Genesis Mining - Easy Mining

Sabtu, 20 April 2013

Contoh Rujukan "Tekanan" Atau Stress


Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini tentang isu-isu stress dan keganasan semasa bekerja telah berkembang ke suatu tahap ketara hasil daripada perhatian semakin meningkat yang diberikan dalam media kepada beberapa kejadian di tempat kerja yang dramatik dan kadangkala tragik yang dilakukan oleh individu terganggu. Masalah stress dan keganasan semasa bekerja beransur-ansur namun secara pasti kini sedang muncul sebagai suatu cabaran baru yang memerlukan perhatian pihak majikan dan pengurusan serta pengembelingan sumber yang ada pada mereka. Diambil secara bersama, stress dan keganasan mungkin telah menjadi punca bagi sejumlah besar kemalangan dan penyakit pekerjaan yang akhirnya membawa maut atau menyebabkan penderitaan atau hilang upaya. Di banyak negara, permasalahan berkait telah terbukti menjejas semua sektor dan segala kategori pekerja.

Dalam kehidupan sehari-hari, kita terdedah kepada pelbagai bentuk stress. Stress berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani stress yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal. 

DEFINISI STRESS

Stress merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada stress yang boleh berpunca dariapada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan stress ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.Smither (1994) menakrifkan stress sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan stress sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi stress sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Kesedaran tentang perlunya menguruskan stress ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Stress akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simptom-simptom fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami (Wright, 1967). Stress, dengan itu, tidak semestinya menjadi suatu fenomena negatif. Jadi, adalah salah jika memberi tumpuan hanya pada aspek patologi stress tanpa menekankan pentingnya usaha mencari dan mendapatkan penyesuaian dinamik terhadap keadaan tertentu. Jika kesihatan dianggap sebagai suatu keseimbangan dinamik, maka stress menjadi sebahagian daripadanya kerana tidak mungkin wujud kesihatan tanpa saling bertindak (interaksi) dengan orang lain dan alam sekitar. Hanya stress berlebihan yang menjadi masalah patologi. Sedikit stress, adalah biasa dan perlu pada manusia.

JENIS-JENIS STRESS

Eustress atau Positif Stress
Merupakan jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal yang menyenangkan misalnya, mendapat promosi, penghargaan atas prestasi kerja yang baik. Stress yang positif adalah stress yang “terkendali”. Dalam kehidupan sehari hari, stress diperlukan untuk menjadikan hidup kita lebih ghairah, lebih bersemangat, lebih positif. Stress yang positif membuat kita menjadi semakin bersemangat untuk mengendalikan sesuatu tugasan dengan kadar stress yang terkawal.

Distress atau Negatif Stress
Merupakan jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal yang tidak menyenangkan atau stress yang negatif iaitu stress yang “tidak terkendali”. Stress seperti inilah yang membuat kita gelisah, tidak produktif dan kadang dekstruktif.  Stress yang negatif dapat menimbulkan gangguan emosi seperti terlalu sensitif, meluat, marah, berprasangka dan terburu-buru. Stress negatif dapat menimbulkan Psychoneurosis (ketidak seimbangan mental disertai gangguan emosi) seperti nafas pendek, otot leher tegang, sakit ulu hati, pening kepala, gangguan pencernaan dan sebagainya.

JENIS-JENIS STRESS

Eustress atau Positif Stress
Merupakan jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal yang menyenangkan misalnya, mendapat promosi, penghargaan atas prestasi kerja yang baik. Stress yang positif adalah stress yang “terkendali”. Dalam kehidupan sehari hari, stress diperlukan untuk menjadikan hidup kita lebih ghairah, lebih bersemangat, lebih positif. Stress yang positif membuat kita menjadi semakin bersemangat untuk mengendalikan sesuatu tugasan dengan kadar stress yang terkawal.

