1.0 Pengenalan
Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25
bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan
Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran
dari Indonesia dan Malaysia).Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis
sekitar empat abad lalu. Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu
seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Menyedari
kepentingan pantun dalam memartabatkan budaya Melayu, Jabatan Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian.Pantun juga turut mempunyai
kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama.
Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini
terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan harian dan
seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan,
majlis keramaian, adat istiadat atau upacara.
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan,
"Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan
makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan
pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang
bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam
pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga
hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau
sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Bilangan baris dalam setiap
rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah
pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan
pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua
kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti
mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap
adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap
berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi
pantun.
1.1 Definisi
Pantun
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi
tiga pengertian seperti berikut :
a.
Maksud pertama merujuk
kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam
tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang
selainnya mengandungi maksudnya.
b.
Maksud kedua merujuk
kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran.
c.
Maksud ketiga merujuk
kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.
sumber : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Harun Mat Piah (1989), telah
memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau
struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema
dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua
aspek.Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambing-lambang tertentu yang
terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat
Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang
dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh hampir
seluruh kehidupan masyarakat Melayu.Selain itu dalam memberi pengertian pantun,
beberapa pengertian telah dikemukakan oleh Za’ba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs.
Ghaali Dunia. Menurut Za’ba, ‘pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan
memang asal kepunyaan Melayu betul.Semenjak Orang Melayu belum tahu
surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas
pantun sesama sendiri.
1.2 Ciri-Ciri Pantun
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam
sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan
persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh
pantun dua kerat berikut:
Sebab
pulut santan terasa,
Sebab
mulut badan binasa.
|
Rima pantun yang baik
berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi
pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat
dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris
ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun
berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga
akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai
media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui
penyampaian yang berkias.
1.2.1 Pembayang
Pembayang
terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang
pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris
berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
1.2.2 Maksud atau isi
Maksud atau
isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada
bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam
pantun tersebut(tema).
1.2.3 Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau
tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan
perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
1.2.4 Suku
kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri
daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah
mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik
mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
1.2.5 Rima
atau bunyi
Rima ialah bunyi
yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.
Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.
Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama
maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada
juga berima a,a,a,a. Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku
kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
|
1.3 Jenis-Jenis Pantun
Pantun terdiri
dari pelbagai jenis. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat (baris), pantun
empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat.
Pantun yang lebih daripada empat kerat juga dikenali sebagai talibun. Selain
lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun
berkait. Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk
"nasihat", "adat", "agama", "teka-teki",
"jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".
Jenis-jenis
yang dikenali dan yang penting ialah seperti teka-teki, jenaka, kasih sayang,
nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan
agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah
mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga
isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar
dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.
Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat"
dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami.
1.3.1 Pantun
Nasihat
Pantun "nasihat" lebih jelas bersifat mengajar
atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang
buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan"agama"
tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya.
Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau
undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan
balasan hari kemudian.
1.3.2 Peribahasa
Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu
melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas
bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai
dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah
bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya
selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih
halus, luas dan mendalam.
1.3.3 Pantun
Teka-Teki
Pantun "teka-teki" yang memerlukan jawaban
adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara
spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.
1.3.4 Pantun Jenaka
Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau
kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu,
terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.Di bawah
adalah contoh bentuk dan jenis-jenisnya:
Dilihat
Dari Bentuknya
Pantun Biasa
Contoh :
Malam hari main kulintang
Ditemani sobat tersayang
Bagaimana hati tidak bimbang
Kepala botak minta dikepang
Pantun Seloka (pantun berkait)
Seloka ialah pantun berkait yang tidak cukup dengan satu bait saja, karena
pantun berkait merupakan jalinan atas beberapa bait.
Ciri-ciri seloka :
Baris kedua dan keempat pada bait pertama dipakai sebagai baris pertama dan
ketiga di bait kedua.
Baris kedua dan keempat pada bait kedua dipakai sebagai baris pertama dan
ketiga di bait ketiga.
Dan seterusnya.
1.3.5 Talibun
Talibun
adalah pantun yang jumlah barisnya lebih dari 4 baris dan satu bait pantun
talibun harus genap tiap barisnya, misalnya 6, 8, 10 dan seterusnya.
Dengan
catatan :
JIka satu bait berisi 6 baris, maka 3 baris pertama ialah sampiran dan 3 baris
sisanya ialah isi. Sedangkan untuk sajaknya menjadi a-b-c-a-b-c.
Jika
satu bait berisi 8 baris, maka 4 baris pertama ialah sampiran dan 4 baris
sisanya ialah isi. Sedangkan untuk sajaknya menjadi a-b-c-d-a-b-c-d. Contoh
pantun seloka 6 baris:
Kalau anak pergi ke pekan
Yu beli belanak pun beli
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanak pun cari
Induk semang cari dahulu
Dilihat Dari Isinya
Pantun
Orang Muda / Remaja
Contoh:
Naik Motor merknya Honda
Pergi sebentar kerumah Hanapi
Bila cinta mekar di dada
Siang terkenang malam termimpi
Pantun Orang Tua
Contoh:
Supaya
tangan tidak terluka
Jangan dikepit hulunya kapak
Supaya Tuhan tidak murka
Jangan sakiti Ibu dan Bapak
Pantun Jenaka
Contoh:
Ikan
gabus di rawa-rawa
Ikan sepat nyangkut dijaring
Perut sakit menahan tawa
Melihat gigi palsu loncat ke piring
Pantun Teka-teki
Contoh:
Tuan puteri belajar menari
Diajari oleh pak Harun
Kalau tuan bijak bestari
Apa yang naik tapi tak bisa turun
0 Komen Anda:
Catat Ulasan