Genesis Mining - Easy Mining

Isnin, 4 Mac 2013

Contoh Kajian Bahasa

1.1       Pengenalan

Kajian ringkas ini disifatkan untuk melihat mengenainya kecenderungan kanak-kanak dalam berbahasa. Ia akan melihat sejauhmana kanak-kanak dapat  mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna bersesuaian dengan usianya. Kajian ringkas ini juga melihat pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak yang mana perkataan-perkataan tersebut dapat dikenalpasti sebagai ayat yang boleh difahami. Selain itu juga ia melihat sejauhmana kanak-kanak dapat mengeluarkan kata-kata yang dipecahkan pula kepada sukukata dan ayat pendek. Kanak-kanak pada usia 3 hingga 4 tahun adakalanya sudah boleh bercakap dengan lancar namun kelancaran mereka adakalanya terbatas dan kadangkala mengeluarkan perkataan yang tidak difahami oleh kita sendiri. Namun pada peringkat ini mereka telah mengeluarkan ayat-ayat mudah dan kelancaran berdasarkan pengaruh persekitaran.

1.2       Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah mengenai pemerolehan bahasa serta pengaruh bahasa lisan dalam kehidupan seorang kanak-kanak yang baru mengenal bahasa. Matlamat utama kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti pemerolehan bahasa atau faktor-faktor yang membolehkan murid-murid cenderung dalam menggunakan bahasa serta cara ia memperolehi sesuatu bahasa atau perkataan. Sebagaimana yang kita telah ketahui bahawa mereka ini   telah pun mempelajari sejak mereka dilahirkan seterusnya perkembangan pemerolehan bahasa terus berlaku sehingga mereka mencapai satu tahap penggunaan yang teratur dan tersusun.

            Pengaruh-pengaruh persekitaran yang dilihat sebagai pemangkin perkembangan pemerolehan bahasa kanak-kanak seterusnya dijadikan sebagai bahan analisis berkaitan hasil percakapan dan bahasa yang dihasilkan oleh sample kajian.


1.3       Pengertian Psikolingustik dan Semantik

            Bidang psikolinguistik merupakan gabungan dua bidang ilmu, iaitu bidang psikologi dan linguistik.Perlu diingatkan bahawa kedua-dua bidang ini adalah berlainan dan dapat berdiri sebagai disiplin yang tersendiri.Oleh yang demikian, disiplin psikolinguistik meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam disiplin linguistik dan psikologi kerana kedua-dua bidang ini adalah saling bekerjasama dalam menyelesaikan persoalan bahasa. Psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa dan juga tingkah laku manusia.Ilmu linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan hariannya.

1.4       Objektif kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada tiga aspek iaitu :
a).        Melihat bentuk bahasa lisan yang digunakan oleh kanak-kanak dalam bertutur menerusi kajian pemerolehan bahasa.
b).        Mengenalpasti faktor-faktor yang utama dalam proses pemerolehan bahasa.
c)         Menganalisis hasil dapatan pemerolehan bahasa dari sudut penggunaan bahasa kanak-kanak.

1.5       Definisi Konsep

            Sebelum membicarakan lebih lanjut berkaitan dengan kajian ringkas ini berapa konsep berkaitan kajian ini perlu diketahui sebagai asas untuk melakukan kajian terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak peringkat usia 5 hingga 7 tahun. Konsep-konsep tersebut adalah seperti fonem, fonetik dan fonologi.




1.5.1    Fonem

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia.

Sebagai ilmu, fonetik merupakan kajian untuk berkaitan dengan kajian bahasa dan membuat rumusan berdasarkan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik menggunakan data deskriptif asas daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi yang dihasilkan itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

1.5.2    Fonetik

Menurut Misran dalam bukunya Sekilas Sejarah dan Dialek Bahasa Melayu di Malaysia diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968  atau sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu digunakan istilah Bahasa Melayu, namun bahasa ini berulangkali berganti nama rasmi. Dari pertama bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama rasmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysia.

Hal ini membuatkan kerajaan kita berusaha menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-peraturan ini dinilai secara pesimis oleh sebahagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahawa Bahasa Malaysia tidak mungkin digunakan dimahkamah (pengadilan) kerana berbagai batasam yang dimiliki dalam bahasa ini. Namun kajian terus dilakukan untuk memantapkannya.

1.5.3    Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.

1.5.4    Bahasa

Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :

“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam  Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 150 )

            Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.

1.6       Skop kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada tumpuan dan skop yang merangkumi aspek berkaitan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dengan mengaplikasikan teori mentalis dan behaviouris dan sejauh manakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

2.1       Kaedah Kajian

Dalam melakukan sesuatu kajian ia memerlukan kaedah yang tersendiri. Dalam hal ini kajian kes digunakan kerana ia merupakan kaedah yang bersesuaian dan merupakan kaedah berfokus dalam jumlah sample yang tidak melibatkan terlalu banyak sample kajian. Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.



