Memaparkan catatan dengan label pembelajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembelajaran. Papar semua catatan
Sabtu, 20 April 2013
Contoh Rujukan "Tekanan" Atau Stress
Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa
kini tentang isu-isu stress dan keganasan semasa bekerja telah berkembang ke
suatu tahap ketara hasil daripada perhatian semakin meningkat yang diberikan
dalam media kepada beberapa kejadian di tempat kerja yang dramatik dan kadangkala
tragik yang dilakukan oleh individu terganggu. Masalah stress dan keganasan
semasa bekerja beransur-ansur namun secara pasti kini sedang muncul sebagai
suatu cabaran baru yang memerlukan perhatian pihak majikan dan pengurusan serta
pengembelingan sumber yang ada pada mereka. Diambil secara bersama, stress dan
keganasan mungkin telah menjadi punca bagi sejumlah besar kemalangan dan penyakit
pekerjaan yang akhirnya membawa maut atau menyebabkan penderitaan atau hilang
upaya. Di banyak negara, permasalahan berkait telah terbukti
menjejas semua sektor dan segala kategori pekerja.
Dalam kehidupan
sehari-hari, kita terdedah kepada pelbagai bentuk stress. Stress berlaku
apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk
menanganinya. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang
kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan
menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani stress yang dihadapi
amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.
DEFINISI STRESS
Stress merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam
kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada stress yang boleh
berpunca dariapada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk
fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan stress ke atas seseorang individu
banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk
mengatasinya.Smither (1994) menakrifkan stress sebagai respon fisilogikal dan
psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992)
mendefinisikan stress sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi
definisi stress sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian
minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat
menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang
positif. Kesedaran tentang
perlunya menguruskan stress ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak
dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut
ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan
Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan
Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor
Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Stress akan
dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan,
kebimbangan yang tinggi serta simptom-simptom fisiologi yang ditunjukkan kesan
daripada sesuatu peristiwa yang dialami (Wright, 1967). Stress, dengan itu, tidak
semestinya menjadi suatu fenomena negatif. Jadi, adalah salah jika memberi
tumpuan hanya pada aspek patologi stress tanpa menekankan pentingnya usaha
mencari dan mendapatkan penyesuaian dinamik terhadap keadaan tertentu. Jika
kesihatan dianggap sebagai suatu keseimbangan dinamik, maka stress menjadi sebahagian
daripadanya kerana tidak mungkin wujud kesihatan tanpa saling bertindak
(interaksi) dengan orang lain dan alam sekitar. Hanya stress berlebihan yang
menjadi masalah patologi. Sedikit stress, adalah biasa dan perlu pada manusia.
JENIS-JENIS STRESS
Eustress atau Positif Stress
Merupakan
jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal yang menyenangkan misalnya, mendapat
promosi, penghargaan atas prestasi kerja yang baik. Stress yang positif adalah
stress yang “terkendali”. Dalam kehidupan sehari hari, stress diperlukan untuk
menjadikan hidup kita lebih ghairah, lebih bersemangat, lebih positif. Stress
yang positif membuat kita menjadi semakin bersemangat untuk mengendalikan
sesuatu tugasan dengan kadar stress yang terkawal.
Distress atau Negatif Stress
Merupakan jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal
yang tidak menyenangkan atau stress yang negatif iaitu stress yang “tidak
terkendali”. Stress seperti inilah yang membuat kita gelisah,
tidak produktif dan kadang dekstruktif. Stress
yang negatif dapat menimbulkan gangguan emosi seperti terlalu sensitif, meluat,
marah, berprasangka dan terburu-buru. Stress negatif dapat menimbulkan
Psychoneurosis (ketidak seimbangan mental disertai gangguan emosi) seperti
nafas pendek, otot leher tegang, sakit ulu hati, pening kepala, gangguan
pencernaan dan sebagainya.
JENIS-JENIS STRESS
Eustress atau Positif Stress
Merupakan
jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal yang menyenangkan misalnya, mendapat
promosi, penghargaan atas prestasi kerja yang baik. Stress yang positif adalah
stress yang “terkendali”. Dalam kehidupan sehari hari, stress diperlukan untuk
menjadikan hidup kita lebih ghairah, lebih bersemangat, lebih positif. Stress
yang positif membuat kita menjadi semakin bersemangat untuk mengendalikan
sesuatu tugasan dengan kadar stress yang terkawal.
