e-contoh rujukan pelbagai maklumat

Paparan maklumat atas talian tidak semestinya tepat.Rujukan bersumber perlu diteliti dan dimurnikan.

Pelbagai Rujukan Maklumat

Memaparkan kepelbagaian rujukan.e-contoh perkongsian sumber carian atas talian.

Contoh Rujukan Masa Kini

Blog memaparkan contoh rujukan.Maklumat yang dipapar adalah hasil carian google.

Contoh Rujukan Pelbagai Maklumat

Himpunan maklumat carian atas talian.Rujukan pelbagai bidang.

Teknologi memudahkan carian maklumat

Segala maklumat dapat diperolehi.Kesahihan maklumat perlu diteliti.

Genesis Mining - Easy Mining

Khamis, 26 Disember 2013

TANDA-TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA

Gejala waktu tidur

Susah tidur malam.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
Mimpi melihat budak kecil.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga

Selalu pening kepala.
Lalai mengingati Allah SWT
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan.
Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.
Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

*Tanda-tanda Kemungkinan

Sumber Carian Google

Rabu, 25 Disember 2013

TIPS KEPADA PEMANDU

MEMBAWA KENDERAAN KETIKA WAKTU HUJAN

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.

5. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.

6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
Membawa Kenderaan ketika hujan.

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.

5. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.

6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

Sumber : Facebook PDRM

Ahad, 8 Disember 2013

PENDEKATAN ANALISIS NILAI

1.0       Pengenalan

Secara amnya, pengajian falsafah tentang moral ataupun disebutkan sebagai falsafah moral atau etika telah memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam hubungan antara individu. Justeru kaedah pengajaran juga bersifat fleksibil dan ia memberikan kesan kepada keadaan dan penerimaan murid.

Maka pengajian psikologi tentang moral yang juga perlu sebagai psikologi moral bagi meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia untuk membuat pertimbangan moral sebagai agen moral yang bertanggungjawab seterusnya memilih kaedah yang difikirkan terbaik bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Keadaan ini membolehkan kita menyumbangkan kepada pengetahuan kita terhadap tindakan sosial individu terhadap orang lain dalam institusi sosial dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan murid-murid. Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-santun dan sebagainya.


[1]moral/etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungan antara individu. Kaedah pula merupakan aspek cara pengunaan penyampaian pelajaran kepada murid agar mereka dapat menerima pelajaran dengan selesa dan berkesan. Bagi tugasan ini saya memilih pendekatan analisis ini.


1.1       Pendekatan Analisis Nilai

            Pendekatan analisis nilai disebut juga ”pendekatan Coombs”.  Pendekatan ini  menawarkan suatu proses  berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan menghubungkaitkan nilai-nilai dalam  menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan. Pendekatan yang dipelopori oleh L. Metcalf, D. Oliver dan J. P. Shavers (1971) mengemukakan kaedah ini sebagai satu cara memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam seperti keselamatan negara, dadah, hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan. Metcalf mencadangkan supaya dibuat perbezaan di antara nilai-nilai objek dengan nilai pandangan.

Nilai-nilai objek boleh didefinisikan sebagai perkara yang bernilai yang dipegang oleh seseorang, manakala nilai pandangan pula adalah satu standard dimana seseorang menilai sesuatu perkara. Metcalf mengatakan bahawa nilai-nilai pandangan merupakan:

(a) Penilaian seseorang terhadap sesuatu;
(b) Dilahirkan samada dalam bentuk positif, negatif atau neutral; dan
(c) Boleh dikelompokkan mengikut sudut-sudut pandangan seperti aestatik,
      moral, ekonomi, kebijaksanaan dan lain-lain.

Pendekatan ini merupakan satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan teratur serta dapat dibincangkan secara logik apabila klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan pelajar mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu keputusan. Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.


(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke
      dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat

            Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, kita boleh menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

1.2       Rasional Pemilihan Kaedah

Rasional pemilihan kaedah ini adalah kerana ia mudah diikuti oleh murid-murid disamping beberapa situasi atau keadaan yang menyebabkan saya tertarik untuk memilih kaedah ini. Diantaranya ialah :-

1.2.1    Kebolehan Membuat Penaakulan

Berdasarkan penggunaan kaedah ini murid-murid dapat berfikir sebagai seorang yang matang, terbuka, analsis dan tidak mudah dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Sesuai dengan pandangan Suriati Puteh dan C.T. Goh (1995), menyatakan bahawa "kebolehan membuat penaakulan ialah sikap yang berupaya menggunakan minda secara logik dan berdasarkan bukti nyata serta munasabah dalam usaha melaksanakan sesuatu perkara.” Ini bermakna kaedah ini mampu membawa murid menggunakan pemikiran mereka dengan mengemukakan pandangan tanpa terpengaruh dengan orang lain berdasarkan dapatan mereka.  


