1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu
dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang
seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan
sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. (A.Ghafar Ibrahim; 2002:
25) Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan
memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-alasan yang mewajarkan
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan.
Sastera merupakan hasil seni yang
disampaikan melalui bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan
sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai
hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan
yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang
berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap
dan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Penggunaan bahan sastera
boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif.
Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu
mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan
peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru
Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang
digunakan. Pengajaran
dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah
Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek,
emosi rohani dan jasmani.
Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa
alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera.
Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik.
Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika
bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu,
maka bahasanya terjamin.Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat
menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya
sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera
yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus
menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa
yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa
bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu
objektif pendidikan Bahasa Melayu.
Melalui
penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan
dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain
itu bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu
dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar. Bagi
tugasan ini saya telah memilih genre sastera sajak untuk di ulas berkaitan
dengan aspek bahasa, nilai dan struktur.
1.1
Biodata Dharmawijaya
Tokoh penyair
negara, Kamaruzzaman A. Kadir atau lebih dikenali dengan nama pena Dharmawijaya
berasal dari Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Allahyarham yang
memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1981 pernah
menjadi guru bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah menengah; pembantu
penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (1971-1972) dan pensyarah (1981-1986)
dan Profesor Madya (1987-1994) di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Beliau
bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM sebagai Sarjana Tamu sejak
tahun 1996 sehingga meninggal dunia. Selain sebagai seorang penyair,
Allahyarham juga adalah seorang penulis esei dan kritik sastera terutama
puisi.Sepanjang hidupnya Allahyarham pernah memenangi hadiah sastera Malaysia
pada tahun 1971, 1976 serta 1982/83 dalam bahagian puisi. Beberapa buah buku
kajian Allahyarham mengenai puisi yang telah diterbitkan ialah Nasionalisme
dalam Puisi Melayu Moden 1933-1957 (1982) yang turut memenangi Hadiah Sastera
Malaysia 1982/83 dalam bahagian buku kajian sastera moden terbaik; Tanggapan
dan Kaedah Pengajaran Puisi (1987); Berkenalan Puisi (1987), Pemahaman dan
Penghayatan Puisi (1992) serta Dunia Puisi Dalam Penelitian dan Pengajaran
(1992) dan edisi yang sama dikemaskini pada 1998. Turut diterbitkan ialah tiga
buah kumpulan pusi persendiriannya iaitu Warna Maya (1974), Derita Buana (1992)
dan Jejak Kembara (1999). Di samping itu juga, beliau merupakan orang yang
menghasilkan antologi puisi Di Penjuru Matamu (1975) dan Bunga Gerimis (1986)
yang pernah menjadi buku teks Kesusateraan Melayu di sekolah-sekolah menengah,
Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Puisi Sepanjang Zaman (1989)
dan Gurindam Alam (1994) yang menjadi rujukan umum dan di institusi-institusi
pengajian tinggi.
1.2 Sajak Pilihan
BISIKAN HATI UNTUK IBU - HAJAH SITI
Oleh: Alaieffa
Ampuni dosaku
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi
Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi
Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami
Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu
Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu
Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa
Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan
Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu
1.3 Biodata Penulis Sajak
Alaieffa, atau nama penuhnya
Syarifah Mariani Malai Othman lahir di Negeri Brunei Darus Salam pada 6 ogos
1955. Walaupun baru di bidang penulisan namun telah menunjukkan minat dan
kesungguhan. Selain puisi beliau juga menulis cerpen yang pernah disiarkan di
kumuniti Cerpenis. Beliau juga berkebolehan menulis sajak jenaka (sajen) yang
banyak disiarkan di ruangan komuniti sajen. Ibu kepada tiga orang anak, 2
lelaki dan 1 perempuan, dan isteri kepada seorang pegawai tertinggi polis
negara Brunei ini walaupun mula menghasilkan puisi di ketika usia lewat 48
tahun namun dengan kematangan fikiran disertai pula oleh pengalaman menjadikan
karyanya menarik.
1.4 Aspek Bahasa
Penulis menggunakan standard bahasa
laras moden tetapi menggunakan Kiasan
berbunga iaitu kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah
berbunga-bunga.
