Pengenalan
Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan
sastera yang dimaksudkan dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan
baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama). Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah
lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi
dan main peranan. Teknik sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan
Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan
menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik
Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan, simulasi,
bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan
improvisasi.
Pengajaran dan
pembelajaran komsas dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi
mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera
diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.
Menurut A.Ghafar Ibrahim, Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat
menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid.
Berikut adalah alasan-alasan yang mewajarkan penggunaan bahan sastera
dalam pendidikan.
Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan
melalui bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu
membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan
rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang
berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku
dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan
pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Penggunaan bahan sastera
boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif. Ia boleh digunakan untuk
mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap
pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada
kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian
bahan yang digunakan. Pengajaran dan
pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan
bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi
rohani dan jasmani.
Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa
alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera.
Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik.
Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika
bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu,
maka bahasanya terjamin.Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat
menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya
sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera
yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus
menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa
yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa
bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu
objektif pendidikan Bahasa Melayu.
Melalui penulisan bahasa sastera,
penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan dalam situasi yang
berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu bahasa sastera
mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses
penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar. Bagi tugasan ini
saya telah memilih genre sastera sajak untuk di ulas berkaitan dengan aspek
bahasa, nilai dan struktur.
Sejarah Perkembangan
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi
mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10
tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada
tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Menurut Abdul Shukor 2000, Pendidikan Kebangsaan,
dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Namun
perubahan tersebut sama sekali tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa
Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa
Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama
iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika Kementerian
Pendidikan Malaysia 2000. Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan
untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh
dimanfaatkan sepanjang hidup mereka. Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang
Estetika tersebut murid akan memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan
kreatif. Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan
dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan
melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.
Pelaksanaan Komsas dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu
kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan
oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini.
Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah
dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di
institusi pengajian tinggi.
Komponen
Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan
komponen wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah
dengan tujuan mendorong para pelajar untuk membaca bahan-bahan sastera,
menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui latar belakang para
penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah
air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang
aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah:
- Mengenal genre cerpen,
drama, novel dan prosa tradisional.
- Mengenal puisi moden dan
puisi tradisional.
- Memahami istilah-istilah
kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.
- Memahami binaan dan teknik
plot.
- Menilai dan mengulas mesej, pengajaran,
nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan.
- Menaakul tema atau
pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan.
- Menilai dan mengulas gaya
bahasa, unsur bunyi dan nada.
Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa
pelajar yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Oleh itu format baru kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini adalah berteraskan teks Komsas yang
dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4 dan 5.
Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa
pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4.
Tema moral sering dikaitkan
dengan masalah kekurangan didikan agama sehingga terpesona dengan kegiatan yang
meruntuhkan nafsu. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa cerpen-cerpen sebelum perang
mempunyai unsur-unsur lucu dan percintaan cerpen-cerpen ini juga dikatakna
kurang nilai estetik kerana terlalu mementingkan unsur didaktik. Ini
menyebabkan kebanyakkan cerpen hampir menyerupai sebuah esei. Perwarnaan
wataknya pula berdasarkan kepada watak hitam dan putih dimana watak putih
selalu mendapat balasan baik dan watak hitam pula selalu mendapat balasan jahat.
Sastera bukan sekadar
bahan bacaan, tetapi lebih daripada itu. Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa
sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan
tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak
yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk
melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat
mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka.
Menurut A. Samad Said, melalui
sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan, ketakwaan,
kebijaksanaan, dan tazkiyah dan disampaikan secara sederhana, tetapi amat
berkesan di jiwa. cerpen hanya sebuah karya kreatif, ia mesti ada
daya imaginasi atau daya reka dan sensitiviti atau daya sentuh. Kekuatan
sesebuah karya sastera ialah keupayaan seseorang pengarang mengolah imaginasi
dan sensitiviti. Bagaimanapun ia tidak mengikis tujuan asal sesebuah teks
sastera untuk membina masyarakat. Usman Awang (1995) menulis bahawa
sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara meluas.
Secara keseluruhannya pengertian
cerpen merupakan cerita pendek yang tergolong dalam kesusteraan melayu yang
menggunakan bahasa moden dengan mengenengahkan unsure-unsur moral kepada
pembacanya.
