1.0 Pengenalan
KBAT merupakan
proses yang melibatkan kemahiran berfikir yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan
merujuk kepada empat elemen aras teratas dalam Taksonomi Bloom
iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
1.1 Konsep
Dan Teori KBAT
KBAT
mengaplikasikan gabungan pemikiran
secara asas kolektif iaitu kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal,
pemikiran reflektif dan meta kognitif. Jelasnya
murid atau pelajar mencerap
sesuatu data dan maklumat kemudian diproses
melalui peikiran minda dan
akhirnya dizahirkan semula dalam pelbagai bentuk sama ada secara bertulis atau
secara lisan. Kemahiran berfikir ini juga dikenali sebagai berfikir secara
kritis dan kreatif. Dengan mengamalkan cara dan menggunakan kemahiran ini murid
atau pelajar bebas untuk membanding,
membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut
pemikiran logik akal pemikiran yang dizahirkan melalui pendapat dan pandangan
mereka sendiri berdasarkan pengalaman yang diperolehi melalui proses
pembelajaran dan persekitaran mereka.
Sebagai contoh seorang murid diajukan soalan maka murid boleh memberi
jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada pelbagai sudut pengetahuan yang mengabungkan elemen
bahasa, pengiraan dan sebagainya. Inilah yang dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif yang diberikan jawapan oleh mereka cipta melaui
pemikiran logik akal dalam kalangan murid atau pelajar tersebut.
1.2 Kelebihan
KBAT
Amalan KBAT jika
diamalkan secara teratur dan betul akan dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada murid. Mereka akan dapat menguasai pelajaran dengan lebih
baik seterusnya kemahiran dan kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih
berinovatif, produktif dan berdaya
saing. Seterusnya pastinya mereka dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh
pembelajaran dalam apa juga perkara yang mereka pelajari kelak.
Mereka
juga dapat mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat
daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah
dipelajari dengan pengembangan idea baharu yang dizahirkan oleh mereka melalui
kebebasan berfikir dan mengemukakan pandangan dan pendapat mereka.
1.3 Strategi
Aktiviti KBAT
Strategi amat
penting bagi membolehkan kita melahirkan murid yang memiliki kemahiran berfikir
aras tinggi. Prosedur yang akan membantu untuk memilih pengetahuan dan
kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang
dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai
masalah.Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah
mengajarkan pelajar teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model
Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai
kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa
perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah. Berikut
adalah contoh yang boleh digunakan untuk aktiviti KBAT :-
1.3.1 Tingkatkan Soalan Aras Tinggi
Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa
memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas
tahap pemikiran seseorang pelajar itu. Antara ciri-ciri Soalan
KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap
Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan',
'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan
pelajar menguasai KBAT. Maka dengan membanyakkan soalan-soalan yang sedemikian akan
meningkatkan proses KBAT.
1.3.2 Mempelbagaikan
Aktiviti Penyelesaian Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru bolehlah
memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam
situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa,
mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh
digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Objektif
dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan
kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai
pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan
yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya.
Secara
ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari
apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian,
meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik
sebagai penyelesaian.
1.3.3 Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar
guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini
dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Salah
satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu
maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk
sikap saling memahami dan bekerjasama. Tujuan Teknik Penyoalan adalah seperti
berikut :-
- Melihat keupayaan pelajar
memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
Walaubagaimanapun,
penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan
yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan
menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. Prinsip Penyoalan yang
betul bagi membantu untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar
boleh digunakan. Prinsip Panduan Penyoalan adalah seperti berikut :-
- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas
1.3.4 Buku
Teks
Pada dasarnya
buku teks yang disediakan telah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang
pemikiran aras tinggi. kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan
bagi pembelajaran tertentu menyediakan persoalan dan maklumat yang boleh
membantu meningkatkan KBat. Oleh yang demikian aktiviti yang terdapat
dalam buku teks boleh digunakan bagi membentuk pelajar yang mahir dalam
menggunakan KBAT.