Contoh:
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi
Kerana kelahiran ku
Darah mu tumpah ke bumi
Meneliti aspek ragam bahasa pula iaitu ciri gaya penceritaan tertentu
menurut bidang penggunaannya bertujuan untuk menguatkan dan mempertajamkan
maksud supaya pembaca atau pendengar mendapat kesan daripadanya. Penulis banyak
menggunakan unsur-unsur ini bagi menimbulkan rasa keinsafan dalam kalangan
pembaca. Hal ini bersesuaian dengan kritikan dan pendapat Dharmawijaya yang
menyatakan bahawa estetik atau keindahan puisi dihubungkan dengan dayaguna
bahasa, iaitu keupayaan penguasaan bahasa dan ketajaman rasa terhadap alam
serta persekitaran untuk menjelmakan pengalaman jiwa seseorang penyair. Bermakna
yang tersirat dalam sajak ini dapat ditafsirkan oleh pembaca bahawa isu sosial
ini harus merupakan senario kehidupan masyarakat melayu yang diselubungi
kemiskinan.Ia juga melibatkan kehidupan dan budaya masyarakat yang kebiasaan
dan dilalui oleh masyarakat melayu.
Contoh:
Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami
Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu
Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu
Penulis juga menggunakan bahasa naik iaitu ragaman bahasa yang menguatkan
tujuan kata dengan membawakan ke hadapan hati pembaca, akan gambaran fikiran
yang beransur-ansur naik dari dataran yang kendur kepada dataran yang semakin
terik atau tegang, membawa pembaca atau pendengar selangkah demi selangkah
sampai ke kemuncak, iaitu kepada apa yang hendak disebutkannya.
Contoh:
Setinggi
gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan
Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu
Bagi Dharmawijaya seorang penyair ialah seorang seniman yang mencipta karya
dan secara langsung atau tidak langsung membincangkan kehidupan. Temanya
diambil dan diolah daripada kehidupan seharian, tetapi dipersembahkan kepada
pembaca atau pendengar dengan sudut pandangan yang disampaikan melalui cara dan
gaya bahasa yang luar biasa, dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca atau
pendengarnya supaya merasai hasil keindahan sesuatu karya yang hidup dengan
persekitaran realiti.
1.5 Aspek
Nilai
Genre
sastera tidak kira cerpen, novel, syair dan sebagainya sentiasa menyelitkan
unsur-unsur nilai untuk diketengahkan kepada masyarakat atau dalam kalangan
pembaca.
Dalam hal ini penulis telah mengemukakan beberapa
nilai murni untuk pembaca.Menurut Dwijaya
puisi yang baik lazimnya
menawarkan serangkaian makna kepada pembacanya. Untuk menangkap rangkaian makna
itu, tentu saja pembaca perlu masuk ke dalamnya dan mencuba memberi penafsiran
terhadapnya. Langkah dasar yang dapat dilakukan untuk pe-mahaman itu adalah
ikhtiar untuk mencari makna teks.
Nilai
kasih sayang merupakan nilai yang diterapkan oleh penulis dalam sajaknya yang
bertajuk ”Bisikan Hati Untuk Ibu”. Penulis meluahkan rasa terharu terhadap
pengorbanan ibunya memberi kasih sayang dan didikan kepadanya. Pengorbanan seorang ibu yang menanggung kesakitan ketika
melahirkannya. Di samping itu Penyair juga ingin memohon ampun dan maaf jika
ada salah dan silap terhadap ibunya.
Ampuni dosaku
Kerana sakit, sedih ku
Airmata mu membasahi pipi
Seperti
yang kita maklum, saat yang paling mencemaskan bagi seorang ibu ketika hendak
melahirkan bayinya. Dan saat yang paling membahagiakan bagi seorang ibu pula
apabila telah berjaya melahirkannya. Ketika itu hilang segala kesakitan yang
dirasakannya. Allah swt dengan rahmatNya telah memberikan rasa kasih sayang di
hati seorang ibu kepada anaknya sehingga si ibu walaupun tahu ketika bersalin
ibarat bersalin nyawa namun tidak pernah serik untuk terus melahirkan lagi
cahaya mata dari zuriat suaminya.
Ampuni dosaku
Kerana membesarkan ku
Resah gelisah selalu kau alami
Selain
melahirkan anak, si ibu juga sanggup bersusah payah memelihara anak sejak
dilahirkan hinggalah besar. Si Ibu sanggup berjaga malam apabila anak menangis
dan Si Ibu turut merasa sakitnya jika anak jatuh sakit, seperti kata penulis
“ Kerana sakit, sedihku, air matamu
membasahi pipi”.