Distress atau Negatif Stress
Merupakan
jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal yang tidak menyenangkan atau stress
yang negatif iaitu stress yang “tidak terkendali”. Stress seperti
inilah yang membuat kita gelisah, tidak produktif dan kadang dekstruktif. Stress yang negatif dapat menimbulkan
gangguan emosi seperti terlalu sensitif, meluat, marah, berprasangka dan
terburu-buru. Stress negatif dapat menimbulkan Psychoneurosis (ketidak
seimbangan mental disertai gangguan emosi) seperti nafas pendek, otot leher
tegang, sakit ulu hati, pening kepala, gangguan pencernaan dan sebagainya.
PUNCA-PUNCA STRESS
Gaya
hidup dan Pemakanan
Timbalan Menteri
Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, gejala stress
yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup banyak
melanda masyarakat di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.Lebih memburukkan keadaan, katanya, gejala itu menyerang golongan profesional
termasuk doktor, arkitek, jurutera serta akauntan. ‘‘Data ini bukan direka, sebaliknya ia berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu. Mengikut kajian dan bancian
tersebut, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk terdedah
kepada risiko stress.
Personaliti
Kesempurnaan, di mana kita menetapkan
standard yang terlalu tinggi atau mustahil
untuk dicapai . Keinginan melakukan sesuatu diluar kemampuan sebagai contoh
memiiki sesuatu tetapi tidak mempunyai kemampuan yang stabil menyebabkan kita
berada dalam situasi stress resah sehingga mewujudkan perasaan kecewa, serba
salah kerana cita-cita yang sukar kita capai.
Persekitaran
Suasana persekitaran merupakan salah satu
faktor yang boleh menyumbang kepada stress. Suasana seperti kesesakan contoh
yang paling jelas apabila kita memandu di jalan raya dengan suasana yang
sedemikian menyebabkan berlakunya kelewatan, lebih-lebih lagi apabila kita perlu
ke destinasi dengan cepat. Suasana
bising yang berlaku sama ada di rumah atau di tempat kerja juga boleh
mengakibatkan stress. Persekitaran tempat tinggal
atau kerja yang teruk atau tidak terurus juga sering menimbulkan stress
dikalangan kita dan apabila ia memuncak situasi tersebut akan dibawa ke tempat
kerja dan ini akan mendatangkan masalah kepada semua pihak.
Pekerjaan
Beban
kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak dengan desakan masa atau stress
untuk mengejar masa mengakibatkan kita
sentiasa melakukan pekerjaan dengan suasana yang tidak begitu selesa akibat
ruang masa yang sentiasa memerlukan kita mengendalikan tugasan sepanjang masa
dengan had masa yang terlalu terhad mengakibatkan stress kepada kita. Lantaran
kerana jaminan kerja yang tidak kukuh kita terpaksa melakukan sesuatu dengan yang kadangkala
diluar kemampuan kita.
Situasi yang lebih parah lagi apabila kita yang sentiasa bekerja
dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya
dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan
tanggungjawab sekarang mengakibatkan produktiviti kerja menurun dan kita
dibebani pula dengan pengurusan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan
dan keupayaan sebenar . Dalam keadaan-keadaan tertentu ia akan mengakibatkan
stress kepada kita, lebih-lebih lagi apabila kita sukar untuk mengurus masa
dengan baik.
Ekonomi dan Sosial
Masalah
kewangan Kemiskinan
adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf
sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya
ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis
kemiskinan. Di negara kita pendapatan di bawah garis kemiskinan
ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar
bandar. Pendapatan yang tidak mencukupi akan
memaksa mereka melakukan kerja sampingan lain.
Ini akan menjejaskan kualiti kerja serta kehidupan mereka. Bekerja dalam jangka masa yang lama
menyebabkan taraf kesihatan fizikal dan mental
terjejas. Mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti stress darah tinggi dan penyakit jantung kerana
mengabaikan senaman dan membiarkan stress
dalam kehidupan mereka.