1.2.2    Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka

            Tan Lee Lee dan rakan-rakan (1994) menakrifkan keupayaan berfikir logik dan terbuka sebagai sikap dan pandangan yang boleh diterima akal serta munasabah. Pertimbangan adalah bergantung kepada keadaan. Pemikiran yang logik dan terbuka dapat memupuk sikap-sikap bersabar, bertanggungjawab, berani, jujur dan berpengetahuan luas dalam diri seseorang. Orang yang bersikap terbuka mudah menerima pandangan, pendapat dan teguran orang lain.

1.2.3    Pendekatan Analisis

            Ia bersifat rasional maka keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan dapatan logic dan munasabah yang mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas. Ia mendorong murid untuk berfikir aktif tentang masalah-masalah moral dan dalam membuat keputusan-keputusan moral. Ia dilihat sebagai perkembangan berfikir dalam membuat pertimbangan moral, dari suatu peringkat yang lebih rendah menuju suatu peringkat yang lebih tinggi (Elias, 1989) tujuan yang ingin dicapai adalah untuk membantu murid dalam membuat pertimbangan moral yang lebih kompleks berdasarkan kepada nilai yang lebih tinggi serta mendorong murid untuk membincangkan alasan-alasannya ketika memilih nilai yang betul.

1.3       Aplikasi Kaedah

            Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebiasaan pengajaran dan pembelajaran adalah bersifat dari mudah ke susah justeru dalam konteks analisis nilai seseorang akan didedahkan kepada maklumat-maklumat tertentu dan  selebihnya diputuskan oleh murid dengan bimbingan guru. Prosedur atau langkah-langkah dalam aplikasi kaedah ini adalah jelas iaitu bermula dengan :-


1.3.1    Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai

            Pengajaran dimulakan dengan mengenalpasti masalah iaitu dengan cara melihat sesuatu isu yang diberikan seperti mengapa gejala merokok berlaku. Input maklumat diberikan dan dalam konteks ini pengembangan ilmu pengetahuan murid-murid akan terbina melalui input maklumat yang diberikan tadi. Pada masa ini murid-murid hanya akan mendapat input maklumat berkaitan rokok baik buruk perkara ini masih belum diputuskan oleh mereka lagi.

1.3.2    Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai

            Bahan maklumat yang diperolehi akan menjadikan mereka mengumpul maklumat sebagai fakta kepada isu yang dikemukakan dalam pada masa yang sama maklumat tadi akan menjadi panduan kepada mereka dalam membuat keputusan.

1.3.3    Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif

            Bahan fakta yang relevan itu tadi akan dianalisis satu persatu dan dijadikan sebagai bahan untuk membuat keputusan secara teratur. Dalam hal ini murid-murid telah bersedia untuk membuat keputusan berdasarkan pengumpulan maklumat yang diperolehi tadi.

1.3.4    Menguji keputusan dan merumus

Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang strategi yang melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan serta isu moral dan sebagainya yang kontroversial dan berkonflik. Langkah-langkah dalam pendekatan ini walaupun bersifat logikal dan berdasarkan fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai) amat perlu bagi pemupukan, penghayatan serta amalan nilai-nilai.Setelah semua bahan maklumat dikumpulkan maka murid-murid akan membuat keputusan tersendiri sama ada perkara itu baik atau tidak. Dalam hal ini keputusan yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi seterusnya dirumuskan oleh mereka sendiri dengan yang demikian kita akan dapat mengembangkan fikiran mereka dan mengajar mereka untuk mencapai keputusan yang baik.

1.4       Rumusan

Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri. Tanggungjawab, prinsip moral dan kebaikan bermoral bukanlah suatu yang bertentangan antaranya untuk dibuat pilihan tetapi merupakan perkaitan dalam aspek tingkah laku yang bermoral. Biar apapun bentuk teori dan falsafah yang dipegang kehidupan bermoral adalah asas kepada natijah dari setiap teori yang dinyatakan di atas. Memiliki ciri-ciri kebaikan yang berlandaskan kepada panduan dan peraturan moral di atas membolehkan seseorang itu untuk membentuk dirinya mencapai peringkat berakhlak mulia dan seterusnya dapat bertindak ke arah kebaikan menerusi alasan-alasan dan berdasarkan persekitaran yang wujud.


[1] Frankena, 1973; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999

PERISIAN BLENDER ANIMASI 3D


Blender adalah sebuah perisian yang digunakan untuk menghasilkan grafik 3D. Sumber Terbuka@Open Source merupakan sesuatu perisian yang boleh digunakan oleh semua dan dimodifikasikan mengikut keperluan sendiri


Software teringan.

