Ahad, 31 Mac 2013
Peningkatan Ilmiah Dengan Membaca
Ahad, Mac 31, 2013
No comments
Membaca merupakan salah satu kemahiran
ilmu. Pembacaan yang banyak akan membolehkan si pembaca mendapat ilmu dan
maklumat yang baru. Perkembangan intelektual dan pengetahuan juga banyak
bergantung kepada sejauh mana banyaknya pembacaan. Sejak berzaman lamanya
manusia menulis di helaian daun, kulit kayu, dan kulit binatang untuk
menyampaikan mesej atau mencurahkan ilmu. Hasil karya penulisan juga akan
menjadi sia-sia sekiranya kita tidak
tahu membaca. Kata orang bijak pandai, ‘Kunci untuk
mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan’.
Bangsa Arab berjaya
mewujudkan ketamadunannya yang tinggi sewaktu Eropah, Amerika dan negara yang
lain masih di dalam kegelapan kerana pembacaan. Karya-karya sastera, ilmu
perubatan, ilmu ketenteraan, pembinaan dan bermacam cabang ilmu ditulis dan
dibaca untuk mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan. Mengikut Yahya Othman
(2003), membaca adalah kunci khazanah ke arah menentukan
hidup seseorang, sama ada maju ataupun mundur kehidupan dan pemikirannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Anda:
Catat Ulasan