1.3.5 Pembelajaran
Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan aktiviti yang dapat mengembangkan
potensi kreativiti pelajar dan boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara
KBAT dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek,
project-based learning (PBL). Pembelajaran berasakan projek merupakan
pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran ini
memerlukan pelajar bekerjasama dalam pengumpulan maklumat dan bahan, sebagai
contoh menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan
dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada
secara lisan atau pun bertulis.
Dengan
ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam
proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek.
Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran
berasaskan projek.
1.3.6 Menggunakan
Alat Berfikir
Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah
dengan menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar
menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih
tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.Ini adalah
antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan
dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
Alat
pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta
cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol
untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan
antara mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan
visual bagi membantu pelajar berfikir.
Alat
CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis
panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang.
Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil
kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap
sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka kepentingan
apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut
pandangan.
1.4 Contoh
Aktiviti KBAT Model Assure
Model
Assure merupakan satu modul pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai
ciri-ciri yang digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya dan ia bertujuan untuk menyediakan
satu panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan
bukan merangkumi satu skop rancangan pengajaran yang luas. Oleh itu, ia
ditujukan kepada setiap pengajar dengan skop penggunaan dalam bilik darjah.
Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Dalam
tugasan ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terkini yang
mengandungi enam langkah utama iaitu :
1
|
A - Analisis
pelajar
|
2
|
S - Nyatakan Objektif
|
3
|
S - Pilih
kaedah, media dan bahan
|
4
|
U - Gunakan media dan bahan
|
5
|
R - Dorong penglibatan pelajar
|
6
|
E - Nilai dan semak
|
Perkembangan pendidikan di negara ini sentiasa
dibayangi dengan kewujudan teknologi baru untuk meningkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran dan sebagai pendidik kita perlu mengikuti arus perkembangan
ini agar kita tidak mengalami kegagalan dalam membentuk generasi masa hadapan.
1.4.1 Definisi Model Assure
Modul Assure adalah Model Rancangan Pengajaran
berorientasikan bilik darjah merupakan model Rancangan Pengajaran berskala kecil yang tertumpu
kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Assure merupkan akronim kepada 6
langkah dalam model ini iaitu analisis murid, pernyataan objektif, pilih
kaedah, media dan bahan, gunakan media dan bahan, dorongan penglibatan murid
dan yang terakhir merupakan nilai dan semak.Model terancang yang
memerlukan penggunaan media. Bagi mengendalikan suatu pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan berfungsi secara lebih berkesan. Satu panduan merancang pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan penggunaan media dalam kelas yang berfokuskan situasi
dalam bilik darjah sahaja.
1.4.2 Konsep
Model Assure
Setiap model yang dibina akan mempunyai tujuan dan
objektif yang tersendiri untuk dicapai.
Di samping itu model pembelajaran ini juga akan mempunyai kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza bagi memastikan pelajar akan mendapat pengalaman
pembelajaran yang betul semasa proses pembelajaran. Proses penilaian yang
berbeza akan disediakan bagi setiap langkah-langkah model bagi memastikan
pelajar akan dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam setiap kemahiran
yang diajar.
Menurut Yusuf Hashim (1998), model rancangan
pengajaran yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina
bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana
ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan
pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya
sendiri.
1.5 Kesimpulan
Strategi pengajaran yang baik wujud apabila
semua teknik dikolaborasikan berdasarkan situasi terhadap kemahiran yang ingin
disampaikan. Gabungan pelbagai strategi dengan memasukan teknik yang
bersistematik akan mewujudkan prosedur pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Oleh
yang demikian dapatlah dikatakan bahawa secara keseluruhan reka bentuk
pelajaran memainkan peranan utama dalam menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan teratur. Justeru yang demikian ia akan
memudahkan proses pembelajaran sesuatu unit Pelajaran dengan lebih terurus dan
memberi implikasi kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
0 Komen Anda:
Catat Ulasan