Jumaat, 1 Februari 2013
Rujukan Pengurusan Masa
Pernahkah
anda terfikir, mengapa ada pelajar yang begitu sibuk dengan aktiviti sekolah
masih boleh cemerlang dalam peperiksaan sedangkan pelajar lain yang tidak
begitu sibuk tidak cemerlang? Jawapannya mudah, sudah tentu dengan kebijaksanaan
pengurusan masa yang berkesan. Kegunaan masa berubah dengan teknologi, seperti
televisyen atau Internet yang menciptakan peluang baru untuk menggunakan masa
dalam berlainan cara. Dewasa ini,
pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh sering menghadapi kesukaran dalam
mengurus masa yang begitu padat. Oleh kerana kebanyakkan pelajar merupakan
mereka yang memiliki kerjaya mereka masing-masing maka sering berlaku kepadatan
masa dalam kehidupan mereka seharian.
Definisi
Pengurusan Masa
Secara ringkas,
teknik pengurusan masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar kita dapat
mencapai matlamat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan Teknik pengurusan
masa yang berkesan, kita akan dapat mencapai banyak perkara dalam masa yang
singkat. Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat
menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka
benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan
baik? Tentu mudah untuk menjawab soalan ini.
Masalah-Masalah
Yang dihadapi dalam Pengurusan Masa
Kemahiran
pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, kita akan habiskan masa kita
dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang diri kita daripada mencapai matlamat dalam melakukan
sesuatu. Terdapat beberapa masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh khasnya melibatkan
pengurusan masa yang tidak cekap. Berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh :-
Membuang
Masa
Masa kita
selalu terbuang dan berlalu begitu sahaja dengan tindakan silap kita sendiri
seperti menelefon yang berjela-jela, kawan yang singgah ketika kita sedang
bertugas dan bersembang dengan perkara yang tiada kaitan dengan tugas atau
pelajaran. Untuk mengurus masa secara berkesan kita perlu mengukur kerja yang
kita buat dengan masa yang diperlukan seperti mana yang kita rancangkan sebelum
ini.
Membuat
kerja orang lain
Kita
seharusnya menyiapkan kerja kita sendiri tanpa bantuan orang lain. Lebih baik
kita memberi latihan atau penumpuan kepada pelajaran atau sesuatu kerja,
daripada kita gunakan masa kita untuk menyelesaikan tugasnya. Dan buat
pengawasan selepas memberi latihan kerana ini akan menjimatkan masa berbanding
dengan kita yang melakukan kerja dia ! Sekiranya kita terpaksa membuat kerja
orang lain, cara yang lebih baik ialah kita perlu menyemak masa yang kita
perlukan untuk menyelesaikan kerja kita terlebih dahulu dan sebayak mana pula
masa yang kita akan gunakan untuk membuat kerja orang lain itu.
Perjanjian
atau Pertemuan
Mulakan
kaedah pengawalan masa dengan lebih sistematik. Gunakan buku untuk catatkan
semua perjanjian/pertemuan dan sebagainya.Jangan membuang masa dan leka ketika
membuat pertemuan atau perbincangan.
Penskedulan
Sekiranya kita bercadang untuk mengadakan
sebarang projek jangka pendek atau jangka panjang, masa untuk setiap aktiviti
seharusnya diskedulkan dengan teliti demi untuk mencapai sasaran projek tanpa
membazir masa.
Rujukan Carian Google
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen Anda:
Catat Ulasan