Sabtu, 2 Februari 2013
Rujukan Kesan-Kesan Kegagalan Pengurusan Masa
Pengurusan masa yang lemah banyak mendatangkan kerugian
samada kepada individu atau organisasi.
Ia perlu diteliti dan dikaji agar pengurusan masa dapat diperbaiki dari
masa ke semasa. Antara kesan pengurusan
masa yang lemah adalah seperti berikut:-
Banyak kerja tidak dapat diselesaikan
Apabila sesuatu kerja perlu diselesaikan juga tidak kira apa
sebab atau keadaannya maka kerja-kerja lain perlu ditangguhkan. Kesannya semua kerja-kerja penting yang lain
juga terpaksa ditangguhkan dan tidak dapat diselesaikan tepat pada masanya. Ini
akan menambahkan bebanan kerja anda. Jadi anda perlu fikirkan bahawa sesuatu
kerja yang tidak dapat diselesaikan akan mendatangkan kesan pada kerja-kerja
lain.
Tekanan
Anda akan merasa tertekan jika kerja yang perlu disiapkan
tidak dapat disiapkan dan banyak kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan dan
juga yang sedang menanti. Kerja yang banyak dan perlu disiapkan juga
akan mengakibatkan tekanan kepada diri anda. Selagi kerja itu tidak selesai,
selagi itu anda tidak akan rasa tenang kerana orang di atas anda akan sering
bertanya tentang perkembangan kerja tersebut. Jangan seksa diri anda dengan
tekanan yang tidak sepatutnya kerana ini akan melepaskan peluang untuk anda
bergembira dengan kehidupan hari ini dan masa depan. Rancanglah kerja-kerja
anda agar ia dapat diselesaikan tepat pada masanya. Elakkan tekanan dalam diri
kerana ia akan menyebabkan berbagai-bagai penyakit.
Tiada Masa Untuk Rehat
Kerja yang bertimpa-timpa tidak memberi peluang untuk anda
berehat jika ia tidak disusun dan dirancang mengikut keutamaan. Selesaikan satu
kerja terlebih dahulu sebelum melakukan kerja seterusnya. Sebelum membuat
kerja, rancang apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan kerja itu terlebih
dahulu. Ini akan memberikan anda peluang untuk berehat jika ia dapat
diselesaikan sebelum tempoh yang sepatutnya.
Anda perlukan rehat untuk
mengembalikan tenaga yang telah digunakan.
Setelah berehat anda akan lebih bertenaga untuk meneruskan kerja-kerja
lain yang perlu diselesaikan mengikut keutamaan dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Tanpa pengurusan masa kerja-kerja anda tidak dapat diatur dengan
baik dan anda tidak berpeluang untuk berehat. Uruslah masa anda agar anda
mempunyai masa untuk berehat.
Tidak Dapat Merancang Kerjaya
Apabila anda telah selesai menjalankan kerja sebelum
tamat tempohnya maka ini memberikan masa untuk anda merancang kerjaya dan masa
depan anda. Jika anda tidak dapat selesaikan tugas pada masa yang telah
ditentukan maka anda akan gunakan masa secara optimum untuk menyelesaikan tugas
tersebut. Akhirnya tiada masa untuk anda
memikirkan bagaimana meningkatkan diri anda untuk menjadi orang yang lebih berjaya dalam karier anda.
Sumber Carian Atas Talian Google
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Anda:
Catat Ulasan