Jika dibuat perbandingan dengan perisian yang lain seperti 3D Max, Maya dan Cinema 4D, software ini merupakan yang paling ringan. Perkara ini amat penting bagi mengelakkan crash ketika melakukan kerja animasi. Apabila tiba masa untuk selalunya, memerlukan computer yang memiliki ketinggian memori seperti processor seperti i3,i5,i7 dan kad grafik yang tinggi untuk menghasilkan animasi yang baik. Namun apabila PC atau Laptop lambat, agak sukar untuk melakukan rendering. Yang penting sekali adalah untuk mengelak crash ketika rendering iaitu proses export animasi.

Perisian Yang Ringkas.

Proses menghasilkan animasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, kita akan berhadapan dengan dengan pelbagai butang fungsi yang agak rumit diperingkat permulaan. Namun, jika dibandingkan menu dan fungsi 3D dan 2D, 3D mempunyai butang yang banyak. Blender 3D antara software yang ringkas jika dibandingkan dengan 3D STUDIO Max dan Maya 3D.


Muat Turun di sini : 
Windows
Blender 2.62 64bit

Sabtu, 7 Disember 2013

TEKNOLOGI PENDIDIKAN BERBANTUKAN KOMPUTER

1.0       PENDAHULUAN

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer, pelbagai unsur media digabungjalinkan. Unsur-unsur tersebut ialah video, audio, animasi, teks dan grafik. Oleh yang demikian, maklumat bermutu dan berkesan mampu disampaikan sekiranya ia digunakan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

        Menurut Omar Zakaria et al (2006) dalam modul ‘Teknologi Maklumat dalam Pendidikan’, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ke sekolah-sekolah.

1.2   Jenis-jenis PPBK

Terdapat enam jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.

1.2.1 Latih Tubi

Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.

1.2.2 Tutorial

Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.

1.2.3 Simulasi

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.

1.2.4 Permainan

Permainan adalah merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara.

1.2.5 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Penyelesaian Masalah membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer dalam mencari dan menyelesaikan masalah melalui pencarian dan melalui pertanyaan yang dikemukakan kepada komputer.

1.2.6    Ujian

Jenis PPBK berkonsepkan ujian adalah merupakan jenis PPBK yang menerapkan konsep pembelajaran berdasarkan pengujian. Ia merupakan proses yang dilakukan membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer menerusi latihan dan jawapan disertakan selepas sesi menjawab soalan dilakukan. Ia membolehkan pelajar mengetahui keputusan dengan lebih pantas dan meningkatkan daya ingatan pelajar dengan lebih mudah.

1.3       PENILAIAN PERISIAN

Perisian ini amat bersesuai dengan bidang pembelajaran Bahasa Melayu. Namun pemilihan perisian ini juga sesuai untuk semua mata pelajaran. Ini adalah kerana perisian tutor ini mempunyai pakej yang lengkap dilihat dari aspek kategori atau jenis pembelajaran berbantukan komputer. Penilaian akan meliputi aspek-aspek seperti berikut;

1.3.1    Jenis kategori perisian kursus

Ia meliputi semua kategori dalam perisian berbantukan komputer. Ini meliputi berkaitan dengan latih tubi, tutorial, penyelesaian masalah, permainan dan ujian. Ini dapat dilihat menerusi contoh-contoh serta alamat yang diberikan. Ia juga diketegorikan sebagai pembelajaran online yang amat berfaedah yang sesuai digunakan dalam semua mata pelajaran.

1.3.2    Tujuan perisian kursus

Perisian kursus yang berasaskan Web Portal yang beroperasi sejak 2001 ini merupakan gerbang pendidikan elektronik berasaskan web percuma yang menampilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semua peringkat iaitu peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di samping bahan-bahan tambahan untuk Prasekolah dan Prauniversiti. Oleh yang demikian ia dapat digunakan bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran kerana sifatnya yang lengkap.

1.3.3    Fungsi dan kegunaan perisian

Fungsi dan kegunaan perisian adalah sebagai sumber pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang pengajaran dan pembelajaran. Selain menjadi sebagai sumber rujukan ia juga merupakan sumber bagi pengajaran dan pembelajaran yang meliputi peringkat rendah hinggalah peringkat pra universiti iaitu STPM.

1.3.4    Kekuatan

Kekuatan perisian ini dapat dilihat menerusi dua aspek utama iaitu isi dan aspek teknikal seperti navigasi, ciri-ciri penyimpanan rekod, persembahan dan kualiti.Dari segi isi kandungan merujuk kepada ketepatan isi kandungannya adalah tidak diragukan kerana ia berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan mengikuti pembelajaran di sekolah. Contohnya Bahan-bahan di dalam eTuisyen dan Bank Soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut format dan sukatan pelajaran terkini yang telah digariskan oleh Bahagian Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala untuk bahan-bahan P&P Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart School Sdn. Bhd. syarikat pemaju kandungan kursus yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk keperluan Sekolah Bestari  di seluruh negara.

