Genesis Mining - Easy Mining

Ahad, 31 Mac 2013

Bahasa Kedua

1.0       Pengenalan

Secara umum dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu telah pun menguasai sebutan, tatabahasa, dan makna kosa kata bahasa Malaysia semasa mereka masuk ke sekolah. Jadi, apa yang mereka perlukan bukannya pengajaran tentang perkara-perkara asas dalam bahasa itu, tetapi tumpuan harus diberikan kepada pengukuhan bahasanya dan pengayaan kosa katanya.Tapi dalam hal berkaitan bahasa kedua Tatabahasa yang diajarkan bukanlah bertujuan mengajarkan bahasa kepada mereka, tetapi bertujuan memperkukuh dan memperkaya bahasa yang sudah dikuasai mereka. Di samping itu, pembelajaran peribahasa yang betul adalah penting bagi membolehkan mereka memahami kemampuan atau potensi bahasa itu dalam membuat ungkapan.

1.1       Penggunaan Bahasa Kedua Bahasa Inggeris

Dorongan diketahui bahawa untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan, maka pelajar-pelajar memerlukan dorongan. Dorongan untuk belajar ini timbul daripada beberapa tujuan. Misalnya, ada orang belajar bahasa untuk melancong, ada untuk mendapatkan kerakyatan, dan ada pula yang ingin melanjutkan pelajaran. Jadi, apakah tujuan murid mempelajari bahasa kedua itu di samping memenuhi keperluannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah tiga perkara ini iaitu mendapatkan pekerjaan, mendapatkan tempat di pusat pengajian tinggi, dan status bahasa dalam masyarakat.

1.1.1    Mendapatkan Pekerjaan

Tujuan untuk mendapatkan pekerjaan memang wajar. Sejak kelulusan dalam Bahasa Inggeris dengan kepujian pada peringkat Sijil Persekolahan Malaysia dijadikan syarat lulus peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan, maka satu nilai yang tinggi telah ada pada Bahasa Inggeris. Orang telah berlumba-lumba untuk lulus peperiksaan bahasa Malaysia untuk tujuan ini. Walaupun demikian, syarat ini tidak dikehendaki di badan-badan swasta menyebabkan mereka yang tidak lulus juga terus boleh mendapatkan pekerjaan. Jadi, walaupun bahasa Malaysia diberi nilai tinggi pada satu pihak, tetapi oleh sebab ada jalan keluar bagi mereka yang tidak mendapat kelayakan tersebut maka, pencapaian tujuan tersebut tidaklah mendapat tujuan mutlak untuk semua orang.

1.1.2    Mendapatkan Tempat di Pusat Pengajian Tinggi

Oleh sebab semua institusi pengajian tinggi di Malaysia hari ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, maka amatlah penting pelajar-pelajar mencapai kemahiran dalam bahasa Inggeris untuk melanjutkan pelajaran ke maktab, politeknik, dan universiti. Mungkin ini adalah cara yang agak berkesan dalam melaksanakan penggunaan bahasa kedua sebagai bahasa yang dapat dikuasai di institusi-institusi pengajian tinggi. Dasar ini bukan sahaja menjamin supaya pelajar mencapai kemahiran yang diperlukan untuk belajar di universiti-universiti tetapi juga memberi suatu makna dan kepentingan kepada bahasa kedua. Ini tidaklah asing daripada dorongan yang tinggi yang dipunyai oleh seorang yang belajar bahasa Inggeris supaya dapat belajar di Britain, atau bahasa Jerman untuk belajar di negara Jerman dan sebagainya.

1.2       Masalah Penggunaan Bahasa Kedua

1.2.1    Pembelajaran Bahasa Malaysia oleh Orang Bukan Melayu

Sekali imbas kita lihat ada perbezaan besar antara keperluan pelajar Melayu dengan keperluan pelajar bukan Melayu. Pelajar bukan Melayu yang tidak menuturkan bahasa Malaysia di rumah, perlu mempelajari segala-galanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Malaysia. Sama ada apa yang dilakukan sekarang ini sesuai dengan keadaan ini, adalah suatu yang harus dapat kita amati bersama. Pengajaran bunyi, sebutan, dan intonasi bahasa Malaysia hampir-hampir tidak wujud langsung dalam pengajaran bahasa Malaysia di sekolah rendah hari ini. Pengajaran tatabahasa pula adalah sesuatu yang masih boleh diperkemas lagi. Sebahagian daripada akibat yang berlaku dapat dilihat apabila terdapat kesan langsung dalam kepincangan sebutan, tatabahasa, dan pemakaian kata bahasa Malaysia tersebut.