Desakan kemiskinan yang memaksa ibu
bapa melakukan kerja sampingan akan menyebabkan
peranan keibu bapaan dalam keluarga diabaikan. Keadaan ini akan menambah burukkan gejala sosial negatif di kalangan
anak. Gejala negatif sosial anak boleh menjadi
punca pasangan bertegang urat. Masa yang singkat membataskan
peluang ahli keluarga untuk duduk bersemuka dan menyelesaikan
masalah.
Masalah Peranan lelaki
dan wanita pada masa kini jauh berbeza berbanding dengan pada nenek moyang
kita. Dalam negara yang meletakkan lelaki sebagai ketua
keluarga, sejak dahulu lagi lelaki memainkan peranan memastikan ekonomi
dan sosial keluarga sentiasa sempurna. Lelaki
perlu bekerja untuk menyara keluarga. Isteri
atau ibu berperanan menjaga anak dan menguruskan kerja rumah. Namun peranan dan tanggungjawab ini semakin
berubah. Ramai wanita bersama-sama lelaki
bekerja untuk mencari sumber ekonomi dan membantu kesejahteraan
keluarga. Terdapat juga isteri yang berpendapatan lebih daripada suami mereka. Pangagihan
tugas dalam menguruskan rumahtangga adalah
penting. Wanita berharap suami mereka akan
bersama-sama membantu menguruskan rumahtangga. Bagi lelaki yang menganggap peranan itu bukannya kebiasaan bagi
mereka, ini akan menimbulkan masalah.
Keluarga
Pasangan suami isteri mungkin tidak sehaluan. Adakalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada
memilih untuk menjadi suri rumahtangga atau
bekerja. Taraf pendidikan yang dimiliki wanita serta desakan
untuk mencari pendapatan yang lebih dalam memenuhi keperluan keluarga mendorong wanita melupakan peranan
tradisional ini. Beban tugas di tempat kerja
dan peranan membesarkan anak serta menguruskan rumahtangga
menyebabkan wanita rasa tertekan. Keadaan
menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Stress boleh menyebabkan
hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika
masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri
akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga.
Perubahan
dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian. Kehidupan
berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak-ansur,
saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa
jua tanggungjawab. Namun sebagai dua insan yang dilahirkan
berbeza, perbezaan tetap wujud. Hanya berbekalkan ketabahan, pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta
bertindak balas kepada setiap perubahan mampu
mengekalkan perkongsian yang mulia ini.
KESAN
STRESS TERHADAP KESIHATAN
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress
dilihat dari aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh
mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan. Ia
mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada
fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Salah
satu kesan stress terhadap kesihatan yang mana badan bertindak balas apabila
menerima stress. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak
balas terhadap tekanan diterima dengan merembeskan hormon adrenocorticotropic
(ACTH) yang memberikan isyarat kepada kelenjar lain untuk merembeskan hormon.
Rembesan ACTH yang banyak akan mencetuskan amaran dalam otak, yang akan
memberitahu kelenjar adrenal (di buah pinggang) untuk merembeskan hormon
tekanan ke dalam sistem darah. Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan
adrenalin, akan membantu daya tumpuan, mempercepatkan tindakan dan meningkatkan
kekuatan serta pergerakan. Selepas anda dapat menangani tekanan, paras hormon
kortisol dan adrenalin akan menurun. Pada masa sama, tekanan darah, kadar
degupan jantung dan metabolisme serta sistem penghadaman kembali normal.
Antara lain kesan
stress yang berpanjangan juga meningkatkan paras hormon kortisol. Ini lebih bahaya
kerana ia akan merangsang selera makan dan boleh menyebabkan masalah
pertambahan berat badan. Stress juga akan melemahkan sistem imun, kita lebih
mudah mendapat selesema dan jangkitan lain. Sistem imun akan menyerang sel
badan sihat. Malah, hormon kortisol juga mempengaruhi sistem kardiovaskular
kerana ia meningkatkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan paras lipid
(kolesterol dan trigliserid) dalam darah yang secara tidak langsung mendedahkan
kita kepada risiko serangan jantung dan strok.