Oleh yang demikian kesesuaian penggunaan perisian ini amat memberi kesan kepada penggunaan sebagai bahan berbantukkan komputer kerana isi kandungannya yang selaras dengan keperluan sukatan pelajaran mana-mana mata pelajaran sama ada peringkat rendah ataupun peringkat menengah.

Ini ditambah pula dengan skop isi kandungannya tidak terbatas kepada satu bidang sahaja malah meliputi pelbagai bidang seperti sains, matematik dan agama. Dengan yang demikian proses pengintegrasian mata pelajaran dengan mudah boleh dilakukan.

Sementara dilihat dari aspek teknikal pula, jelas sekali ia amat mudah untuk digunakan. Navigasi dalam perisian ini adalah ringkas dan mudah difahami. Setiap navigasi akan membawa pengguna kepada bidang-bidang yang dipilih mengikut kehendak pengguna.

Ciri-ciri penyimpanan rekod dalam perisian ini adalah dengan menggunakan server dan ia lebih selamat berbanding dengan perisian ”stand alone” iaitu perisian yang digunakan secara offline. Ini adalah kerana data-data tidak akan hilang walaupun dalam jangka masa yang lama.

Persembahan dari segi penyampaian menerusi isi kandungan dan pautan adalah amat ringkas dan pengguna dapat memahami perjalanan perisian tanpa masalah. Maka secara jelasnya ia merupakan perisian yang mempunyai kualiti yang tersendiri dimana capaian maklumat adalah berbentuk global.

Bagi memudahkan pengguna pula penyediaan maklumat berkaitan dengan sokongan teknikal disediakan iaitu seperti pemetaan, panduan pengguna dan cara menghubungi pembangun perisian secara online. Dengan yang demikian penggunakan akan dapat menggunakan perisian ini dengan lebih berkesan. Contoh panduan pengguna seperti kesesuaian atau keperluan sistem.

1.3.5    Kelemahan

Pada pendapat saya tidak banyak kelemahan yang dapat dikenalpasti menerusi pemilihan perisian ini. Namun ia juga tidak lari daripada beberapa kelemahan iaitu :-

i.          Isi kandungan (ketepatan, kesesuaian dan skop)

            Tidak dikemaskini dalam jangka masa yang agak lama. Contohnya seperti soalan-soalan dalam UPSR. Masih terdapat soalan-soalan yang lari daripada konsep atau format menjawab soalan kerana contoh-contoh soalan dari tahun 2003 masih lagi terdapat dalam perisian web portal ini.

ii.         Sokongan teknikal dan panduan pengguna

            Walaupun terdapat panduan pengguna namun ia tidak dijelaskan secara spesifik iaitu terlalu ringkas. Ini memerlukan guru terpaksa menerangkan terlebih dahulu sebelum ia dapat dimanfaatkan oleh murid-murid.


1.4       Rumusan

Secara keseluruhan konsep pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan proses pembelajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi  dengan komputer dengan bimbingan guru. Ia merupakan cara untuk membolehkan pelajar memperolehi proses pembelajaran dengan lebih yakin dan seronok. Seterusnya ia dapat meningkatkan pemahaman dan daya ingatan pelajar.

Sabtu, 25 Mei 2013

Festival Belia 2013 Beri Impak


Elok penganjuran sedemikian rupa di sebar luaskan ke semua negeri dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada generasi muda. Selain dapat mencungkil bakat ia juga dapat mengeratkan persaudaraan sekali gus mengelak pelbagai unsur-unsur yang boleh mencetuskan ketegangan semasa rakyat.


Daripada berhimpun tanpa faedah lebih baik meningkatkan pengetahuan dan mencuba aktiviti yang disediakan sekaligus mengeratkan perpaduan. Rujuk laman berikut : Festival Belia

Ahad, 12 Mei 2013

Rujukan Pengertian Racism atau Fahaman Perkauman (Rasis)


Di Malaysia kita hidup dalam suasana berbilang bangsa yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Rasis berdasarkan rujukan Kamus Dewan Edisi ke 4 ialah orang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau bangsa terhebat atau utama selain bangsa lain di dunia. Mereka ini mengamalkan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain.Jika dirujuk sebagai kata sifat pula, rasis bermaksud perbuatan diskriminasi ke atas sesuatu bangsa atau agama. Rasis yang keterlaluan akan menyebabkan ketegangan berlaku. Contoh rasis yang dapat dilihat apabila sesuatu bangsa lain menghina dan menjatuhkan martabat sesuatu bangsa lain. Selain itu, bangsa berkaitan hanya bergaul dengan bangsanya sahaja. Kesan rasis dapat dilihat dengan jelas di Yahudi, India, dan Thailand.