1.2.2    Sebutan

Sebutan menghadapi dua jenis masalah, pertama, masalah dalam bahasa Malaysia itu sendiri dan kedua masalah dari luar. Dari dalam bahasa Malaysia sendiri, terdapat masalah menentukan sebutan baku berbanding dengan sebutan dialek. Sebenarnya kontroversi ini tidak besar. Sebutan kata-kata bahasa Malaysia memang tidak banyak berbeza, yang menjadi perbalahan ialah pada bunyi a di suku kata akhir terbuka, sama ada patut diucapkan a atau e. Ini masalah kecil, tetapi pendokong bunyi a sentiasa mahu melaksanakan ini tanpa kecuali. Tetapi sikap rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Penerangan (Radio dan Televisyen Malaysia) ialah menerima kedua-duanya dan e sebagai kelainan yang boleh bertukar ganti. Tidak ada masalah sebutan lain yang boleh dianggap terlalu rumit.


1.3       Cadangan Penyelesaian

1.3.1    Pemulihan

Pendekatan dan kaedah pengajaran bahasa yang menjadi pilihan hendaklah sesuai dan berkesan.Tanpa pemilihan yang berhati-hati, keadaan pelajar yang berpencapaian rendah ini akan bertambah buruk.Guru hendaklah sentiasa berwaspada dan sentiasa bersedia untuk mengesan kelemahan-kelemahan para pelajarnya serta bersedia pula mencari ubat yang ampuh bagi mengubatinya.Pengajaran bahasa bermaksud membentuk kemahiran bahasa para pelajar.Dan kemahiran bahasa seperti lazim yang kita ketahui meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Kelemahan pelajar menguasai satu atau beberapa kemahiran tersebut akibat daripada beberapa sekatan sosial, ekonomi, fizikal dan sebagainya akan menjejas pencapaian pelajar dalam bidang bahasa.



1.3.2    Latihan Bahasa

Dalam hal ini terdapat kecenderungan untuk mempergunakan lakuan yang lama. Oleh itu di mana perlu lakuan yang sama itu diperkenalkan dahulu dan kita harus berhati-hati supaya mempelajari mempergunakan lakuan yang baharu atau yang tidak sama dengan dalam bahasa kandungannya. Proses mempelajari bahasa itu menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran perbezaan dan persamaan di antara kedua lakuan bahasa itu.Di sini kita mengambil tauladan dari bagaimana bahasa pertama itu dikuasai. Mengikut teori behaviorisme, lakuan itu terbentuk melalui lakuan yang diulang dan dikukuhkan. Oleh itu sebagai orang dewasa, kita terpaksa berlatih untuk mempelajari bahasa kedua. Kita terpaksa berlatih dengan begitu rapi lebih-lebih lagi dalam bahagian di mana lakuan bahasa ibu kita mengganggu pembentukan lakuan bahasa yang sedang dipelajari. Oleh itu mempelajari bahasa ini mungkin dapat dikatakan suatu proses mempelajari lakuan baharu, samalah seperti seorang yang biasa memandu kereta di sebelah kanan jalan dan kemudian terpaksa memandu di sebelah kiri jalan.

