Genesis Mining - Easy Mining

Ahad, 31 Mac 2013

Contoh Kesan-kesan Pencemaran


Terdapat lima kesan utama yang timbul akibat pencemaran punca tidak bertitik iaitu pengurangan kandungan oksigen, nutrien yang berlebihan, kesan-kesan fizikal, kesan-kesan biologi dan kesan bahan buangan kimia toksik.

Pengurangan Kadar Fotosintesis

Kadar fotosintesis dalam sesuatu sistem air akan terganggu apabila bertambahnya peratus kekeruhan kerana kemasukan cahaya yang terhalang. Ini berlaku akibat partikel-partikel terampai yang memasuki sistem air melalui hakisan semasa hujan lebat atau semasa proses pengairan tanaman. Bahan-bahan ini akan menghalang peratus cahaya yang masuk untuk tujuan fotosintesis. Pada masa yang sama, peratus kandungan sedimen meningkat lalu mengurangkan tahap oksigen (Adams & Papa, 2000). Keadaan yang berterusan  ini boleh menyebabkan tumbuhan air mati dan mengalami proses pereputan atau penguraian. Oleh yang demikian, tahap BOD akan meningkat.


Penguruangan Oksigen Terlarut

Suhu yang bertambah akan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen. Pergerakan gas-gas dan molekul dalam air bertambah dan kandungan oksigen terlarut akan berkurangan. Peningkatan suhu yang sesuai akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria yang menambahkan kadar pereputan di dalam sungai. Proses pereputan yang memerlukan oksigen akan menurunkan kandungan oksigen terlarut dan memberi kesan kepada hidupan akuatik (P. Cameron et al., 1994).

Pengurangan Sebaran Oksigen

Bahan-bahan yang mengganggu sebaran oksigen pada permukaan air seperti daun-daun besar, minyak dan gris akan mengurangkan kandungan oksigen terlarut dalam sistem air. Cahaya turut dihalang dari masuk ke dalam sungai. Peratus BOD akan meningkat dan nilai estetik sungai akan turut terjejas.

Peningkatan Peratus BOD

Kandungan BOD akan bertambah apabila bertambahnya bahan organik dan bahan bukan organik. Kehadiran kedua-dua bahan ini akan menyebabkan proses pereputan dan penguraian berlaku melalui tindakan bakteria. Bakteria-bakteria ini menggunakan kandungan DO yang banyak semasa melakukan proses tersebut dan peningkatan BOD berlaku sehingga terhasil kawasan anaerobik dalam sistem tersebut.

Nutrien Berlebihan

Aktiviti industri merupakan antara punca pencemaran sungai terutama dikawasan-kawasan Bandar.  Pelepasan Enfluen/ sisa kilang ke sungai, tasik, paya dan segala sumber air. Sektor perkilangan dianggap sebagai penyumbang utamakepada pencemaran sungai. Kilang-kilang yang banyak mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah serta kelapa sawit. Kilang kelapa sawit, umpamanya berupaya mengeluarkan 25,000 mg/ I BOD, 53, 360 mg/I COD dan 12,020 mg/1pepejal terampai ( ESCAP 1982), manakala industri pakaian mengeluarkan sejumlah 875 mg/1 BOD dan sebanyak 3720 mg/1 COD ( Rakmi 1993). JAS 1998 melaporkan terdapat 12 kategori industri di Malaysia  yang berupaya mengeluarkan sebanyak14,293.4 kh BOD sehari dengan jumlah tertinggi di sumbangkan oleh industri kelapa sawit, iaitu sebanyak 6800 kg sehari. Bahan kimia baru tersebut masih tidak diketahui kesannya terhadap kesihatan manusia.Pencemaran logam berat akibat proses perindustrian sangat serius. Pada tahun1996, sebanyak 53 batang sungai tercemar dengan kandungan kadmium, 44 besi,36 plumbum, 24 raksa,24 tembaga, 7 manganan, 4 kromium dan 4 zink. Sebagaicontoh Sungai Skudai, Johor dan Sungai Prai di Pulau Pinang. Kadar kemerosotan diukur dengan indaktor kandungan BOD dalam air, disamping perubahan warna danbau pada air.

a.         Pencemaran Tidak Berpunca

Pencemaran dari sumber yang tidak diketahui seperti, aktiviti pembangunan tanah, air larian tercemar seperti tumpahan minyak, baja tumbuhan dan lain-lain.

b.         Pembangunan Tanah

Bagi memenuhi keperluan semasa manusia pembangunan tanah secarabesar-besaran samaada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustriandan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan.

Rujukan Carian Google

0 Komen Anda:

Catat Ulasan