Apabila sentimen perkauman dijadikan sebagai intiti utama dan agenda maka kesan yang jelas adalah keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum akan bertukar menjadi malapeta seperti yang berlaku di kebanyakan Negara di dunia sebagaimana yang kita ketahui. Konsep 1 Malaysia akan hilang, sifat kepercayaan antara kaum bertukar menjadi prasangka. Generasi muda membesar dengan sifat perkauman, kaum lain akan membenci kaum selain kaumnya sendiri. Apabila sampai ke satu tahap yang lebih tinggi kejadian seperti pergaduhan, rusuhan atau lebih mengerikan lagi sesuatu kaum akan sanggup melakukan penghapusan etnik dan sebagainya.

Adalah amat penting bagi kita untuk terus memelihara keharmonian dan perpaduan yang telah terjalin sekian lama. Secara sedar atau tidak hak-hak dan keistimewaan semua kaum adalah terbatas berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sesebuah Negara dan ianya tidak akan mungkin berubah kerana hak dan keistimewaan itu sudah tertulis sebagai satu perlembagaan yang terpelihara. Justeru itu, kita hendaklah berhati-hati memilih calon tidak kira apa bangsa atau kaum sekalipun sekiranya terlalu ekstrim dengan perkauman kejadian-kejadian yang tidak diingini dan cuba dielak oleh kita semua akan menghancurkan kestabilan negara yang terjaga sekian lama.

Istilah-istilah
Racism
Fahaman perkauman atau ras...

Racialist
 orang yang membangkitkan perkauman...

Racial
bersifat perkauman, berkaitan bangsa atau ras...

Racially
secara perkauman, dari segi bangsa...

Saya pilih Malaysia seperti dahulu yang hidup harmoni dan bersatu padu.

Isnin, 6 Mei 2013

Keputusan Pilihanraya PRU 2013 5 Mei 2013

Keputusan Pilihanraya 5 Mei 2013 telah kita ketahui. Setelah rakyat yang berpusu-pusu datang membuang undi seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang akhirnya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional(BN). 


Sumber Gambar : The Malaysia Insider

Keputusan Parlimen PRU13 5 Mei 2013


Perincian Parlimen PRU13


Keputusan Dewan Undangan Negeri


Semua negeri kecuali Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan di tadbir oleh BN.




Ahad, 28 April 2013

Malaysia Memilih 5 Mei 2013

 

Malaysia memilih buat kali ke-13. Rakyat hidup dengan aman dan selesai. Keselamatan Negara tanggungjawab bersama. Jadikan keharmonian pelbagai masyarakat tunjang kekuatan Negara. Hindari apa jua bentuk anasir yang boleh mencetuskan kekarmonian. 

Bijak memilih dan buat keputusan dengan bijak. Undi anda tidak akan dapat ditarik balik selepas memangkah calon. Undi dengan pertimbangan emosi bukan ikut emosi. 

Selamat Memilih…mengundi adalah hak dan tanggungjawab anda. Undi adalah rahsia.

Rujukan Gejala Sosial Lepak


Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.
            Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk pergaulan sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju.
            Umum mengetahui bahawa gejala lepak dewasa ini banyak melibatkan pelajar remaja isu seperti melepak di depan-depan kompleks membeli belah merupakan isu yang kian kedengaran sebagai satu isu yang banyak memperkatakan tentang kegiatan lepak remaja masa kini. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah 'budaya lepak'. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah. Semua perangkaan dan statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan belia dan remaja tidak hanya tertumpu pada kaum tertentu.
Punca Gejala Lepak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan akhlak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Didikan

Salah satu faktor yang dikaitkan dengan gejala lepak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelin
tir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

            Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca gejala lepak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja kaum India membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

            Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada budaya lepak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor gejala lepak semakin menjadi jadi.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosioekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kaum India seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.


Persekitaran dan media massa

Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup sebagai contoh budaya lepak. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.Tidak dapat tidak, filem Tamil terus menjadi salah satu punca keruntuhan moral dalam kalangan remaja kaum India. Memang sering dikatakan bahawa penonton perlu membezakan realiti dan apa yang ditayangkan di layar perak.

Namun, secara realiti juga, golongan remaja terbukti terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan dalam filem. Kebelakangan ini, filem-filem Tamil tepu dengan unsur ganas, seks dan aksi yang kurang bermoral. Hero filem Tamil sering dipaparkan sebagai individu yang terlibat dalam kegiatan samseng dan pelbagai aktiviti yang bertentangan dengan nilai sosial masyarkat.Merokok juga merupakan satu lagi aksi yang mudah dipelajari oleh remaja Laporan akhbar mengatakan bahawa isteri kepada Rajinikanth telah menyelar pihak media kerana gagal mengawal tabiat merokok di kalangan remaja di Tamil Nadu, India. Lalu, wakil media dengan tegas mengatakan bahawa adalah sukar bagi pihak media membendung gejala itu sedangkan Rajinikanth yang menjadi idola remaja terus merokok di layar perak.