1.3.3    Keperluan Latihan

Latihan memanglah dapat membentuk lakuan. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa lakuan juga dapat terbentuk di luar dari apa yang kita katakan latihan, tetapi contoh begitu sangat sukar didapati, iaitu mungkin melalui satu teori dan teknik pembelajaran yang baharu yang tidak dapat kita gambarkan di sini.Kita dapat perhatikan bahawa perkara yang penting sekali dalam hal pembelajaran bahasa kedua itu ialah latihan. Walau bagaimanapun haruslah diketahui bahawa latihan itu hanyalah merupakan satu bahagian sahaja daripada seluruh proses menjadi dwibahasa. Latihan yang demikian mencakupi latihan mendengar, pendedahan terhadap penggunaan bahasa itu, berfikir, bercakap sama dengan menggunakan satu bahan pengajaran yang tersusun rapi ataupun dengan menggunakan bahan yang dibentuk secara rambang. Tidaklah termasuk pada akal bahawa ada bahasa yang dapat ipelajari tanpa latihan. Ini tidaklah pula bermakna bahawa latihan itu sahaja yang penting kerana sebenarnya ada unsur-unsur lain yang terlibat.

1.3.4    Motivasi

Kalau kita ke tempat lain, di Balik Pulau misalnya, terdapat pula penduduk Melayu yang hanya tahu menggunakan bahasa kandungnya sahaja dan tidak tahu menuturkan bahasa lain. Terdapat pula penduduk Cina di Paya Terubung yang hanya tahu bahasa Cina sahaja dan tidak yang lain.Kita cuba bincangkan kenapa agaknya orang menjadi dwi-bahasa. Misalnya, seorang penjaja ais kacang bangsa India di Pulau Pinang fasih menggunakan bahasa kandungnya Tamil, bijak berbahasa Melayu, tahu bercakap Cina dialek Hokkien dan juga dia boleh berbahasa Inggeris sedikit-sedikit. Bahkan ini merupakan suatu ciri umum bagi ramai di antara penduduk Pulau Pinang. Walau bagaimanapun orang India ini tidaklah berpangkat tinggi. Seorang pegawai tinggi pula hanya pandai berbahasa Inggeris dan Melayu yang dikuasainya sebagai bahasa kandung.


            Seseorang yang masuk ke dalam sesebuah masyarakat baharu itu tentu dianggap asing. Selalunya keasingan ini akan beransur hilang apabila dia telah fasih dalam bahasa yang dituturkan oleh masyarakat yang menerimanya itu.Ternyata di sini bahawa di bandar Pulau Pinang keadaannya memang menyenangkan. Sesiapa sahaja akan dapat mempelajari dua tiga bahasa dengan mudah. Tetapi mereka yang tinggal di tempat lain di pulau itu, tidaklah mengetahui bahasa lain daripada bahasa kandungnya untuk berhubung dengan kaum lain, kalau adapun, mungkin melalui bahasa Melayu pasar. Apakah sebabnya setengah manusia perlu bertutur lebih dari satu bahasa dan setengahnya tidak? Di Pulau Pinang keadaan begini timbul kerana mereka berbilang kaum, jadi setiap kaum mengekalkan bahasanya untuk berhubung dengan anggota masyarakatnya. Di samping itu mereka perlu menuturkan bahasa lain untuk berhubung dengan anggota masyarakat dari kaum lain. Hal ini memberitahu kita kenapa manusia mesti mempelajari bahasa lain dari bahasa kandungnya. Pokoknya, berjuta-juta manusia cuba mempelajari bahasa lain kerana ingin berhubung dengan orang lain.



1.4       Rumusan

Dalam suasana yang penuh masalah dan kritikan ini, tugas guru menjadi seakan-akan mustahil. Tetapi, sebenarnya hal ini memang tidak seburuk itu, keadaannya jelas semakin bertambah baik kalau berbanding dengan keadaan dahulu. Saya sengaja memaparkan perkara-perkara ini, untuk mengemukakan masalah yang harus diatasi oleh seseorang guru itu dalam mendaulatkan bahasa Malaysia. Dalam mencuba menyelesaikan masalah ini, kita haruslah terlebih dahulu mengenali masalah tersebut, dan seterusnya mencari penyelesaiannya. Tugas para guru itu tidaklah ringan. Masalah yang wajib diatasi bukan maslah bahasa sahaja, bahkan juga masalah sosial, budaya, psikologi, dan pedagogi. Seorang guru bahasa Malaysia bukan sahaja harus mempelajari selok-belok bahasa, tetapi juga aspek-aspek bukan bahasa. kesemuanya adalah aspek-aspek yang bergabung jalin dengan aspek bahasa dalam kemahiran keseluruhan.

0 Komen Anda:

Catat Ulasan