1.0 Pengenalan
Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di
dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Persekitaran yang sihat dan
kondusif membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif. Marjorie
Schiller (1995) menyatakan bahawa bilik dan seni melambangkan cara kita menilai
seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita.
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang
tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas
bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan
murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan,
koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan memmuridi Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan
kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan
mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.
Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,
kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,
proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi,
mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.
Sementara kemahiran yang akan
diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,
mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,
menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan
kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran.Dalam penghasilan seni
visual, kegiatan harus melibatkanpenerokaan, pewujudan idea,perkembangan idea,
pembelajaran secaraterancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui
teknik tertentu.Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa
danselepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya
penyelidikan di kalangan murid.
1.1 Maklumat berkaitan bilik
seni
Bilik Seni
merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah. Ini adalah kerana unit
ini memainkan peranan penting dalam menguruskan proses pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan program yang berkaitan
dengan seni. Oleh itu, Bilik Seni itu sendiri perlulah kelihatan ceria dan
dapat memberi ruang kerja yang selesa kepada seluruh warga Sekolah khas di SK
Pulau Mabul, Semporna. Bagi meralisasikan dan melicinkan perkhidmatan Bilik
Seni telah membentuk satu organisasi bagi sesi 2013. ia terdiri daripada Ketua
Panatia Seni,Setiausaha dan guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan
Seni Visual.SK Pulau Mabul merupakan
sebuah sekolah yang terletak yang agak jauh dari bandar.Pengurusan Bilik
Seni yang terancang dan bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan
estetika dalam penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua warga
sekolah.Pengurusan dan aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid dan
warga sekolah untuk sama-sama melibatkan diri dalam program yang dirancang. Ini
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang
kepentingan dan ilmu pengetahuan di dalam bidang seni visual.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual
disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta
Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat
membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang
akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan,
kemahiran membuat pilihan dankeputusan yang tepat, kemahiran mencari,
menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan
kemahiran pengurusan.
Dalam
mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam
menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum
kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah
terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni
Visual.Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam
bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada
kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain
iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.
1.2 Pengurusan Bilik Seni
Pengurusan bilik
seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan
penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha
bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang
sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan
menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik
seni.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya
seperti:
• unsur seni
• menggambar / melukis
• warna
• lukisan alam semulajadi
• seni huruf dan sebagainya.
Guru-guru
pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan
bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti
yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam
pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya
adalah seperti berikut :
- Warna
Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna terang-nampak
besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar
- Papan
Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat
untuk menyampaikan maklumat
- Cahaya -
menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.
- Bahan
Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa
ingin tahu.
- Zon
Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka – meja
kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai antara pelajar.
- Stor
Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil
karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
1.3 Sudut-sudut
pameran berkaitan
Berdasarkan kepada gambar yang telah diperolehi
didapati beberapa kawasan dijadiakan sebagai sudut pameran sebagai sumber rujukan
kepada pelajar diantaranya adalah seperti pameran berkaitan hasil kerja pelajar
dan berkaitan teknik dalam pendidikan seni.
1.4 Zon-zon kerja tertentu
Zon kerja yang yang terdapat di dalam bilik ini merupakan zon yang disusun
secara kelas. Dimana susun atur meja dan kerusi seperti bilik darjah biasa.
1.5 Stor dan bilik-bilik khas
yang berkaitan
Kekurangan yang ketara bagi bilik seni ini adalah
ketiadaan stor penyimpanan alatan. Ini pastinya menyukarkan bahan-bahan seni
seperti warna dan peralatan lain di simpan atau dihimpunkan dalam satu tempat.
Keadaan ini pastinya akan meyukarkan mereka menyimpan peralatan tersebut dan ini
akan menyebabkan peralatan tidak dapat dikumpulkan dalam keadaan yang tersusun.
1.6 Ruang-ruang lain yang
berkaitan
Didapati tiada ruang yang dibuat dalam bilik ini
bermaksud tiada ruang-ruang tertentu dalam bilik ini yang menyebabkan susun
atur kurang kundusif untuk membuat agihan terhadap pameran hasil karya pelajar.
Ini menyebabkan
1.7 Carta-carta
Carta berkaitan dengan
bilik pendidikan seni tidak terdapat di dalam bilik ini dan maklumat berkaitan
susunan jawatankuasa tidak dapat diperolehi.
2.0 Pelan dan ladangan Bilik Pendidikan Seni
2.2 Cadangan Penambahbaikan
Secara keseluruhan terdapat beberapa
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi membolehkan bilik Studio Seni ini
lebih ceria dan lebih kondusif untuk suasana pembelajaran Pendidikan Seni.
Penambahbaikan tersebut dilihat dari segi susun atur ruang kerja, sudut pameran
yang berkonsepkan kemahiran tertentu, carta organisasi dan juga ruang
penyimpanan alatan seni.
