Genesis Mining - Easy Mining

Ahad, 7 April 2013

Contoh Rujukan Peranan Rekabentuk Visual


 Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka.  Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap system media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999).

            Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan video, TV , sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar (2000), Jamaludin Mohaidin (2000), Heinich et al (1996).  Mereka berpendapat penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar.  Video dikatakan dapat digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan.  Malah video yang direka bentuk secara khusus dan sistematik boleh menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran ke dalam persembahannya.

            Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar.  Unsur ini penting dalam proses P & P kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran.  Menurut Fontana(1988) televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang. Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit (Dale, 1985) video yang diguanakan secara sistematik dapat meransang daya imaginasi dan perbincangan. Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran. Manusia dikatakan makhluk yang ‘visually oriented’ dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley).  Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas.


            Jika digunakan dengan cara yang sistematik teknologi pengajaran berdasarkan rekabentuk visual boleh meninggalkan kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini melibatkan penilaian media itu, merancangkan penerbitannya jika ia penghasilan sendiri, disesuaikan dengan sifat-sifat pelajar dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Seterusnya dapat memperbagaikan kegiatan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu unsur dalam teknologi pengajaran visual apabila digunakan terutamanya yang menggunakan pelbagai media boleh melibatkan pelbagai deria. Misalnya penggunaan visual yang diikuti oleh audio melibatkan deria lihat serta dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria-deria ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar-pelajar.

Carian Google

0 Komen Anda:

Catat Ulasan