan
maklumbalas serta peneguhan. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan,
aktif dan bermutu. Antara jenis atau teknik PPBK termasuklah
tutorial, latihtubi, Permainan, Simulasi,Tunjuk Cara dan Ujian.
Menurut
Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyhuran komputer menjadi popular
sebagi media pembelejaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak
dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran
yang berkesan, aktif
dan bermutu. Melalui
teknik PBK yang terancang ia akan dapat digunakan dalam semua subjek dan
menarik minat para pelajar disebabkan beberapa perkara berikut :-
1.1 Hubungan interaktif
Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara
rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat
menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat. Berdasarkan hubungan interaktif
ini murid-murid akan dapat mencapai maklumat yang dikehendaki dengan
menggunakan hyperlink atau pautan untuk mencapai sesuatu maklumat.
1.2 Pengulangan
Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu
untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam
pengulangan amat diperlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar
(Clements, 1994) .
1.3 Maklumbalas dan peneguhan
Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum
balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan
peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan.
2 Mod-mod
Pengajaran dan Pembelajaran
Mod-mod yang
terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat dalam pendidikan
adalah seperti berikut :-
2.1 Tutorial
Tutorial
melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara
berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer
akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk
memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar
yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian
tinggi.
Ianya juga dapat
digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah (Alessi & Trollip, 1985)
dan untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Ini semua dilakukan
dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Perkembangan
teknologi komputer membolehkan video serta audio digunakan untuk merangsang
pelajar.
2.2 Mod Penerokaan
Mod ini merupakan pengabungan isi pelajaran dan suatu strategi penyampaian
yang membolehkan pelajar meneroka suatu perkara atau konsep dan membina
pengetahuan kendiri. Tujuan utama penggunaan mod penerokaan bukannya untuk
mendapat jawapan salah atau betul tetapi memfokus kepada penglibatan pelajar
dalam sesuatu konsep atau perkara dengan kefahaman mereka sendiri.
2.3 Mod Komunikasi
Mod ini
menekankan penggunaan teknologi yang berkaitan komunikasi dalam membantu
pengajaran dan pembelajaran. Mod
komunikasi melibatkan beberapa kemudahan seperti e-mail, telesidang (sidang
video atau audio), enjin pengelintar melalui internet dan pembinaan laman web.
2.4 Mod Aplikasi
Rujukan
Adi Afzal Ahmad. 1996. On tour : the
multimedia courseware for students of KBSM English.Unpublished
Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia .
Fox, G. 1998. The Internet: making it work
in the ESL classroom.The Internet TESL Journal, 4/9.
Hannafin R. D. & Freeman, D. J. 1995.
An exploratory study of teachers’ view of knowledge acquisition. Educational
Technology. 35 (1): 49-56.
Hazeline
Mahmood. 1998. A multimedia CALL programme : D.R.E.A.M. Unpublished Undergraduate
Thesis. (B. Ed. TESL Program) , Universiti Kebangsaan Malaysia .
Langgan:
Catatan (Atom)