Distress atau Negatif Stress
Merupakan jenis stress yang diakibatkan oleh hal-hal yang tidak menyenangkan atau stress yang negatif iaitu stress yang “tidak terkendali”. Stress seperti inilah yang membuat kita gelisah, tidak produktif dan kadang dekstruktif.  Stress yang negatif dapat menimbulkan gangguan emosi seperti terlalu sensitif, meluat, marah, berprasangka dan terburu-buru. Stress negatif dapat menimbulkan Psychoneurosis (ketidak seimbangan mental disertai gangguan emosi) seperti nafas pendek, otot leher tegang, sakit ulu hati, pening kepala, gangguan pencernaan dan sebagainya. 

PUNCA-PUNCA STRESS
Gaya hidup dan Pemakanan
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, gejala stress yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup banyak melanda masyarakat di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.Lebih memburukkan keadaan, katanya, gejala itu menyerang golongan profesional termasuk doktor, arkitek, jurutera serta akauntan. ‘‘Data ini bukan direka, sebaliknya ia berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu. Mengikut kajian dan bancian tersebut, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk terdedah kepada risiko stress.

Personaliti
Kesempurnaan, di mana kita menetapkan standard yang terlalu tinggi atau   mustahil untuk dicapai . Keinginan melakukan sesuatu diluar kemampuan sebagai contoh memiiki sesuatu tetapi tidak mempunyai kemampuan yang stabil menyebabkan kita berada dalam situasi stress resah sehingga mewujudkan perasaan kecewa, serba salah kerana cita-cita yang sukar kita capai.
Persekitaran
Suasana persekitaran merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada stress. Suasana seperti kesesakan contoh yang paling jelas apabila kita memandu di jalan raya dengan suasana yang sedemikian menyebabkan berlakunya kelewatan, lebih-lebih lagi apabila kita perlu ke destinasi dengan cepat.  Suasana bising yang berlaku sama ada di rumah atau di tempat kerja juga boleh mengakibatkan stress. Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus juga sering menimbulkan stress dikalangan kita dan apabila ia memuncak situasi tersebut akan dibawa ke tempat kerja dan ini akan mendatangkan masalah kepada semua pihak.
    Pekerjaan
Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak dengan desakan masa atau stress untuk mengejar masa  mengakibatkan kita sentiasa melakukan pekerjaan dengan suasana yang tidak begitu selesa akibat ruang masa yang sentiasa memerlukan kita mengendalikan tugasan sepanjang masa dengan had masa yang terlalu terhad mengakibatkan stress kepada kita. Lantaran kerana jaminan kerja yang tidak kukuh kita terpaksa  melakukan sesuatu dengan yang kadangkala diluar kemampuan kita.
Situasi yang lebih parah lagi apabila kita yang sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang mengakibatkan produktiviti kerja menurun dan kita dibebani pula dengan pengurusan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar . Dalam keadaan-keadaan tertentu ia akan mengakibatkan stress kepada kita, lebih-lebih lagi apabila kita sukar untuk mengurus masa dengan baik.
    Ekonomi dan Sosial
Masalah kewangan Kemiskinan adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis kemiskinan. Di negara kita pendapatan di bawah garis kemiskinan ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar bandar. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memaksa mereka melakukan kerja sampingan lain. Ini akan menjejaskan kualiti kerja serta kehidupan mereka. Bekerja dalam jangka masa yang lama menyebabkan taraf kesihatan fizikal dan mental terjejas. Mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti stress darah tinggi dan penyakit jantung kerana mengabaikan senaman dan membiarkan stress dalam kehidupan mereka.
Desakan kemiskinan yang memaksa ibu bapa melakukan kerja sampingan akan menyebabkan peranan keibu bapaan dalam keluarga diabaikan. Keadaan ini akan menambah burukkan gejala sosial negatif di kalangan anak. Gejala negatif sosial anak boleh menjadi punca pasangan bertegang urat. Masa yang singkat membataskan peluang ahli keluarga untuk duduk bersemuka dan menyelesaikan masalah.
                Masalah Peranan lelaki dan wanita pada masa kini jauh berbeza berbanding dengan pada nenek moyang kita. Dalam negara yang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, sejak dahulu lagi lelaki memainkan peranan memastikan ekonomi dan sosial keluarga sentiasa sempurna. Lelaki perlu bekerja untuk menyara keluarga. Isteri atau ibu berperanan menjaga anak dan menguruskan kerja rumah. Namun peranan dan tanggungjawab ini semakin berubah. Ramai wanita bersama-sama lelaki bekerja untuk mencari sumber ekonomi dan membantu kesejahteraan keluarga. Terdapat juga isteri yang berpendapatan lebih daripada suami mereka. Pangagihan tugas dalam menguruskan rumahtangga adalah penting. Wanita berharap suami mereka akan bersama-sama membantu menguruskan rumahtangga. Bagi lelaki yang menganggap peranan itu bukannya kebiasaan bagi mereka, ini akan menimbulkan masalah.
Keluarga
Pasangan suami isteri mungkin tidak sehaluan. Adakalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada memilih untuk menjadi suri rumahtangga atau bekerja. Taraf pendidikan yang dimiliki wanita serta desakan untuk mencari pendapatan yang lebih dalam memenuhi keperluan keluarga mendorong wanita melupakan peranan tradisional ini. Beban tugas di tempat kerja dan peranan membesarkan anak serta menguruskan rumahtangga menyebabkan wanita rasa tertekan. Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Stress boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga.
Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada   disebabkan perceraian atau kematian. Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab. Namun sebagai dua insan yang dilahirkan berbeza, perbezaan tetap wujud. Hanya berbekalkan ketabahan, pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta bertindak balas kepada setiap perubahan mampu mengekalkan perkongsian yang mulia ini.