Maka, dalam perkembangan terkini, Rajinikanth telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam filem-filem akan datang (jika ada), dia tidak akan merokok. Harapan penulis adalah bahawa pelakon-pelakon lain juga akan mengambil keputusan yang sama. Di Malaysia pula, Suhan Panshacharam (Pansha) perlu dipuji kerana beliau sentiasa memastikan watak-watak dalam filem dan drama yang beliau hasilkan (Melayu mahupun Tamil), tidak merokok.Budaya remaja yang dipaparkan dalam filem-filem Tamil juga sangat tidak sesuai dengan budaya kita. Sebuah filem Tamil berjudul Boys memaparkan dialog dan perlakuan remaja yang keterlaluan. Filem berkenaan telah diharamkan di India. Penulis hairan bagaimana filem itu ditayangkan di Malaysia sedangkan mesej, kandungan, dialog dan visual filem itu terbukti jauh lebih membinasakan berbanding filem Bruce Almighty.


Sekolah

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.
Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Budaya gangsterisme yang semakin menular di sekolah membuktikan hakikat ini. Tidak dapat dinafikan, remaja kaum India paling ramai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini. Hadir bersama-sama budaya gangsterime adalah antaranya budaya ponteng sekolah, kaki pukul, peras-ugut, melawan guru, vandalisme, merokok, budaya samseng, kelucahan secara lisan mahu pun perbuatan, kelakuan sumbang, gangguan seksual, hubungan seksual, penagihan dadah dan merogol.

            Kalau diteliti, kesemua perbuatan tidak bermoral ini saling berkaitan. Kelompok remaja dan pelajar yang terlibat dalam gangsterisme ini pula sering melatih pelajar-pelajar baru untuk menyertai ‘kumpulan’ mereka. Pelajar-pelajar baru pula sama ada akan menyertai kumpulan berkenaan atau menjadi mangsa gangsterisme. Mereka akan berhimpun dan melepak sambil menayangkan budaya yang kurang sopan.

Kesimpulan

Ternyata masalah sosial dan budaya lepak dalam kalangan remaja hebat diperkatakan pada masa kini tidak tertumpu pada kaum tertentu. Sebaliknya, ia merupakan masalah nasional. Belia hari ini adalah pemimpin masa depan. Kenyataan ini mungkin kedengaran agak ekstrem, tetapi jika tidak dibendung, tidak mustahil negara akan dipimpin golongan remaja yang tidak bertanggungjawab suatu hari nanti.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan bagi menangani masalah yang wujud kini, tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah gejala ini dalam kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Maka, semuanya berbalik pada didikan dan kasih sayang ibu bapa.

Rujukan

Muhammad Hatta Sharom (1989). Ke arah Rumahtangga Bahagia. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Noor Shakirah Mat Akhir. “ Pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak”
dalam. Visi, Julai 2001, halaman 24-26.

Samsudin A. Rahim(1994).Tingkah laku lepak di kalangan remaja  Kementerian Belia  dan Sukan.

Samsudin A. Rahim (2007). Generasi belia Institut Penyelidikan Pembangunan Belia
            Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.

Zulkifli Yusuf (1990). Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

http://www.smtmt.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=440

Sabtu, 27 April 2013

Rujukan Pelancongan Lembah Danum


Mendengar kehebatan alam semulajadi Lembah Danum membuatkan saya teruja untuk mengunjungi taman rekreasi semulajadi ini. Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum terletak 83 km ke barat-daya Lahad Datu dipenuhi dengan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang akan memberi kepuasan kepada pengunjungnya. 

            Kawasan tadahan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak sumbu Sumatera, orang utan, ungka, kancil, serta harimau bintang. Terdapat sebanyak 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini. Pusat Kajiselidik Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini.Lembah Danum mempunyai sebuah eko-resort yang pertama di Sabah iaitu Borneo Rainforest Lodge. Resort ini mempunyai sebuah restoran, bar, serta chalet yang selesa dengan pemandangan Sungai Danum.  Antara aktiviti yang ditawarkan disini ialah menjejaki laluan trek dalam hutan, bermandi di sungai, memerhati burung, meninjau hutan pada waktu malam dan lawatan ke tapak pembalakan dan kilang kayu yang berdekatan.

BENTUK TANAMAN
Rupa bentuk tanaman di kawasan ini terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup secara semulajadi di kawasan yang hutan simpan semulajadi yang sentiasa dipelihara. Ia merupakan lanskap semulajadi ia terdapat di kawasan tersebut.