2.2       Kajian Kes

Kaedah ini tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability) sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. “Kajian Kes” sebagai wadah pembelajaran menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua jam. Pengkaji bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian. Menurut Muhamad Muda, (2003), Ianya merupakan satu proses pembudayaan ilmu secara khusus yang akan memperkasakan pembentukan kognitif, afektif dan psikomotor individu.Muhamad Muda (2003) mendefinisikan “Kajian Kes” sebagai “satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran”. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, “Kajian Kes” ialah satu “metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran”.

Tujuan asas penggunaan kaedah kajian kes sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk “memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar yang memainkan peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif”. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebut. Pengkaji juga didorong untuk membuat keputusan berdasarkan analisa mereka sendiri dan mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teori-teori masalah tersebut. Di samping itu juga, pelajar mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit dengan cara mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea dengan fakta sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif.

3.1       Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Dapatan kajian ini akan menfokuskan berkaitan pemerolehan bahasa sample kajian yang terdiri daripada seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun. Kajian dilakukan terhadap kanak-kanak ini bagi melihat di peringkat awal dimana proses pemerolehan bahasa kanak-kanak tersebut berkembang.Kemudian pemerolehan bahasa tadi dianalisis berdasarkan kepada rakaman dan melalui proses pemerhatian kajian kes.

3.1.1    Latar belakang Subjek Kajian

            Dalam tugasan ini saya dikehendaki mencari kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun untuk membuat rakaman suara ke atas kanak-kanak tersebut. Bagi tujuan ini saya telah memilih seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Berikut adalah merupakan biodata subjek kajian.

3.1.2    Jadual Perlaksanaan Tugas tarikh, masa, tempat, catatan
           
            Kajian ini dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan setelah mendapat tugasan ini. Kelewatan tugasan ini membuatkan saya terpaksa melakukan tugasan ini dengan agak lewat sedikit setelah mendapatkan tips-tips dari pensyarah saya.

Tarikh              :           05 hb November 2011
Masa                :           10.00 Pagi
Hari                 :           Ahad
Lokasi             :           Taman Melinium
Ruang
Rakaman         :           Dalam Rumah [ Ruang Tamu ]
Catatan            :           Rakaman ”Nyanyian”
      
3.2       Rakaman Fonem, Sukukata dan Ayat Pendek

Rakaman fonem, sukukata dan ayat pendek dalam kajian ini adalah untuk menjelaskan dapatan bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak peringkat usia 6 tahun. Dapatan ini membolehkan ia dianalisis untuk membuat atau mengesan          bunyi-bunyian tersebut berdasarkan kategori fonem, suku kata dan ayat pendek ia membolehkan kita melihat sejauhmana kanak-kanak dapat menghasilkan bunyi untuk membolehkan kita membuat kajian berkaitan dengan bahasa peringkat awal kanak-kanak.

3.2.1    Kata-kata Dalam Rakaman
Berikut dikeluarkan rakaman yang telah dibuat menerusi tugasan yang telah saya lakukan dengan bantuan daripada keluarga subjek iaitu ayahnya.
Skrip rakaman
Indah sinar sang suria
Indah sinar sanaaaa
Laju-laju
Sang suria Tuya
Salah ku nyanyi
Ceriaaaaa
Oh oh

Kamu Tetahuan
Pecaya lagi
Dengan dirinya
Teman baikku
Hatiku menyapa
Aku tak ela
Dengan lajuku
Dengan baikku
Tapi ku menjaga
Hanya biriku
Oh berdermau disko
Di order
Yang kini
Jadi tu itu
Oh oh
Kamu laju-laju
Lagu
Lagu biasa
Oh Oh
Kamu jetahuan
Indah sinar
Tan suria
Indah sinar
Laju-laju
Ceriaa
Salahku
Nyanyi
Busuk ku
Aku tak busuk
Dengan dirinya
Teman baikku

Ayah sedapnya
Berbegar
Ayah bergegarkan
Menduri kita
Membayu
...... tiada henti
Hada semua dalam henti
Lagunya
Oh oh
Laju-laju kereta

Oh Aspa Lela
Kau dengan ku
Akan bersama
sampai
ke hari tua
oh Aspalela
ingatkah lagi
janji kita dulu
Aspalela

  
3.2.2    Pemerolehan Bahasa Fokus Perkataan (Jadual/keterangan dan contoh)

Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama tetapi yang membezakan antara dua kata itu ialah fonem [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi fonem [b] dan [l] yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.

Bil
Huruf
Fonem
Penyebaran (digunakan transkripsi fonetik)
Awal
Tengah
Akhir
1
L
/l/
[laju]
[lagu]
[lalu]
2
K
/k/
[kita]
[aku]
-
3
S
/s/
[sedap]
[busuk]
-

Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata di bawah ini merupakan fonem-fonem
yang berasingan.

