Genesis Mining - Easy Mining

Jumaat, 19 April 2013

Contoh Rujukan Batik


Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Kini perusahaan batik telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi industri kampung yang utama terutama di negeri Terengganu dan Kelantan.

Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan. Batik Kelantan umpamanya merupakan batik yang yang banyak mengemukakan motif-motif alam semulajadi seperti bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Motif yang diketengahkan dalam objek kajian saya ini adalah bermotifkan organik yang memaparkan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang bermotifkan bunga pucuk rebung.

Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.  Antara corak-corak yang digunakan terhadap kain batik ini adalah seperti berikut:-
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok


Secara keseluruhannya, elemen-elemen corak dan motif kain batik ini dapat mengambarkan motif tradisional masyarakat setempat dengan motif alam semulajadi yang diperolehi di negara kita iaitu bunga pucuk rebung. Motif bunga-bungaan ini pula digabungkan dengan corak-corak daun-daun yang memenuhi ruang agar tidak kelihatan kosong. Dengan elemen-elemen corak dan rekabentuk ini ia mengambarkan seni tampak yang halus yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat melayu yang terdahulu.

            Dengan yang demikian ia tidak memberi gambaran adanya pengaruh dari luar terhadap rekaannya. Jelasnya ia mengemukakan seni melayu asli yang dihasilkan melalui gabungan elemen-elemen persekitaran masyarakat melayu di negara kita berunsurkan tradisional yang digambarkan melalui corak-corak berlatarbelakangkan alam semulajadi.

Definisi Rekaan Corak

Reka corak didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas.

Reka corak amat penting dalam menghasilkan batik kerana ia merupakan perkara yang akan memberikan kepuasan kepada pengguna. Kepentingan-kepentingan reka corak adalah seperti berikut :-

Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek

Hasil corak yang menarik akan menimbulkan unsur-unsur seni sesuatu objek. Dengan penghasilan corak-corak yang pelbagai bentuk ia akan menjadikan batik tersebut lebih cantik dan menarik dengan hiasan yang padat dan tidak kosong.

Corak sebagai elemen hiasan

Dalam penghasilan batik corak merupakan elemen hiasan yang menjadikan kain batik kelihatan lebih bersifat seni yang dipenuhi dengan unsur-unsur gabungan corak yang bersifat semula jadi. Di Malaysia sendiri kita dapat melihat unsur-unsur ini menjadi sebahagian daripada hiasan pada bahagian-bahagian tepi pada sesuatu objek kain batik. Elemen hiasan ini akan menjadi pelengkap kepada rekabentuk corak kain batik.

Corak sebagai nilai estetik

Bidang rekaan dan corak ini membolehkan murid anda mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid anda membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.

Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. memahami, mengenalpasti, mengkaji, dan mengaplikasi kepelbagaian ragam rekaan corak dalam alam, persekitaran, kehidupan serta kegunaanya.

            Hasilnya ia merupakan karya yang mempunyai nilai-nilai estetika yang memaparkan perihal kesenian masyarakat kita di Malaysia yang memiliki identiti tersendiri yang dapat membezakan karyanya dengan masyarakat lain di dunia. Oleh yang demikian, corak merupakan elemen penting dalam rekaan batik yang dapat mengetengahkan unsur-unsur seni yang bersifat universal dan mempunyai nilai keseniannya yang tersendiri.




0 Komen Anda:

Catat Ulasan