2.2.1 Susun
atur kerusi meja
Bagi membolehkan suasana persekitaran yang lebih
ceria susun atur meja dan kerusi perlulah disusun mengikut suasana yang lebih
selesa iaitu suasana tersebut perlulah kelihatan luas. Selain daripada itu
suasana tempat kerja adalah memberi galakkan kepada pelajar untuk melakukan
tugasan dengan baik. Ruang kerja penting agar pelajar dapat mencetak
hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat disediakan seperti cetakan yang
menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di
ruangan ini. Dengan ini ruangan kerja yang selesa akan dapat membantu pelajar
menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional
dengan lebih baik.
Ruang khas disediakan untuk
mengakses maklumat berkaitan pendidikan seni perlu disediakan. Ruang ini
digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh
pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan
visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu
masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang
optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut
keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Bagi
menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung
boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan.
Seperti
yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak
kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang
disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat
dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan
tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin
komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu
akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak
dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka
hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.
2.2.2 Stor
Stor khas simpanan bahan atau alatan Pendidikan
Seni perlu disediakan ruang yang membolehkan bahan disimpan dalam keadaan yang
teratur dan kemaskini. Stor ini digunakan untuk
menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat
aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali.
Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan
serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga
terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya
ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat
minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu
alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat.
Selain
itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti
buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di
dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk
memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.Untuk menjaga
kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya
setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara.
Stor
yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana
sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh
kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir
tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan
sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.
2.2.3 Sudut-sudut
Pameran
Sudut-sudut tersebut perlu dilabelkan mengikut
ketegori hasil seni. Ia membolehkan dan memudahkan murid-murid mengenali
jenis-jenis hasil seni tersebut.
2.2.4 Carta
organisasi
Carta organisasi perlu disediakan untuk paparan
kepada mereka yang menggunakan bilik seni ini. Walaupun bilik seni ini
merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
2.2.5 Pejabat
Seni
Ruang pejabat
seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga
berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,
penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga
digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang
diterima daripada pembekal.
2.3 Cadangan
Bilik Pendidikan Seni
2.4 Rasional Cadangan Pelan
Bilik Pendidikan Seni
Seiring dengan
era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih
kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa
dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan
mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual.
Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana
juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.Untuk itu saya telah
melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat diterima
pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya
mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini.
Konsep
bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan
keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik
seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang
tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan
sebagainya.Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada
pengkarya-pengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan
sokongan dari perkara-perkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat
mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang
kontemporari.
Hasilnya ia akan
mewujudkan iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik
darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang
sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
2.4.1 Aspek fizikal
Dari aspek
fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah
atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai
untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh
hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya
dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:
i. Penyusunan meja kerusi murid
mengikut kumpulan.
ii. Suasana di studio Pendidikan Seni yang
dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu
mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iii. Saiz studio yang mempunyai ruang yang
cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid
menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
2.4.2 Aspek Sosial
Suasana sosial
merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid,
khasnya dalam bilik darjah.Murid yang dapat berinteraksi
dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka
akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu
kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku.
Aspek emosi ini akan dapat:
i. Menarik
minat murid, masyarakat dan guru-guru
ii. Berfungsi sebagai pemangkin
untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti
dan inovatif
iii. Mewujudkan suasana interaksi
sesama murid;
2.4.3 Aspek emosi
Suasana emosi
merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang
ditentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik
darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat
penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan
adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.
2.5 Rumusan
Pengurusan
bilik seni dan studio seni di sekolah termasuklah keperluan-keperluan asas yang
perlu ada di dalam bilik seni, langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
oleh guru pendidikan seni visual dalam memastikan ianya kawasan bebas
kemalangan, serta faktor-faktor yang perlu diberi perhatian di dalam
mempamerkan karya-karya seni murid. Pengurusan bilik seni yang berkesan
mempunyai impak secara langsung ke atas proses pembelajaran. Sebagai seorang
guru Pendidikan Seni kita perlu sedar bahawa keselamatan pelajar-pelajar semasa
belajar terletak di bawah tanggungjawab guru dan guru perlu mengambil langkah
awal untuk memastikan ruang belajar bukan sahaja selesa malah selamat serta
kondusif untuk digunakan.
Pengurusan
yang berkesan adalah dengan memastikan keperluan berkaitan kriteria-kriteria
sesebuah bilik dipatuhi dan disediakan. Keperluan bilik Pendidikan Seni
haruslah memperlihatkan bahawa ia merupakan ruang untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian sudut-sudut pameran hasil kerja, info
berkaitan teknik dan sebagainya perlu disediakan dalam sesuatu bilik seni.
Dalam hal ini pengurusan bilik seni di sekolah ini adalah baik namun dengan
sedikit penambahbaikan ia pasti akan memantapkan lagi pengurusan dan suasana
bilik seni di sekolah tersebut.
Rujukan
Chirstoper Bowring-Carr, John West-Burnham (1999). Pembelajaran Berkesan
di Sekolah,
Penterjemah Annuar Ayub. Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Ee Ah Meng (1996). Pemantapan Proses Pendidikan. Shah Alam :
Penerbitan Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian
Sukatan Pendidikan Seni
Visual, KBSR.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mazlan. M (1997). Pendidikan Seni
1 : Prinsip Pendidikan Seni.Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
0 Komen Anda:
Catat Ulasan