KESAN STRESS TERHADAP KESIHATAN
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Salah satu kesan stress terhadap kesihatan yang mana badan bertindak balas apabila menerima stress. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan diterima dengan merembeskan hormon adrenocorticotropic (ACTH) yang memberikan isyarat kepada kelenjar lain untuk merembeskan hormon. Rembesan ACTH yang banyak akan mencetuskan amaran dalam otak, yang akan memberitahu kelenjar adrenal (di buah pinggang) untuk merembeskan hormon tekanan ke dalam sistem darah. Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin, akan membantu daya tumpuan, mempercepatkan tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakan. Selepas anda dapat menangani tekanan, paras hormon kortisol dan adrenalin akan menurun. Pada masa sama, tekanan darah, kadar degupan jantung dan metabolisme serta sistem penghadaman kembali normal.
Antara lain kesan stress yang berpanjangan juga meningkatkan paras hormon kortisol. Ini lebih bahaya kerana ia akan merangsang selera makan dan boleh menyebabkan masalah pertambahan berat badan. Stress juga akan melemahkan sistem imun, kita lebih mudah mendapat selesema dan jangkitan lain. Sistem imun akan menyerang sel badan sihat. Malah, hormon kortisol juga mempengaruhi sistem kardiovaskular kerana ia meningkatkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan paras lipid (kolesterol dan trigliserid) dalam darah yang secara tidak langsung mendedahkan kita kepada risiko serangan jantung dan strok. 

KESIMPULAN
Stress adalah sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari dan boleh mempengaruhi kita melalui pelbagai cara. Stress yang berpanjangan, keterlaluan dan tiada kemampuan daya tindak, akan membuat kita marah. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat daripada stress.

Rujukan
Chirstoper Bowring-Carr, John West-Burnham(1999). Pembelajaran Berkesan
di Sekolah, Penterjemah Annuar Ayub. Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia  Berhad.

Ee Ah Meng (1996). Pemantapan Proses Pendidikan. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti  Sdn. Bhd..

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Metra Syahril Mohamed (2006). Tumpu akademik punca   obesity, Mingguan Malaysia.

Mohd Sofian Omar Fauzee (2002).Psikologi Sukan Konsep Dalam Latihan dan Pengajaran Sukan. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1996). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester  1. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.



0 Komen Anda:

Catat Ulasan