Ahad, 8 Disember 2013
PENDEKATAN ANALISIS NILAI
1.0 Pengenalan
Secara amnya, pengajian falsafah tentang moral
ataupun disebutkan sebagai falsafah moral atau etika telah memberikan kita
sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan yang dianggap
baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam
hubungan antara individu. Justeru
kaedah pengajaran juga bersifat fleksibil dan ia memberikan kesan kepada
keadaan dan penerimaan murid.
Maka pengajian psikologi tentang moral yang juga perlu
sebagai psikologi moral bagi meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan
perkembangan kapasiti manusia untuk membuat pertimbangan moral sebagai agen
moral yang bertanggungjawab seterusnya memilih kaedah yang difikirkan terbaik
bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Keadaan ini membolehkan kita menyumbangkan kepada pengetahuan kita terhadap
tindakan sosial individu terhadap orang lain dalam institusi sosial dengan
menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan murid-murid. Moral merupakan perkataan yang berasal daripada
bahasa Latin ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila
serta peraturan masyarakat. Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat
luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-santun dan sebagainya.
[1]moral/etika memberi tumpuan kepada nilai
normatif yang dianggapkan baik, benar betul dan patut sepertimana yang
diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungan antara individu.
Kaedah pula merupakan aspek cara pengunaan penyampaian pelajaran kepada murid
agar mereka dapat menerima pelajaran dengan selesa dan berkesan. Bagi tugasan
ini saya memilih pendekatan analisis ini.
1.1 Pendekatan Analisis Nilai
Pendekatan analisis nilai disebut juga
”pendekatan Coombs”. Pendekatan ini menawarkan suatu proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan
dan menghubungkaitkan nilai-nilai dalam
menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan ini lebih kepada
penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Pendekatan yang dipelopori oleh L.
Metcalf, D. Oliver dan J. P. Shavers (1971) mengemukakan kaedah ini sebagai
satu cara memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam
penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam seperti
keselamatan negara, dadah, hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini
memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum
membuat sesuatu keputusan. Metcalf mencadangkan supaya dibuat perbezaan di
antara nilai-nilai objek dengan nilai pandangan.
Nilai-nilai objek boleh didefinisikan sebagai perkara
yang bernilai yang dipegang oleh seseorang, manakala nilai pandangan pula
adalah satu standard dimana seseorang menilai sesuatu perkara. Metcalf mengatakan bahawa nilai-nilai pandangan merupakan:
(a) Penilaian seseorang terhadap sesuatu;
(b) Dilahirkan
samada dalam bentuk positif, negatif atau neutral; dan
(c) Boleh
dikelompokkan mengikut sudut-sudut pandangan seperti aestatik,
moral, ekonomi, kebijaksanaan dan
lain-lain.
Pendekatan ini merupakan satu cara bagaimana
isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan teratur serta dapat dibincangkan
secara logik apabila klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan pelajar
mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu
keputusan. Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang
berikut.
(a) Kenal pasti
dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b) Mengumpul
fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c) Menilai
fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
(d) Menguji
keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke
dalam situasi sebenar atau berdasarkan
kepada prinsip moral yang sejagat
Pendekatan
ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara
objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan
kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam
proses analisis nilai, kita boleh menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan moral.
1.2 Rasional
Pemilihan Kaedah
Rasional pemilihan
kaedah ini adalah kerana ia mudah diikuti oleh murid-murid disamping beberapa
situasi atau keadaan yang menyebabkan saya tertarik untuk memilih kaedah ini.
Diantaranya ialah :-
1.2.1 Kebolehan Membuat Penaakulan
Berdasarkan penggunaan kaedah ini murid-murid
dapat berfikir sebagai seorang yang matang, terbuka, analsis dan tidak mudah
dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Sesuai dengan pandangan Suriati Puteh dan
C.T. Goh (1995), menyatakan bahawa "kebolehan membuat penaakulan ialah
sikap yang berupaya menggunakan minda secara logik dan berdasarkan bukti nyata
serta munasabah dalam usaha melaksanakan sesuatu perkara.” Ini bermakna kaedah
ini mampu membawa murid menggunakan pemikiran mereka dengan mengemukakan
pandangan tanpa terpengaruh dengan orang lain berdasarkan dapatan mereka.
1.2.2 Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka
Tan
Lee Lee dan rakan-rakan (1994) menakrifkan keupayaan berfikir logik dan terbuka
sebagai sikap dan pandangan yang boleh diterima akal serta munasabah.