Pokok Teduhan
Pokok teduhan yang terdapat dipersekitaran ini adalah terdiri daripada tumbuhan jenis pokok naungan yang besar. Malah pokok tertinggi terdapat di Taman ini. Keadaan suasanan persekitarannya yang semulajadi dan dipelihara menyebabkan pokok-pokok di kawasan ini sentiasa dipantau oleh jabatan perhutanan untuk tujuan pemuliharaan.
  
Tumbuhan Penutup Bumi
Tanaman penutup bumi  merupakan tanaman yang hidup dan tumbuh secara semulajadi atau ditanam secara sistematik dalam hal ini tumbuhan penutup bumi yang tumbuh di taman ini adalah merupakan tumbuhan yang hidup semulajadi sebagai tumbuhan belukar.

Jenis Bunga
Taman rekreasi ini merupakan taman yang kaya dengan floranya yang pelbagai jenis. Salah satu contoh yang terdapat di taman ini ialah pokok bunga tidak bermusim. Ia tumbuh juga secara semulajadi dikawasan yang luas ini. Suasana persekitarannya dan kesesuaian tanahnya membolehkan ia tumbuh secara semulajadi.

Tanaman Hiasan
Pokok palma ini merupakan pokok yang di tanam sebagai lanskap hiasan tambahan yang terdapat dalam taman rekreasi. Ia merupakan tanaman yang bertujuan untuk menghiasi bertujuan untuk mengindahkan lagi suasana dipersekitaran taman ini.

Tumbuhan Semulajadi
Suasana semulajadi yang unik dan tanaman yang meliputi keseluruhan taman ini terdiri daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan yang kecil sehinggalah kepada tumbuh-tumbuhan yang besar.

PERABOT
Perabot atau kemudahan buatan manusia merupakan asas yang penting kepada pengunjung untuk menikmati kemudahan bagi tujuan rekreasi dan kesesuaiannya dengan suasana hutan yang terdapat di kawasan tersebut. Keadaan ini membolehkan ia digunakan untuk tujuan menikmati pemandangan di persekitaran tersebut sambil beristirehat dengan suasana hutan semulajadi yang sentiasa dipelihara.

JENIS-JENIS PERABOT

Terdapat beberapa jenis perabot yang boleh didapati di tempat tersebut salah satunya seperti jambatan gantung, pondok, tempat meninjau, jalan-jalan ke penginapan.Ia memudahkan para pengunjung untuk menikmati suasana dipersekitaran tersebut dengan adanya kemudahan tersebut.

Jambatan
Unik dan menarik dan merupakan jambatan gantung yang dibina membolehkan pengunjung melihat persekitaran dari atas suasana di taman melalui pandangan udara.


Tempat Tinjauan

Kemudahan tempat tinjauan merupakan kemudahan yang membolehkan kita melihat dan secara lebih dekat tentang habitat alam flora dan fauna  di kawasan ini. Pada jarak 50 meter pertama, titi yang merentangi Sungai Danum itu setinggi 35 meter dan meningkat kepada 40 meter pada laluan 50 meter kedua yang merentangi Hutan Simpan Ulu Segama Malua.

            Di pertengahan laluan, pengunjung terpaksa mendaki pokok balak dianggarkan berusia lebih 100 tahun yang dilengkapi tangga besi setinggi lima meter, sebelum perjalanan di atas titi diteruskan. Kehijauan alam semula jadi dipenuhi panorama rimba dan sungai memberi ketenangan dan dengan sendirinya mengurangkan rasa gayat. Suara unggas, termasuk burung bekia (bulwer's pheasant), rusa dan Orang Utan menambah keceriaan perjalanan di atas titi, biar pun kelibat haiwan berkenaan tidak kelihatan.

Penginapan
Rumah penginapan di taman rekreasi ini mempunyai kelengkapan pelbagai perabot dan kemudahan seperti yang terdapat di bandar. Dengan menginap di tempat ini kita akan dapat merasakan suasana pada waktu malam dengan lebih jelas dengan bunyi-bunyian pelbagai unggas.

Ruang Pejalan Kaki
Ruang pejalan kaki disediakan untuk membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan mereka ke satu tempat khasnya di kawasan persekitaran taman tersebut. Ruang pejalan kaki ini dibina menggunakan yang menghubungkan rumah rehat dan pondok-pondok rehat di sekitar taman ini.

Pondok
Pondok-pondok dibina sekitar taman rekreasi ini memudahkan pengunjung bersantai dalam suasana hutan semulajadi. Ia dibina daripada jenis kayu yang tahan lama dengan bentuk ukiran yang menarik. Ia membolehkan tempat ini tahan lama. Tempat berehat ini membolehkan pengunjung berehat sambil menikmati kesegaran udara dihutan semulajadi Lembah Danum.


