Isnin, 4 Februari 2013
Mod-Mod Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
Tutorial
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan
pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan
soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum
balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru,
mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau
pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi. Ianya juga dapat digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan
masalah (Alessi & Trollip, 1985) dan untuk mengajar konsep-konsep yang
konkrit dan abstrak. Ini semua dilakukan dengan menggunakan ilustrasi, animasi,
soalan serta teks. Perkembangan teknologi komputer membolehkan video serta
audio digunakan untuk merangsang pelajar.
Mod Penerokaan
Mod ini merupakan pengabungan isi pelajaran dan suatu
strategi penyampaian yang membolehkan pelajar meneroka suatu perkara atau
konsep dan membina pengetahuan kendiri. Tujuan utama penggunaan mod penerokaan
bukannya untuk mendapat jawapan salah atau betul tetapi memfokus kepada
penglibatan pelajar dalam sesuatu konsep atau perkara dengan kefahaman mereka
sendiri.
Mod Komunikasi
Mod ini menekankan penggunaan teknologi yang berkaitan
komunikasi dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Mod komunikasi melibatkan beberapa kemudahan
seperti e-mail, telesidang (sidang video atau audio), enjin pengelintar melalui
internet dan pembinaan laman web.
Mod Aplikasi
Mod aplikasi adalah merupakan penggunaan beberapa
perisian aplikasi seperti pemproses kata, hamparan elektronik, persembahan
elektronik, dan pangkalan data. Sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Persembahan elektronik digunakan untuk menyampaikan maklumat secara lebih
berkesan dan menarik bagi merangsang minda murid untuk mengikut pelajaran
dengan mudah.
Sumber :
Adi Afzal Ahmad. 1996. On tour : the
multimedia courseware for students of KBSM English.Unpublished
Undergraduate Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia .
Fox, G. 1998. The Internet: making it work
in the ESL classroom.The Internet TESL Journal, 4/9.
Hannafin R. D. & Freeman, D. J. 1995.
An exploratory study of teachers’ view of knowledge acquisition. Educational
Technology. 35 (1): 49-56.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Anda:
Catat Ulasan