Pertimbangan adalah bergantung kepada keadaan. Pemikiran yang logik dan terbuka
dapat memupuk sikap-sikap bersabar, bertanggungjawab, berani, jujur dan
berpengetahuan luas dalam diri seseorang. Orang yang bersikap terbuka mudah
menerima pandangan, pendapat dan teguran orang lain.
1.2.3 Pendekatan Analisis
Ia
bersifat rasional maka keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan dapatan
logic dan munasabah yang mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas. Ia mendorong
murid untuk berfikir aktif tentang masalah-masalah moral dan dalam membuat
keputusan-keputusan moral. Ia dilihat sebagai perkembangan berfikir dalam
membuat pertimbangan moral, dari suatu peringkat yang lebih rendah menuju suatu
peringkat yang lebih tinggi (Elias, 1989) tujuan yang ingin dicapai adalah
untuk membantu murid dalam membuat pertimbangan moral yang lebih kompleks
berdasarkan kepada nilai yang lebih tinggi serta mendorong murid untuk
membincangkan alasan-alasannya ketika memilih nilai yang betul.
1.3 Aplikasi Kaedah
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kebiasaan pengajaran dan pembelajaran adalah
bersifat dari mudah ke susah justeru dalam konteks analisis nilai seseorang
akan didedahkan kepada maklumat-maklumat tertentu dan selebihnya diputuskan oleh murid dengan
bimbingan guru. Prosedur atau langkah-langkah dalam aplikasi kaedah ini adalah
jelas iaitu bermula dengan :-
1.3.1 Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
Pengajaran dimulakan dengan
mengenalpasti masalah iaitu dengan cara melihat sesuatu isu yang diberikan
seperti mengapa gejala merokok berlaku. Input maklumat diberikan dan dalam
konteks ini pengembangan ilmu pengetahuan murid-murid akan terbina melalui
input maklumat yang diberikan tadi. Pada masa ini murid-murid hanya akan
mendapat input maklumat berkaitan rokok baik buruk perkara ini masih belum
diputuskan oleh mereka lagi.
1.3.2 Mengumpul fakta/bukti untuk membuat
pertimbangan nilai
Bahan maklumat yang diperolehi akan
menjadikan mereka mengumpul maklumat sebagai fakta kepada isu yang dikemukakan
dalam pada masa yang sama maklumat tadi akan menjadi panduan kepada mereka
dalam membuat keputusan.
1.3.3 Menilai fakta yang relevan dan membuat
keputusan tentatif
Bahan fakta yang relevan itu tadi
akan dianalisis satu persatu dan dijadikan sebagai bahan untuk membuat keputusan
secara teratur. Dalam hal ini murid-murid telah bersedia untuk membuat
keputusan berdasarkan pengumpulan maklumat yang diperolehi tadi.
1.3.4 Menguji keputusan dan merumus
Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang
strategi yang melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan
serta isu moral dan sebagainya yang kontroversial dan berkonflik.
Langkah-langkah dalam pendekatan ini walaupun bersifat logikal dan berdasarkan
fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai) amat perlu bagi pemupukan,
penghayatan serta amalan nilai-nilai.Setelah semua bahan maklumat dikumpulkan maka murid-murid akan membuat
keputusan tersendiri sama ada perkara itu baik atau tidak. Dalam hal ini
keputusan yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi
seterusnya dirumuskan oleh mereka sendiri dengan yang demikian kita akan dapat
mengembangkan fikiran mereka dan mengajar mereka untuk mencapai keputusan yang
baik.
1.4 Rumusan
Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan
adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan
moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan
ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral,
perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus
mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran
pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan
nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri. Tanggungjawab, prinsip
moral dan kebaikan bermoral bukanlah suatu yang bertentangan antaranya untuk
dibuat pilihan tetapi merupakan perkaitan dalam aspek tingkah laku yang bermoral.
Biar apapun bentuk teori dan falsafah yang dipegang kehidupan bermoral adalah
asas kepada natijah dari setiap teori yang dinyatakan di atas. Memiliki
ciri-ciri kebaikan yang berlandaskan kepada panduan dan peraturan moral di atas
membolehkan seseorang itu untuk membentuk dirinya mencapai peringkat berakhlak
mulia dan seterusnya dapat bertindak ke arah kebaikan menerusi alasan-alasan
dan berdasarkan persekitaran yang wujud.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih infonya..........
BalasPadamsangat menarik dan bermamfaat......