Genesis Mining - Easy Mining

Sabtu, 27 April 2013

Rujukan Pelancongan Lembah Danum


Mendengar kehebatan alam semulajadi Lembah Danum membuatkan saya teruja untuk mengunjungi taman rekreasi semulajadi ini. Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum terletak 83 km ke barat-daya Lahad Datu dipenuhi dengan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang akan memberi kepuasan kepada pengunjungnya. 

            Kawasan tadahan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak sumbu Sumatera, orang utan, ungka, kancil, serta harimau bintang. Terdapat sebanyak 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini. Pusat Kajiselidik Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini.Lembah Danum mempunyai sebuah eko-resort yang pertama di Sabah iaitu Borneo Rainforest Lodge. Resort ini mempunyai sebuah restoran, bar, serta chalet yang selesa dengan pemandangan Sungai Danum.  Antara aktiviti yang ditawarkan disini ialah menjejaki laluan trek dalam hutan, bermandi di sungai, memerhati burung, meninjau hutan pada waktu malam dan lawatan ke tapak pembalakan dan kilang kayu yang berdekatan.

BENTUK TANAMAN
Rupa bentuk tanaman di kawasan ini terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup secara semulajadi di kawasan yang hutan simpan semulajadi yang sentiasa dipelihara. Ia merupakan lanskap semulajadi ia terdapat di kawasan tersebut.


Pokok Teduhan
Pokok teduhan yang terdapat dipersekitaran ini adalah terdiri daripada tumbuhan jenis pokok naungan yang besar. Malah pokok tertinggi terdapat di Taman ini. Keadaan suasanan persekitarannya yang semulajadi dan dipelihara menyebabkan pokok-pokok di kawasan ini sentiasa dipantau oleh jabatan perhutanan untuk tujuan pemuliharaan.
  
Tumbuhan Penutup Bumi
Tanaman penutup bumi  merupakan tanaman yang hidup dan tumbuh secara semulajadi atau ditanam secara sistematik dalam hal ini tumbuhan penutup bumi yang tumbuh di taman ini adalah merupakan tumbuhan yang hidup semulajadi sebagai tumbuhan belukar.

Jenis Bunga
Taman rekreasi ini merupakan taman yang kaya dengan floranya yang pelbagai jenis. Salah satu contoh yang terdapat di taman ini ialah pokok bunga tidak bermusim. Ia tumbuh juga secara semulajadi dikawasan yang luas ini. Suasana persekitarannya dan kesesuaian tanahnya membolehkan ia tumbuh secara semulajadi.

Tanaman Hiasan
Pokok palma ini merupakan pokok yang di tanam sebagai lanskap hiasan tambahan yang terdapat dalam taman rekreasi. Ia merupakan tanaman yang bertujuan untuk menghiasi bertujuan untuk mengindahkan lagi suasana dipersekitaran taman ini.

Tumbuhan Semulajadi
Suasana semulajadi yang unik dan tanaman yang meliputi keseluruhan taman ini terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan yang kecil sehinggalah kepada tumbuh-tumbuhan yang besar.

PERABOT
Perabot atau kemudahan buatan manusia merupakan asas yang penting kepada pengunjung untuk menikmati kemudahan bagi tujuan rekreasi dan kesesuaiannya dengan suasana hutan yang terdapat di kawasan tersebut. Keadaan ini membolehkan ia digunakan untuk tujuan menikmati pemandangan di persekitaran tersebut sambil beristirehat dengan suasana hutan semulajadi yang sentiasa dipelihara.

JENIS-JENIS PERABOT

Terdapat beberapa jenis perabot yang boleh didapati di tempat tersebut salah satunya seperti jambatan gantung, pondok, tempat meninjau, jalan-jalan ke penginapan.Ia memudahkan para pengunjung untuk menikmati suasana dipersekitaran tersebut dengan adanya kemudahan tersebut.

Jambatan
Unik dan menarik dan merupakan jambatan gantung yang dibina membolehkan pengunjung melihat persekitaran dari atas suasana di taman melalui pandangan udara.


Tempat Tinjauan

Kemudahan tempat tinjauan merupakan kemudahan yang membolehkan kita melihat dan secara lebih dekat tentang habitat alam flora dan fauna  di kawasan ini. Pada jarak 50 meter pertama, titi yang merentangi Sungai Danum itu setinggi 35 meter dan meningkat kepada 40 meter pada laluan 50 meter kedua yang merentangi Hutan Simpan Ulu Segama Malua.

            Di pertengahan laluan, pengunjung terpaksa mendaki pokok balak dianggarkan berusia lebih 100 tahun yang dilengkapi tangga besi setinggi lima meter, sebelum perjalanan di atas titi diteruskan. Kehijauan alam semula jadi dipenuhi panorama rimba dan sungai memberi ketenangan dan dengan sendirinya mengurangkan rasa gayat. Suara unggas, termasuk burung bekia (bulwer's pheasant), rusa dan Orang Utan menambah keceriaan perjalanan di atas titi, biar pun kelibat haiwan berkenaan tidak kelihatan.

Penginapan
Rumah penginapan di taman rekreasi ini mempunyai kelengkapan pelbagai perabot dan kemudahan seperti yang terdapat di bandar. Dengan menginap di tempat ini kita akan dapat merasakan suasana pada waktu malam dengan lebih jelas dengan bunyi-bunyian pelbagai unggas.