ELEMEN LANSKAP LEMBAH DANUM
Elemen ini mencorakkan suasana pandangan semulajadi yang terdapat pada kawasan ini seperti kedudukan lokasi, topografi, kemudahan dan kualiti serta arah pandangan.

LOKASI
Suasana dan lokasinya yang jauh ke dalam pedalam menjadikan ia menjadi destinasi yang mencabar untuk diterokai. Namun keadaan lokasinya yang sedemikian rupa menjadikan ia sebuah kawasan yang unik dan menarik.

TOPOGRAFI
Keadaan topografi tempat ini agak padat dengan bukit-bukau dan merupakan kawasan yang dipenuhi dengan persekitaran hutan semulajadi. keindahan hutan hujan tanah pamah yang masih belum terusik di Pusat Luar Lembah Danum (DVFC), kira-kira 83 kilometer dari barat daya Lahad Datu, Sabah pastinya mampu membuat kita terlupa sebentar dengan kesibukan kerja dan suasana kota raya. Udara segar daripada bau pepohon asli hutan seluas 438 kilometer persegi itu membangkitkan rasa nyaman sambil dihiburkan dengan bunyi-bunyian semula jadi unggas yang menjadi penghuni kawasan itu pasti meninggalkan seribu satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Lembah Danum adalah kawasan tadahan luas yang juga habitat kepada badak sumbu Sumatra, gajah Asia, harimau dahan, kera bangkatan, Orang Utan, ungka, kancil, serta harimau bintang. Ada sebanyak 300 spesis burung yang direkodkan di kawasan ini.
Hutan di sekeliling DVFC di dominasi pokok diteroka dengan ketinggian kanopi setinggi 70 meter di kawasan tertentu. Kira-kira 90 peratus kawasan pemuliharaan diklasifikasi sebagai hutan pamah diteroka manakala selebihnya hutan separa pergunungan bersilara rendah Gunung Danum.

            Aktiviti di Lembah Danum pastinya tidak lengkap jika tidak mencuba berjalan di atas titi gantung sepanjang 100 meter di atas pokok yang mencecah ketinggian 40 meter di hutan itu. Bagi yang gayat, pastinya pemandangan dari atas titi gantung mampu melupakan seketika kerisauan berada di tempat tinggi. Perjalanan di titi gantung itu bermula pada ketinggian 35 meter merentasi Sungai Danum pada jarak 50 meter pertama dan ketinggian titi gantung itu meningkat kepada 40 meter pada laluan 50 meter kedua yang membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat Hutan Simpan Segama Malua.

KEMUDAHAN PERGERAKAN   
           
Kemudahan pergerakkan ke kawasan tersebut walaupun terpaksa melalui jalan yang tidak berturap namun ia memberi kepuasan kepada pengunjung. Bagi memasuki taman rekreasi ini kenderaan 4 pacuan roda digunakan. Namun bagi membolehkan pengunjung melihat dan menjelajahi kawasan persekitaran jalan-jalan atau denai digunakan.

            Pengunjung juga disediakan dengan kemudahan penunjukkan arah dan label-label untuk berkunjung ke suatu tempat dengan tempat yang lain bagi membolehkan mereka tidak mengalami kesukaran untuk sampai ke satu destinasi dengan destinasi yang lain. Pengunnjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan juru penunjuk arah untuk menemankan mereka.

KUALITI DAN ARAH PANDANGAN
Keadaan semulajadi dan kemudahan seperti tempat tinjauan dan jambatan gantung pengunjung melihat persekitaran alam semulajadi yang luas terbentang.Keadaan ini juga akan menjadikan kawasan tersebut sesuai untuk membuat pelbagai kajian dan tinjauan. Walaupun diliputi hutan tebal namun ia dapat memberi gambaran keseluruhan melalui tempat tinjauan yang disediakan. Dengan menggunakan jambatan gantung pula pengunjung akan dapat melihat kawasan persekitaran dengan lebih jelas.Taman rekreasi Lembah Danum merupakan taman rekreasi yang amat menarik untuk dikunjungi dan meliputi kawasan yang luas dengan alam semulajadi yang menakjubkan. Kesesuaian tempat ini sebagai taman rekreasi menjadikan tempat ini sesuai dijadikan sebagai pusat pelancongan. Keadaan rupa bumi yang unik dengan kepelbagaian flora dan fauna menjadikan tempat ini sesuai untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan kajian saintifik tentang flora dan fauna. Kesesuaian tempat dan lokasinya yang unik inilah yang menjadikan tempat ini sering menjadi tempat kunjungan saintis dan pengkaji flora dan fauna seluruh dunia.


RUJUKAN

Mohd. Shariff M. ( 2002). Hortikultur Hias dan Landskap. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan pustaka

Tan Boon Tong (1991). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/utama/