Memaparkan catatan dengan label Lanskap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lanskap. Papar semua catatan
Khamis, 7 Februari 2013
Rujukan Pengertian Lanskap
Perancangan
guna tanah perlu mengambil kira tentang kesuburan tanah-tanih. Merancang muka
bumi merupakan satu usaha untuk merancang hubungkait di antara guna tanah atau
fungsi guna tanah dan persekitaran. Penggunaan landskap untuk menyusun atur guna tanah dan peka terhadap alam
sekitar dapat meminimakan pencemaran. [1]Perancangan landskap itu ialah lebih
mendalam dari guna tanah (ciptaan manusia)guna tanah, mengenai estatik,
mengenai kesejahteraan insan.
Menurut
Lan Matt (1967) “Perancangan landskap itu ialah mengubah penyesuaian yang
berdasarkan kepada daya cipta yang berubah mengikut pengolahan alam sekitar.
Pengolahan terhadap alam itu boleh menjadi satu batasan kepada usaha
pembangunan dan menfaatkan kepada pembangunan”. [2]Sains dan seni yang berkaitan dengan perancangan
guna tanah yang sistematik yang berkaitan dengan pemeliharaan sumber alam yang
berkaitan dengan rekabentuk, ruang dan tempat di luar bangunan iaitu berkaitan
dengan ciptaan lingkungan hidup yang berguna, selamat dan selesa sebagai tindak
balas manusia dengan alam sekitar.
Rabu, 6 Februari 2013
Rujukan Lanskap
Landskap
merupakan satu bidang daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah
menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan
teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan
dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah
menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah
mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang
berpengetahuan dalam bidang landskap.
Kini
Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan
bagi memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik.
Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja
mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat
seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer
dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan
haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan
penjagaan.
Dengan kewujudan pembelajaran
Landskap dan Nurseri ia akan dapat melahirkan sumber manusia yang berkemahiran
dan kreatif dalam merancang, menghasilkan, membina dan menyelenggara projek
landskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat
serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang
tenaga kerja dalam industri landskap.
Langgan:
Catatan (Atom)