Ruang Pejalan Kaki
Ruang pejalan kaki disediakan untuk membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan mereka ke satu tempat khasnya di kawasan persekitaran taman tersebut. Ruang pejalan kaki ini dibina menggunakan yang menghubungkan rumah rehat dan pondok-pondok rehat di sekitar taman ini.

Pondok
Pondok-pondok dibina sekitar taman rekreasi ini memudahkan pengunjung bersantai dalam suasana hutan semulajadi. Ia dibina daripada jenis kayu yang tahan lama dengan bentuk ukiran yang menarik. Ia membolehkan tempat ini tahan lama. Tempat berehat ini membolehkan pengunjung berehat sambil menikmati kesegaran udara dihutan semulajadi Lembah Danum.


ELEMEN LANSKAP LEMBAH DANUM
Elemen ini mencorakkan suasana pandangan semulajadi yang terdapat pada kawasan ini seperti kedudukan lokasi, topografi, kemudahan dan kualiti serta arah pandangan.

LOKASI
Suasana dan lokasinya yang jauh ke dalam pedalam menjadikan ia menjadi destinasi yang mencabar untuk diterokai. Namun keadaan lokasinya yang sedemikian rupa menjadikan ia sebuah kawasan yang unik dan menarik.

TOPOGRAFI
Keadaan topografi tempat ini agak padat dengan bukit-bukau dan merupakan kawasan yang dipenuhi dengan persekitaran hutan semulajadi. keindahan hutan hujan tanah pamah yang masih belum terusik di Pusat Luar Lembah Danum (DVFC), kira-kira 83 kilometer dari barat daya Lahad Datu, Sabah pastinya mampu membuat kita terlupa sebentar dengan kesibukan kerja dan suasana kota raya. Udara segar daripada bau pepohon asli hutan seluas 438 kilometer persegi itu membangkitkan rasa nyaman sambil dihiburkan dengan bunyi-bunyian semula jadi unggas yang menjadi penghuni kawasan itu pasti meninggalkan seribu satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Lembah Danum adalah kawasan tadahan luas yang juga habitat kepada badak sumbu Sumatra, gajah Asia, harimau dahan, kera bangkatan, Orang Utan, ungka, kancil, serta harimau bintang. Ada sebanyak 300 spesis burung yang direkodkan di kawasan ini.
Hutan di sekeliling DVFC di dominasi pokok diteroka dengan ketinggian kanopi setinggi 70 meter di kawasan tertentu. Kira-kira 90 peratus kawasan pemuliharaan diklasifikasi sebagai hutan pamah diteroka manakala selebihnya hutan separa pergunungan bersilara rendah Gunung Danum.

            Aktiviti di Lembah Danum pastinya tidak lengkap jika tidak mencuba berjalan di atas titi gantung sepanjang 100 meter di atas pokok yang mencecah ketinggian 40 meter di hutan itu. Bagi yang gayat, pastinya pemandangan dari atas titi gantung mampu melupakan seketika kerisauan berada di tempat tinggi. Perjalanan di titi gantung itu bermula pada ketinggian 35 meter merentasi Sungai Danum pada jarak 50 meter pertama dan ketinggian titi gantung itu meningkat kepada 40 meter pada laluan 50 meter kedua yang membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat Hutan Simpan Segama Malua.

KEMUDAHAN PERGERAKAN   
           
Kemudahan pergerakkan ke kawasan tersebut walaupun terpaksa melalui jalan yang tidak berturap namun ia memberi kepuasan kepada pengunjung. Bagi memasuki taman rekreasi ini kenderaan 4 pacuan roda digunakan. Namun bagi membolehkan pengunjung melihat dan menjelajahi kawasan persekitaran jalan-jalan atau denai digunakan.

            Pengunjung juga disediakan dengan kemudahan penunjukkan arah dan label-label untuk berkunjung ke suatu tempat dengan tempat yang lain bagi membolehkan mereka tidak mengalami kesukaran untuk sampai ke satu destinasi dengan destinasi yang lain. Pengunnjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan juru penunjuk arah untuk menemankan mereka.

KUALITI DAN ARAH PANDANGAN
Keadaan semulajadi dan kemudahan seperti tempat tinjauan dan jambatan gantung pengunjung melihat persekitaran alam semulajadi yang luas terbentang.Keadaan ini juga akan menjadikan kawasan tersebut sesuai untuk membuat pelbagai kajian dan tinjauan. Walaupun diliputi hutan tebal namun ia dapat memberi gambaran keseluruhan melalui tempat tinjauan yang disediakan. Dengan menggunakan jambatan gantung pula pengunjung akan dapat melihat kawasan persekitaran dengan lebih jelas.Taman rekreasi Lembah Danum merupakan taman rekreasi yang amat menarik untuk dikunjungi dan meliputi kawasan yang luas dengan alam semulajadi yang menakjubkan. Kesesuaian tempat ini sebagai taman rekreasi menjadikan tempat ini sesuai dijadikan sebagai pusat pelancongan. Keadaan rupa bumi yang unik dengan kepelbagaian flora dan fauna menjadikan tempat ini sesuai untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan kajian saintifik tentang flora dan fauna. Kesesuaian tempat dan lokasinya yang unik inilah yang menjadikan tempat ini sering menjadi tempat kunjungan saintis dan pengkaji flora dan fauna seluruh dunia.


RUJUKAN

Mohd. Shariff M. ( 2002). Hortikultur Hias dan Landskap. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan pustaka

Tan Boon Tong (1991). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/utama/

0 Komen Anda:

Catat Ulasan