Isnin, 1 April 2013
Contoh Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat
Menurut (Grouf
1968) Pendidikan Kesihatan merupakan satu proses membekalkan atau menggunakan
pengalaman sedia ada bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan
amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga atau komuniti. Pendidikan
Kesihatan dihasilkan dari aspek sosiologi, psikologi, psikologi pendidikan dan
sains tingkah laku.
Menurut Pertubuahan Kesihatan Sedunia (WHO) kesihatan adalah suatu
keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial dan tidak semata-mata
bebas daripada penyakit dan cacat cedera sahaja. Manakala menurut Dubos R 1968,
kesihatan adalah kualiti hidup yang membabitkan sosial, emosi mental, spiritual
dan kecergasan biological seseorang hasil daripada adaptasinya terhadap
persekitaran. Kesihatan berhubung kait kepada siapa kita sebagai individu,
bagaimana kita memberi maklumbalas terhadap orang lain, persekitaran dan
dugaan-dugaan kehidupan seharian.
Konsep ideal dan global ini merangkumi 4 (empat) aspek kesihatan yang
saling berkait rapat di antara satu sama lain. Sekiranya terganggu salah satu
daripada aspek ini, maka terjejaslah kesihatan keseluruhan seseorang individu.
Sebaliknya jika keempat-empat komponen tersebut berada dalam keadaan
keseimbangan dinamik (dynamic equilibirium) maka seseorang individu itu
dimaksudkan sebagai dalam keadaan kesihatan optimum. Keadaan imbangan dinamik
itu bererti setiap komponen kesihatan itu memberi sumbangan terhadap
kesejahteraan seseorang dan membolehkannya mencapai satu tahap kecekapan dan
keberkesanan dalam menjalankan kehidupan seharian.
Jelasnya kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal,
mental dan sosial dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera
sahaja. Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi mental, spiritual
dan kecerdasan biological individu hasil daripada adaptasi individu terhadap
persekitaran. Setelah seseorang
individu mencapai tahap kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya akan mencapai
kesejahteraan hidup.
Ulasan
Pemakanan Selamat
Kesihatan mempunyai komponen-komponen yang membentuk satu rangkaian untuk
membina gaya kehidupan seseorang individu seterusnya dapat mempengaruhi
kesihatan komuniti sesebuah negara.
Kesihatan
Fizikal
Komponen pertama yang
dapat diutarakan ialah dari segi kesihatan fizikal. Seseorang individu yang
mencapai tingkat kesihatan fizikal yang mempunyai tahap ketahanan tinggi
terhadap sebarang serangan penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ
tubuhnya dapat berfungsi dengan baik. Seseorang individu yang memiliki tahap
kesihatan fizikal yang mempunyai tahap kecergasan yang optima dan berkemampuan
melakukan kegiatan seharian dengan baik dan berkesan. Deria tubuh badannya
mempunyai ketajaman untuk bertindak balas dengan baik.
Kesihatan Sosial
Komponen ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu untuk memenuhi
interaksi interpersonal. Ia bermaksud seseorang individu dapat berinteraksi dan
berhubung dengan seseorang individu yang lain, ahli keluarga dan komunitinya
dalam suasan yang mesra. Di samping itu juga, seseorang individu yang mencapai
tingkat kesihatan sosial berkebolehan untuk menghadapi fenomena-fenomena
sosial yang ditempuhi dalam kehidupan
sehariannya.
Kesihatan Mental
Ia merujuk kepada tingkat
keupayaan intelektual seseorang individu. Seseorang individu yang mencapai
tingkat kesihatan mental yang tinggi berupaya untuk belajar dan berfikir secara
rasional.
Kesihatan Emosi
Komponen yang merujuk kepada kebolehan dan keupayaan seseorang individu
untuk mengawal emosinya. Individu yang mempunyai tingkat kesihatan emosi yang
baik berkeupayaan menghalang dan menghadapi pelbagai tekanan hidup dengan
tenang dan bersahaja.
Kesihatan Persekitaran
Komponen ini menjelaskan
seseorang individu yang berjaya mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai
apresiasi yang baik terhadap persekitaran sekelilingnya. Individu tersebut
berkeupayaan untuk memainkan peranan yang terpuji dan berkesan untuk melindungi
serta memperingkatkan suasana persekitarannya.
Kesihatan
Rohani
Komponen ini biasanya
dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah kehidupan, kepercayaan
dan keyakinan diri. Seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan ini
mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip yang positif.
Seseorang individu yang benar-benar sihat bukan
sahaja bebas daripada penyakit atau cacat malah beliau juga sihat dari segi
fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Apabila seseorang
individu telah mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh maka ia selanjutnya
akan mencapai kesejahteraan hiudp. Rajah di bawah dapat mengambarkan
kepada kita tentang komponen-komponen
kesihatan individu secara menyeluruh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kesihatan bukan pada senaman sahaja tetapi kecergasan mental juga perlu, pendapat saya, jaga kesihatan fizikal dan mental supaya stabil. thank 4 tha artikel
BalasPadamKesihatan merupakan anugerah paling berharga.
BalasPadam