KESIMPULAN
Stress adalah sebahagian daripada kehidupan kita
sehari-hari dan boleh mempengaruhi kita melalui pelbagai cara. Stress yang berpanjangan, keterlaluan dan tiada kemampuan daya tindak,
akan membuat kita marah. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat
daripada stress.
Rujukan
Chirstoper Bowring-Carr, John
West-Burnham(1999). Pembelajaran
Berkesan
di Sekolah, Penterjemah Annuar Ayub. Kuala
Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.
Ee Ah Meng
(1996). Pemantapan Proses Pendidikan.
Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd..
Kementerian
Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan
Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Metra Syahril
Mohamed (2006). Tumpu akademik punca obesity, Mingguan Malaysia.
Mohd Sofian Omar
Fauzee (2002).Psikologi Sukan Konsep
Dalam Latihan dan Pengajaran Sukan. Kuala Lumpur:Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Jumaat, 19 April 2013
Contoh Rujukan Batik
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di
Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan
batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi
kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan
menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya
di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan
terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis
titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di
alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan
sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak
terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan
dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden
mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian
Malaysia. Kini perusahaan batik telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi
industri kampung yang utama terutama di negeri Terengganu dan Kelantan.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang
digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik
dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik.
Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan,
bunga-bungaan dan haiwan. Batik Kelantan umpamanya merupakan batik yang yang
banyak mengemukakan motif-motif alam semulajadi seperti bunga-bungaan dan
tumbuh-tumbuhan.
Motif
yang diketengahkan dalam objek kajian saya ini adalah bermotifkan organik yang
memaparkan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang bermotifkan bunga pucuk rebung.
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang digunakan terhadap kain batik ini adalah seperti berikut:-
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang digunakan terhadap kain batik ini adalah seperti berikut:-
Corak
Jalur
Corak Melintang Corak Menyeluruh Corak Menyerong Corak Tompok-tompok
Secara keseluruhannya, elemen-elemen
corak dan motif kain batik ini dapat mengambarkan motif tradisional masyarakat
setempat dengan motif alam semulajadi yang diperolehi di negara kita iaitu
bunga pucuk rebung. Motif bunga-bungaan ini pula digabungkan dengan corak-corak
daun-daun yang memenuhi ruang agar tidak kelihatan kosong. Dengan elemen-elemen
corak dan rekabentuk ini ia mengambarkan seni tampak yang halus yang diwarisi
turun-temurun oleh masyarakat melayu yang terdahulu.
Dengan yang demikian ia tidak memberi gambaran adanya pengaruh dari luar
terhadap rekaannya. Jelasnya ia mengemukakan seni melayu asli yang dihasilkan
melalui gabungan elemen-elemen persekitaran masyarakat melayu di negara kita
berunsurkan tradisional yang digambarkan melalui corak-corak
berlatarbelakangkan alam semulajadi.
Definisi Rekaan
Corak
Reka corak didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti
artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif
Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.
Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak
Terancang. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang
dibuat secara tertentu atau bebas.
Reka corak amat
penting dalam menghasilkan batik kerana ia merupakan perkara yang akan
memberikan kepuasan kepada pengguna. Kepentingan-kepentingan reka corak adalah
seperti berikut :-
Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek
Hasil corak yang menarik akan menimbulkan unsur-unsur
seni sesuatu objek. Dengan penghasilan corak-corak yang pelbagai bentuk ia akan
menjadikan batik tersebut lebih cantik dan menarik dengan hiasan yang padat dan
tidak kosong.
Corak sebagai elemen hiasan
Corak sebagai nilai estetik
Bidang rekaan dan corak ini membolehkan murid anda
mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
Kegiatan ini memberi peluang kepada murid anda membuat rekaan corak tidak
terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.
Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
memahami, mengenalpasti, mengkaji, dan mengaplikasi kepelbagaian ragam rekaan
corak dalam alam, persekitaran, kehidupan serta kegunaanya.
|
|
Khamis, 18 April 2013
Contoh Rujukan Pembelajaran Masteri
Pelopor pembelajaran
masteri: Benjamin Bloom dan diubahsuai oleh Block Masteri’ bermaksud: mencapai
kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke
atas dalam penilaian/ujian.Pendekatan ini memerlukan
peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti.Murid-murid akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai
sesuatu unit pembelajaran yang sedang dimurid-muridinya. Pembelajaran Masteri
adalah merupakan pembelajaran yang memberi peluang kepada murid-murid menguasai
sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa sub unit. Peranan guru adalah sebagai pembimbing dan boleh mengatur
supaya murid-murid dapat bantuan daripada rakan sebaya sesama kelas atau
ahli-ahli lain kumpulan. Guru juga boleh mengadakan ujian untuk menguji
kefahaman murid-murid.Ia bertentangan dengan konsep pembelajaran tradisional
dimana di dalam kaedah ini murid-murid diberi masa yang sama untuk menguasai
sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza.
Elemen-Elemen
Pembelajaran Masteri
Di
dalam suasana pembelajaran masteri ini
cabaran terletak kepada menyediakan masa yang cukup dan mengatur
strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua murid-murid akan mencapai
keupayaan yang sama (Levine 1985 ; Bloom 1981). Elemen-elemen penting untuk
kaedah pembelajaran masteri ialah (Mastery 2000). Elemen-elemen penting untuk kaedah
pembelajaran masteri ialah :-
1. Menjelaskan secara
spesifik kepada murid-murid apa yang akan dimurid-muridi dan menjelaskan
bagaimana ianya
akan dinilai.
2. Membenarkan murid-murid untuk belajar
dengan kadar mereka sendiri.
3. Memantau
kemajuan murid-murid dan menyediakan tindakbalas berserta dengan langkah.
pemulihan yang sesuai.
4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Langkah-langkah Pembelajaran Masteri
Bagi memastikan semua murid-murid dapat menguasai hasil
pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran, pembelajaran masteri
dilaksanakan dalam 4 langkah iaitu :-
i. Menentukan Hasil Pembelajaran
Yang Perlu Dikuasai Murid-murid
Dengan menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh murid-murid guru akan dapat mengenal
pasti apa yang perlu dikuasai dan memberi tumpuan dalam penguasaan huraian pelajaran.
Disamping itu juga, guru dapat merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu
mengajar dan membantu membina ujian formatif dan sumatif untuk menghasilkan
situasi pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan berfokus.
ii. Pengajaran dengan
kaedah dan aktiviti yang Berkesan
Berdasarkan kepada
perinsip asas untuk membolehkan semua murid-murid menguasai kemahiran
berdasarkan tahap kecerdasan mereka memerlukan proses pengajaran dengan kaedah
dan aktiviti berkesan yang akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkualiti.
iii. Penilaian Dengan
Ujian Diagnostik Untuk Mengesan Tahap Penguasaan
Situasi ini membolehkan seseorang guru melakukan tindakan
susulan berdasarkan kemampuan murid-muridnya untuk membolehkan mereka menguasai
sesuatu unit pembelajaran sebelum beralih ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran
yang terancang dengan kaedah dan
aktiviti yang berkesan memerlukan penilaian dengan ujian
diagnostik bagi mengesan tahap penguasaan murid-murid. Dengan yang demikian
akan akan memudahkan guru merancang kaedah dan strategi yang selanjutnya.
iv. Melaksanaan tindakan
susulan
Rujukan
Briner, M. 1999. What is
Constructivism?(atas talian)
http://curriculum.calstatela.edu/faculty/psparks/theorists/501const.htm (13 Disember 2000)
http://curriculum.calstatela.edu/faculty/psparks/theorists/501const.htm (13 Disember 2000)
Carroll, J.M. 1995. Principles and
heuristics for designing minimalist
instruction. Technical Communications, 42(2): 243-261.
instruction. Technical Communications, 42(2): 243-261.
Fajar Bakti Sdn.
Bhd..
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran
Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Metra Syahril Mohamed (2006). Tumpu akademik punca
obesity, Mingguan Malaysia.
Jasper Woodbury Series. 2000. (atas talian)
http://www.coe.uh.edu/~ichen/ebook/ET-IT/jasper.htm (12 Disember 2000)
Levine, D. 1985. Improving Student Achievement
Through Mastery Learninghttp://www.coe.uh.edu/~ichen/ebook/ET-IT/jasper.htm (12 Disember 2000)
Programs. San Francisco: Jossey-Bass.
Langgan:
Catatan (Atom)