Penulis
juga merakamkan penghargaan kepada ibu yang telah bersusah payah mendidik dan
membesakan dengan kata-katanya
“kerana membesarkan ku, resah gelisah
selalu kau alami.”
Pada
rangkap pertama kedua dan ketiga, penulis memulakan ayat dengan “ Ampuni
dosaku…”. Mungkin
timbul persoalan, adakah seorang ibu boleh mengampun dosa anaknya?. Bukankah
Allah yang mengampunkan dosa?.
Di
Zaman Rasullullah saw pernah terjadi satu kisah seorang pemuda bernama al Qomah
mengalami masalah ketika hendak meninggal dunia. Berita itu disampaikan kepada
Rasullulah saw, dan setelah di siasat baginda dapati ibu kepada pemuda itu
merasa sakit hati akibat perbuatan anaknya. Dan setelah si ibu memaafan
kesalahan anaknya barulah pemuda itu meninggal dunia dengan mudah.
Kita
juga selalu mendengar bahawa “ Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu”
yang menunjukkan begitu besarnya peranan seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya.
Dari kisah tersebut menunjukkan bahawa kemaafan dari ibu adalah penting sebelum
mendapat keampunan daripada Allah swt. Walaubagaimanapun Allah Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihani.
Terima kaseh ku pada mu
Atas jasa mu membesarkan ku
Atas segala kasih sayang mu
Dengan menggunakan diksi yang ekonomis dan
terkawal bahasanya, tidak menyalah atau
menghukum siapa yang yang bersalah. Dwijaya menyifatkan sajak seumpama ini
lebih bertimbangrasa sifatnya. Penulis ingin menggambarkan kepada pembaca
bahawa perasaan yang ada pada seorang melalui penghargaan kepada seorang ibu.
Di
rangkap seterusnya penulis mengucapkan terima kasih kepada ibu yang telah
memberi bimbingan serta tunjuk ajar sehingga penulis juga mampu menjadi ibu
kepada anak-anaknya. Lalu penulis merakamkannya begini;
Terima kaseh ku pada mu
Atas bimbingan dan ajaran mu
Aku dapat menjadi ibu seperti mu
Selain
mengucapkan terima kasih penulis juga memohon keredhaan daripada ibunya dengan
kata-kata;
Doakan dan restuilah diriku agar berjaya
Mejadi ibu seperti mu jua
Melahirkan anak bangsa yang berwibawa
Bagi
Penulis kejayaan yang dicapainya adalah dengan berkat doa dan restu dari
seorang ibu. Kejayaannya menjadi ibu kepada anak-anaknya juga adalah dari
tunjuk ajar dari seorang ibu. Penulis memohon doa restu dari ibunya semoga dia
juga berjaya di dunia dan akhirat. Dan akhir sekali penulis memohon doa semoga
Allah swt mengampunkan dosa ibunya dan menempatkannya di dalam Syurga.
Setinggi gunung seluas lautan
Bukan dapat jadi ukuran
Pengorbanan ibu tak ada batasan
Kasih sayangnya tetap berkekalan
Pengorbanan seorang ibu
amat bernilai dan tentulah tidak mampu dibayar upahna oleh anak. Penulis
menganggap sekiranya di berikan kepada ibu segunung emas sekalipun tidak sama
nilainya dengan jasa seorang ibu melahirkan anaknya. Dan penulis mengakhiri
puisinya dengan sebuah doa semoga ibunya mendapat rahmat daripada Allah swt dan
seterusnya di tempatkan ke alam Syurga.
Doaku untuk mu ibu
Agar ALLAH memberi restu
Atas segala jasa dan bakti mu
Pahala Syurga ganjaran untuk mu
Secara
keseluruhan nilai yang diterapkan disini ialah nilai amalan kasih sayang
terhadap ibu yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sehinggalah dewasa. Bersesuaian dengan pandangan Dwijaya bahawa
sesuatu hasil karya itu akan hidup dengan gambaran perihal kehidupan manusia
dan menimbulkan keinsafan kepada pembaca.
