Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 2 April 2013

Contoh Peningkatan Aktiviti Fizikal


Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan atau tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang aktif yang membawa kepada nilai kesihatan yang positif. Dalam Pendidikan Kesihatan segala aspek yang melibatkan kesihatan disentuh secara berperingkat bermula dari prasekolah. Aspek kesihatan seperti pemakanan seimbang, kesihatan diri, bahan-bahan yang memudaratkan semuanya berkait rapat dengan suasana dan persekitaran kita.

Guru perlu sentiasa peka terhadap tahap kesihatan murid dengan mengambil kira kesepaduan ilmu, nilai dan amalan. Pengajaran dan pembelajaran dirancang supaya dapat melahirkan murid yang bijak menjaga kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan. Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.

Menurut Wee ( 1995) Pendidikan Kesihatan mempunyai tujuan untuk mengubah tingkah laku iaitu dari aspek pengetahuan, sikap dan amalan seseorang individu seterusnya ke atas kelompok komuniti. Pendidikan Kesihatan juga di saran untuk mewujudkan insane yang berpelajaran dengan membekalkan pengelaman-pengalaman kesihatan yang bermakna, yang akan mengubah pembawaan kesihatan.Ia juga untuk menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat, pembinaan tanggungjawab kediri untuk membina kesihatan yang lebih positif sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat. Seterusnya memberi kesan ke atas memajukan fenomena komuniti dan membangunkan kesihatan kerajaan.

Di peringkat sekolah tujuan Pendidikan Kesihatan adalah membantu murid meningkatkan pengalaman dan pengetahuan kesihatan, menanam sikap positif ke atas kesihatan dan mengayakan corak gaya hidup sihat. Objektif Kementerian Pendidikan sekolah adalah bertujuan mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan alam persekitaran. Ia juga bertujuan menguasai kemahiran-kemahiran bagi menghadapi dan mengatasi masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan. Pendidikan Kesihatan juga bermatlamt untuk membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman, seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat sebagai cara hidup seharian. Objektif terakhirnya ialah memainkan peranan aktif dalam menbangunkan kualiti kehidupan komuniti secara global. 

Mata pelajaran ini menggalakkan teknik pembelajaran bersepadu bagi menekan peningkatan pelbagai kecerdasan kanak-kanak. Dalam setiap kegiatan pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur pergerakan dan kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani dan kesihatan. Cuba melakukan pergerakan dengan selamat dan cermat mengikut kemampuan fizikal individu serta pertandingan dalam suasana bermain ditegaskan. Amalan rutin kecergasan dan kesihatan ditanam dalam suasana seronok. Di samping itu, gaya pembelajaran kanak-kanak yang tersendiri itu diberi perhatian supaya murid mendapat manfaat yang maksimum daripada pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Aktiviti seperti senaman beramai-ramai dan kawad hendaklah digalakkan untuk memupuk semangat bekerjasama dan disiplin melalui kegiatan fizikal.


Dalam aktiviti gaya hidup sihat terdapat beberapa komponen utama yang membentuknya. Komponen-komponen itu dapat diterjemahkan dalam gambar rajah di bawah.


Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif dengan gabungan elemen pengalaman dan kejadian realiti yang berlaku dipersekitaran kita. Pengalaman murid akan membantu proses menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Dengan mengaitkan pengalaman dan suasana persekitaran murid dapat menentukan situasi yang boleh diikuti contohnya bercerita tentang makanan kegemaran mereka, mengenal makanan yang tidak berkhasiat seterusnya membawa kepada penerangan pemakanan yang seimbang. Dengan yang demikian murid-murid akan mengetahui kesan pemakanan yang tidak baik dan yang baik kepada mereka.

            Bagi merangsang pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid guru juga boleh menayangkan peristiwa-peristiwa sebenar yang berlaku dipersekitaran mereka tentang amalan gaya hidup yang baik dan tidak baik serta kesan yang mereka perolehi apabila mengamalkan gaya hidup tersebut secara positif. Lawatan ke tempat-tempat tertentu seperti di hospital dan sebagainya akan dapat membuka minda murid untuk membuka pemikiran mereka berkaitan kesan dan kepentingan gaya hidup sihat.

            Elemen-elemen pengalaman dan strategi pembelajaran yang pelbagai akan memberi impak yang berkesan terhadap proses pembelajaran gaya hidup sihat bagi menjamin kesejahteraan hidup kita daripada pelbagai sudut kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Dengan berpegang teguh kepada konsep kendiri yang positif, bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkahlaku sendiri serta mempunyai pegangan yang teguh gaya hidup yang sihat dan praktikal pasti dapat direalisasikan.

            Amalan kesihatan diri dan keluarga amat penting untuk dipraktikkan bagi menjamin sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera. Ia membolehkan manusia hidup sebagai sebuah kelurga yang bahagia dan menjamin mutu kesihatan yang berkualiti dan menjamin kesihatan diri yang dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagian dan menyumbang kepada keharmonian sesebuah masyarakat.


0 Komen Anda:

Catat Ulasan