Genesis Mining - Easy Mining

Rabu, 17 April 2013

Contoh Rujukan Rasuah Dan Etika



Rasuah dan etika saling berkaitan di antara satu sama lain . Ini adalah kerana kewujudannya adalah berdasarkan kepada kejatuhan nilai etika seseorang. Skandal rasuah oleh kebanyakan pemimpin di dunia membawa kepada keadaan huru hara dalam negara dan seterusnya membawa kepada pelbagai masalah sosial yang tidak terkawal. 

            Keadaan ini hadir apabila kekurangan integriti terhadap nilai etika bagi seseorang individu. Justeru dalam hal ini telah menyebabkan penyelewengan berlaku. Contoh-contoh kejatuhan sesebuah negara di dunia banyak di paparkan dalam media masa di antaranya ialah perdana menteri Thailand, Filipina, Indonesia dan sebagainya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kedudukan mereka dalam hal melakukan keputusan diantaranya adalah :-

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat berpanjangan

Sebarang keputusan yang dibuat akan memberikan kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Sebagai contoh, pengeluaran produk tidak selamat akan mengancam nyawa individu.

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai berbagai pilihan altenatif  

Berbagai pilihan alternatif perlu dibuat/dirancang apabila membuat sebarang keputusan atau pilihan etika.

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat yang banyak

Keuntungan dan kerugian sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan pilihan alternatif etika yang dipilih. Jalan singkat dan keputusan wujudlah amalan rasuh.

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti

Akibat dari sesuatu keputusan atau pilihan etika yang diambil tidak dapat dipastikan.

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai impak peribadi

Keuntungan dan kerugian sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan impak peribadi di dalam pilihan alternatif etika yang dipilih.

Senario-Senario Yang Mencetuskan Rasuah

a.   Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak 
    berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak 
    demokratik.
b.   Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
c.     Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang
d.    Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.
e.    Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".
f.     Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya.
g.   Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.
h.   Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.
i.     Gaji penjawat awam yang kecil.
j.    Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya 
   "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.
k.    Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras

Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007 di dapati sebanyak 590 tangkapan dibuat. Manakala pada bulan Januari tahun 2008 sahaja di dapati sebanyak 80 kes tangkapan telah dibuat. Malah menurut Badan Pemerhati Rasuah Antarabangsa menunjukkan indeks rasuah di negara ini juga meningkat dari setahun kesetahun. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara. Persoalan besar timbul ialah mengapa amalan najis rasuah berlaku?.

            Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar dalam politik tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba, dan penjenayah rasuah amat meyakini ia mampu mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

            Antara kesan buruk amalan rasuah ialah pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, akan menaikkan kadar inflasi, berleluasa kezaliman dalam masyarakat seperti menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah, membelakangkan orang yang sepatutnya didahulukan dan menghapuskan peluang pihak yang sepatutnya layak.

Ulasan

Secara umum perbuatan rasuah terdapat dalam hampir semua negara di dunia. Kesan perbuatan jenayah ini boleh merosakkan ekonomi sesebuah negara, menghambat pembangunan, menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan menghakis kepercayaan terhadap kerajaan atau juga terhadap seseorang individu atau sesebuah organisasi. Perbuatan ini juga boleh meningkatkan risiko tempat kerja, rumah, ubat-ubatan dan alam sekitar yang tidak selamat. Pembuat dasar dan pentadbir juga anggota masyarakat secara umum bingung cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Kursus ini bertujuan menghuraikan enam tema umum yang lazimnya terdapat dalam wacana berkaitan rasuah, iaitu definisi konsep rasuah; sebab-sebab berlakunya rasuah; pola rasuah; jenis rasuah; kesan atau akibat perbuatan rasuah dan kawalan rasuah. 

Nilai dan etika menjadi isu utama masyarakat dan negara masa kini, Imej penjawat awam turut terjejas dengan pelbagai fenomena mutakhir akibat kecelaruan nilai, Nilai dan etika menjadi teras kepada kejayaan dan kelangsungan sesuatu bangsa dan tamadun, Nilai dan etika murni perlu difahami, dihayati dan dibudayakan secara serius dan terancang demi menjamin keberkesanan. Justeru kejatuhan kebanyakkan negara di dunia ini didalangi dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah membawa kemarahan dan kejatuhan negara mereka langkah yang wajar adalah dengan menyediakan pengajaran etika di peringkat sekolah bagi memantapkan proses pembangunan modal insan yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan. 


RUJUKAN 

Charles Bernheimer (1994), Comperative Literature in the Age of Multiculturalism,The Johns Hopkins University Press.

Joseph W. Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States.

Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam :Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)  Malaysia: ( 1991)

Steven Luper (2002), A GuideTto Ethics, Mc Graw Hill, New York.

Tonggak Dua Belas: Penerapan nilai norma dan etika perkhidmatan ;  INTAN Malaysia

Peter M. Senge (1999), The Fifth Disipline, Random House Audio Publishing Group

0 Komen Anda:

Catat Ulasan