Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 2 April 2013

Contoh Pemakanan Selamat


Kesihatan mempunyai komponen-komponen yang membentuk satu rangkaian untuk membina gaya kehidupan seseorang individu seterusnya dapat mempengaruhi kesihatan komuniti sesebuah negara.

Kesihatan Fizikal 
Komponen pertama yang dapat diutarakan ialah dari segi kesihatan fizikal. Seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan fizikal yang mempunyai tahap ketahanan tinggi terhadap sebarang serangan penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya dapat berfungsi dengan baik. Seseorang individu yang memiliki tahap kesihatan fizikal yang mempunyai tahap kecergasan yang optima dan berkemampuan melakukan kegiatan seharian dengan baik dan berkesan. Deria tubuh badannya mempunyai ketajaman untuk bertindak balas dengan baik.

Kesihatan Sosial 
Komponen ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu untuk memenuhi interaksi interpersonal. Ia bermaksud seseorang individu dapat berinteraksi dan berhubung dengan seseorang individu yang lain, ahli keluarga dan komunitinya dalam suasan yang mesra. Di samping itu juga, seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan sosial berkebolehan untuk menghadapi fenomena-fenomena sosial  yang ditempuhi dalam kehidupan sehariannya. 

Kesihatan Mental 
Ia merujuk kepada tingkat keupayaan intelektual seseorang individu. Seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan mental yang tinggi berupaya untuk belajar dan berfikir secara rasional.

Kesihatan Emosi
Komponen yang merujuk kepada  kebolehan dan keupayaan seseorang individu untuk mengawal emosinya. Individu yang mempunyai tingkat kesihatan emosi yang baik berkeupayaan menghalang dan menghadapi pelbagai tekanan hidup dengan tenang dan bersahaja.

Kesihatan Persekitaran
Komponen ini menjelaskan seseorang individu yang berjaya mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik terhadap persekitaran sekelilingnya. Individu tersebut berkeupayaan untuk memainkan peranan yang terpuji dan berkesan untuk melindungi serta memperingkatkan suasana persekitarannya.

Kesihatan Rohani
Komponen ini biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah kehidupan, kepercayaan dan keyakinan diri. Seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip yang positif. Seseorang individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Apabila seseorang individu telah mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh maka ia selanjutnya akan mencapai kesejahteraan hiudp. Rajah di bawah dapat mengambarkan kepada  kita tentang komponen-komponen kesihatan individu secara menyeluruh.


0 Komen Anda:

Catat Ulasan