/kamu/             - /kami/
/mengapa/        -/menyapa/

3.2.3    Pemerolehan Bahasa Fokus Sukukata

Bil
Suku Kata Terbuka
Perincian
1
Laju
la + ju
2
Tapi
ta + pi
3
Lagi
la + gi
4
kita
ki + ta
5
Hari
ha + ri



Bil
Suku Kata Tertutup
Perincian
1
nyanyi
nyan + nyi
2
dengan
de + ngan











3.2.4    Pemerolehan Bahasa Fokus Ayat Pendek

Bil
Makna Ayat Asal
Makna yang dimaksudkan oleh Kanak-kanak
1
Indah sinar sang suria
Indah sinar sang suria
2
Salah ku nyanyi
Salah aku nyanyi
3
Tapi ku menjaga
Tapi aku menjaga
4
Aku tak busuk
Aku tak bisa
5
Teman baikku
Teman baikku
6
Kau dengan ku akan bersama
Kau dan aku akan bersama
7
Sampai ke hari tua
Sampai ke hari tua
8
Janji kita dulu Aspalela
Janji kita dulu Aspalela
9
Kamu Tetahuan
Kamu Ketahuan
10
Hatiku menyapa, aku tak ela.
Hati mengapa, aku tak rela.

3.3       Perbincangan
           
Pada pengamatan saya berdasarkan kepada rakaman yang telah diperolehi secara keseluruhan subjek kajian ini boleh mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna yang dapat diketekorikan sebagai fonem, sukukata dan ayat pendek. Malah pembentukkan sebahagian bahasa yang dikeluarkan mempunyai makna tertentu dan jelas maknanya. Walaubagaimanapun masih kedapatan bunyi-bunyi yang tidak difahami atau tidak mempunyai makna tetapi masih boleh difahami oleh saya. Dalam hal ini, kanak-kanak pada peringkat seusia ini masih boleh dilatih bagi menghasilkan bunyi bahasa yang lebih difahami. Pada peringkat ini juga sistem bahasa kanaka-kanak adalah peringkat perkembangan menggunakan bahasa yang betul.

Sepanjang mendengar rakaman lagu ini juga saya mendapati bahawa kebanyakan ayat kurang teratur. Ini adalah kerana pada peringkat seusia kanak-kanak ini ia mengeluarkan kata-kata berdasarkan apa yang diingat dan terhasil dalam minda kanak-kanak tersebut dan dihasilkan melalui bunyi-bunyi yang mereka ingin keluarkan.Apa yang dapat saya perhatikan sepanjang tugasan ini ialah subjek kajian perlu dilatih menggunakan bahasa pertuturan yang lebih tersusun dan ini pastinya memerlukan ruang dan masa untuk membentuk perkembangan bahasa subjek kajian tersebut.

Jelasnya pengajaran yang dapat saya perolehi dalam kajian ringkas ini bahawa proses perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku secara berproses iaitu peringkat demi peringkat yang mana kanak-kanak menghasilkan bunyi berdasarkan apa yang mereka dengar. Keadaan ini juga menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak seperti yang mereka dengar kadangkala penambahan bunyi dan pengurangan bunyi dihasilkan. Contohnya adalah seperti :

Pengurangan                                       - aku                jadi      ku

            Susunan ayat juga masih tidak tersusun seperti yang dihasilkan melalui bunyi rakaman subjek saya mendapati bahawa mereka menghasilkan bunyi berdasarkan apa yang terlintas dalam minda mereka contohnya :

Oh berdermau disko
Di order
Hada semua dalam henti
Sang suria Tuya
Hatiku menyapa
Tan suria

            Saya juga mendapati bahawa beberapa perkataan yang disebut sentiasa bertukar-tukar dan adakalanya ia tidak mempunyai makna langsung contohnya perkataan seperti :

Tuya                            -           suria
menyapa                      -           mengapa
Berbegar                     -           Bergegar

Maksud yang tidak difahami :

Berdermau
diorder

Ayat yang tidak difahami :

Hada semua dalam henti

Walaubagaimanapun, secara keseluruhan saya juga mendapati bahawa          bunyi-bunyi yang dihasilkan adakalanya memberi makna yang jelas dengan sebutan yang serupa seumpama orang dewasa hasilkan. Kejelasan ayat dan perkataan yang dihasilkan dalam usia yang semudah ini jika dibimbing akan membolehkan subjek ini lancar bercakap dengan menghasilkan bunyi-bunyi yang mantap. Sekiranya dilihat lebih banyak makna yang dihasilkan berbanding yang tidak mempunyai makna. Contohnya :
Ayah bergegarkan
ingatkah lagi
janji kita dulu
Aspalela
Teman baikku
Dengan dirinya
Lagu biasa
Indah sinar sang suria
Salah ku nyanyi

3.4       Kesimpulan

            Sebagai kesimpulannya, pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui beberapa proses seperti peringkat fonologi, morfologi dan sintaksis. Peringkat fonologi ialah peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi-bunyi yang didengar. Peringkat mofologi ialah peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyi-bunyi yang bermakna manakala peringkat sintaksis ialah peringkat menggabungkan mofem-mofem menjadi ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat yang bermakna.Kemahiran bahasa adalah dikuasai secara beransur-ansur. Kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.

Rujukan

Azman Wan Chik (pnyt.) (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1 :  
            Perkaedahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Corder,P (1973).Introducing Applied Linguistics. Middlesex: Penguin 
            Education.

Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala 
            Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2: 
            Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zulkifly Hamid (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi dan Penguasaannya oleh     
            Penutur). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

0 Komen Anda:

Catat Ulasan