Kepentingan KOMSAS
Matlamat mata pelajaran tersebut jelas dilihat
daripada petikan kata pengantar Dato'
Asiah Abu Samah (1988), Pengarah Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia, dalam Buku Panduan Pendidikan Kesusasteraan Melayu Tingkatan
IV dan V:
Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran
pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan IV dan V bukan sahaja menyediakan
pengetahuan dan kemahiran kreatif dalam bidang Bahasa Malaysia tetapi juga
memberi peluang pelajar pelajar untuk menikmati keindahan dan kehalusan
sastera. Dengan itu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan karya-karya yang
ditulis dalam Bahasa Malaysia diharap dapat menekankan pengajaran yang bersifat
apresiatif yang dapat membawa pelajar-pelajar membina rasa kebanggaan,
kepercayaan diri, dan cintakan tanah air dalam suatu wawasan Kebudayaan
Kebangsaan.
Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mernperkenalkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen Bahasa Melayu di
sekolah menengah. Guru-guru bahasa dikehendaki mengajar semua genre termasuklah
prosa tradisional, puisi tradisional dan moden, novel, cerpen dan drama, dari
tingkatan I ke tingkatan yang lebih tinggi sehingga pelajar menduduki
peperiksaan PMR dan SPM. Mata
pelajaran kesusasteraan ini wajib dipelajari oleh
semua pelajar tanpa mengira aliran. Tujuannya agar semua pelajar terdedah kepada pengetahuan
asas sastera atau cara penghayatan karya sastera. Pelaksanaan ini secara
langsung telah mengakui kepentingan kedudukan sastera Melayu sebagai suatu mata
pelajaran penting untuk dipelajari. Mata pelajaran ini akan mengambil
sebahagian daripada waktu bahasa Melayu, iaitu dua waktu daripada keseluruhan
enam waktu dalam seminggu. Hal ini bermakna mata pelajaran kesusasteraan ini
boleh berdiri sendiri tetapi diajarkan oleh guru bahasa.
Unsur rohani dalam FPK mengandungi hikmah yang
mempunyai matlamat, iaitu keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama,
kemantapan jiwa, menghubungkan nilai murni dengan norma masyarakat, dan
mempunyai sahsiah yang mulia. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu dalam
pengajaran Bahasa Melayu itu boleh disifatkan sebagai menekankan proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah memupuk, dan memperkaya kehalusan perasaan,
serta memperteguh rasa penghargaan, dan keindahan terhadap bahan kesusasteraan Melayu.
Menarik Minat Murid
Pertimbangan pedagogi boleh dikatakan tiada sama
sekali dalam pendidikan sastera sejak sebelum perang sehingga akhir tahun
1950-an. Kanak-kanak darjah empat sekolah Melayu telah pun membaca Chanai
Bacaan dan Pelbagai Cetera Melayu. Soal penggredan bahan-bahan untuk
kanak-kanak tidak wujud.
Kesesuaian
Sebagai Bahan Bantu
Genre cerpen sesuai digunakan untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana sifatnya yang mempunyai unsure-unsur
pengajaran yang dapat dijadikan sebagai bahan Bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran khasnya Bahasa Melayu. Objektif pengajaran dan pembelajaran
kesusasteraan mementingkan perkembangan afektif, iaitu penentuan sikap,
perkembangan daya pemikiran yang kritis, serta penikmatan. Melalui penikmatan
dan pemikiran yang kritis, seseorang pelajar dapat mengabadikan nilai-nilai
kesusasteraan dan kebudayaan bangsa, manakala pemikiran yang kritis pula dapat
membentuk serta mencipta citarasa kesusasteraan.
Menghilangkan
Kebosanan
Secara
amnya, dengan kepelbagai teknik seperti teknik lakonan, main peranan dan
simulasi pelajar akan rasa tidak bosan dalam mengikuti pelajaran tersebut
kerana ia membolehkan mereka belajar sambil mengenal genre sastera secara
langsung.
Meningkatkan
Motivasi Pembelajaran
Secara
logiknya apabila murid merasa seronok ia akan memberikan impak terhadap
penerimaan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini
juga menyebabkan murid atau pelajar tidak merasa takut dan aktif dalam proses
pembelajaran.
Kesesuaian
Tema
Komsas ialah
satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia
dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan.
Laras bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa harian dan sains. Pemilihan
kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah
membawa pembaca menikmati bahasa sastera. Mengikut Ali Ahmad (1994), sudah
menjadi fitrah manusia mempunyai jiwa yang halus, sama ada pengarang ataupun
pembaca. Maka, sastera menjadi bererti kerana pengarang dan pembaca diikat oleh
pembentukan jiwa yang sama yang suka kepada keindahan. Dengan yang demikian ia
boleh membawa kefahaman murid terhadap proses penggunaan sastera pada peringkat
awal.
Rujukan Carian Google
0 Komen Anda:
Catat Ulasan