1.6 Aspek
Struktur
Secara keseluruhan struktur
yang dapat diperolehi menerusi sajak ini ialah bertemakan Kasih Sayang. Sajak
ini juga membawa kepada persoalan untuk membalas jasa ibu akibat daripada rasa
insaf terhadap pengorbanan ibunya.
Dari
sudut perwatakan pula berdasarkan kepada kejiwaan dan emosi. Penceritaan
merujuk kepada rasa kasih sayang terhadap pengorbanan seorang ibu.
Plot
dalam sajak ini pula, merungkai kehidupan seorang ibu bermula dari kandungan
ibu sehinggalah penulis dewasa. Dengan yang demikian plot cerita sajak ini
berkembang secara tersusun.
Menurut Dwijaya,
Dia membanding pengalaman manusia dan
masyarakat dengan nilai-nilai utama manusia dan membuat ulasan tentangnya.
Sastera mengesani manusia kerana persoalan yang dibincangkan sering kali
menjadi persoalan yang dialami bersama.Perjalanan sesuatu plot cerita
berkesinambungan dan mudah difahami
Melihat kepada struktur
perjalanan ceritanya ia agak mudah difahami dan menggunakan gaya bahasa yang
ringkas tetapi mempunyai pengertiaan yang mendalam. Dengan berlatarkan
perjalanan masa, penulis mengakhiri sajaknya dengan doa dan harapan terhadap
pengorbanan ibunya. Ini dapat disokong kuat dengan cara Dwijaya yang dalam
kesedarannya, penyair menggalas kesusasteraan dan menghantarnya kepada manusia,
kerana seseorang penyair perlu memahami erti
manusia dan kemanusiaan secara keseluruhan.
Dharmawijaya
dalam pandangannya tidak dapat dilihat secara mudah dengan pandangan
sambil lalu pada lukisan bahasa sajak, tetapi ia terjalin dan berakar pada
empat perkara besar iaitu, monolog pada diri, kesantunan bahasa, kesedaran
kemanusiaan dan sentuhan kerohanian. Beliau misalnya sentiasa kembali pada akal
budinya sebagai penyair yang sedar, bahawa kebijaksanaan dalam berfikir itu
bukan semata-mata perlu diperlihatkan pada keras dan kritikalnya sesuatu idea
atau tajamnya kata-kata, tetapi perlu juga disembunyikan di sebalik tirai gaya
puitis agar kesan penceritaan sesuatu karya lebih realistik dan hidup dalam
bentuk pembukuan.
1.7 Rumusan
Sebagai
rumusan jelasnya sajak ini merupakan sajak yang mudah difahami dan menjelaskan
secara terbuka terhadap persoalan dan tema yang ingin disampaikan. Dengan
penggunaan bahasa yang mudah difahami ia akan memberi impak secara terus kepada
pembaca kerana gaya penceritaannya jelas menunjukkan tema yang ingin
disampaikan kepada pembaca. Disini kita dapat melihat keinsafan penulis adalah
juga memberi kesan kepada pembaca. Ini adalah kerana tanpa ibu kita tidak akan
wujud di dunia. Persoalan hidup dan Karya yang berkesan adalah karya yang di
dalamnya mengungkapkan pelbagai mesej
dan pandangan kepada khalayaknya”. (Dharmawijaya: 2003).Secara keseluruhan berdasarkan plot dan perjalanan
cerita dalam sajak ini menjelaskan bahawa kehidupan manusia penuh dengan
pelbagai cabaran, pahit dan manis kehidupan yang digarapkan melalui perjalanan
yang disalurkan melalui hasil karya sastera sama ada moden, klasik dan
sebagainya. Menurut beliau ,
penyair yang baik selalu cuba menilai, merenung dan mencari jawapan untuk
masalah masyarakatnya. Dia membanding pengalaman manusia dan masyarakat dengan
nilai-nilai utama manusia dan membuat ulasan tentangnya. Sastera menghasilkan
catatan kehidupan manusia kerana persoalan yang dibincangkan sering kali menjadi
persoalan yang dialami bersama.
Rujukan
Asmah Hj. Omar. Kesantunan
Bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2002.
Atmazaki. Analisis Sajak: Metodologi dan Aplikasi.
Bandung: Penerbitan Angkasa, 1993.
Dharmawijaya. Derita Buana. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1992.
Shamsuddin Jaafar (penyusun). Wajah:
Biografi Penulis. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.
0 Komen Anda:
Catat Ulasan