Genesis Mining - Easy Mining

Ahad, 3 Februari 2013

Rujukan Mengurus Masa Dengan Baik


Menyenaraikan dan memberi keutamaan kepada objektif mingguan
Melalui rancangan  tahunan yang ada kita boleh membina rancangan mingguan.  Setiap rancangan ini perlu diberi keutamaan untuk menyelesaikannya. Objektif dan tugas yang paling utama diletakkan diatas sekali pada senarai yang akan disediakan.  Diikuti dengan keutamaan kedua dan seterusnya.  Dengan itu kerja lebih sistematik dan masa dapat diagihkan dengan lebih berkesan.

Bina senarai Keutamaan
Setelah objektif mingguan ditetapkan senarai tugas harian perlu dibina untuk mencapai objektif mingguan tersebut.  Senarai harian ini perlu dilakukan untuk menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Senarai tugas atau kerja harian ini memerlukan  penentuan keutamaan di mana yang paling penting diletakkan teratas dalam senarai dan dilaksanakan dahulu sebelum senarai yang lain. Tanpa kemahiran pengurusan masa juga, kita tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik. Contohnya, jika kita belajar selama dua jam, mungkin keberkesanannya hanya selama 10 minit sahaja. Jadi kita akan sia-siakan 50 minit daripada 1 jam tadi. Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita.

Oleh itu, seharusnya kita harus memberi perhatian kepada kedua-dua perkara itu kuantiti dan kualiti masa yang kita gunakan. Oleh kerana Pengurusan Masa merupakan suatu proses maka ianya harus dimelalui peringkat tertentu seperti perancangan yang teliti, pengawasan dan tinjauan secara berterusan.Jika pelajar mengabaikan peluang masa atau gagal menguruskan masa dengan baik risiko kegagalan dalam pelajaran terlalu tinggi dan sebagainya.

Tumpukan perhatian kepada aktiviti yang paling utama dan penting dahulu.
Berikan perhatian kepada satu perkara dalam satu masa agar kita dapat berfikir dan menjalankan kerja dengan lebih teratur.  Selesaikan dahulu aktiviti yang paling utama yang mempunyai tempoh tertentu barulah kita boleh berikan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti utama lain yang kurang penting tetapi ianya perlu dilaksanakan juga.

Secara jelasnya, penggunaan pengurusan masa yang bijak akan menjamin kerjaya pada masa hadapan. Dengan pengurusan masa kita dapat melakukan sesuatu secara terancang. Dengan kerja yang terancang kita akan dapat melakukan sesuatu tanpa tergesa-gesa dan memberi keyakinan kepada kita untuk melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang pelajar pendidikan jarak jauh kita wajarlah merancang masa dengan sebaik mungkin dan cuba menyelesaikan kekangan masa yang boleh mengakibatkan kita menghadapi masalah dalam menyelesaikan pengajian kita. Pengurusan masa yang lemah banyak mendatangkan kerugian samada kepada individu atau organisasi.  Ia perlu diteliti dan dikaji agar pengurusan masa dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Rujukan

1.              Harding,H. 1985. Secretarial Procedure, Pitman Publishing House.
2.     Hanna ,. Secretarial Procedures and Administration, Proham & Lilton
3.                 Neal, et al, Today’s Electronic Office, Mc Graw Hill.
4.                 Austin,E. Senior Secretarial Duties:Office Organisation-2nd Edition, Mc    
           Donald & Evants Ltd.
5.                 Mae,J.L. Secretarial and Administration Procedure, Prentice Hall Inc.
6.                 Harrison, J. Secretarial Duties, Pitman Publishing House.
7.                 Shirley Taylor, 1996. The Secretary in Training, Longman Singapore Pub. Ltd.
     Marion E.Haynes, Pengurusan Masa Peribadi, Penerbit Pelangi Sdn. Bhd.
Jurnal

Online Chats and Cyber-Office Hours: Everything but the Office
Maria J Lavooy; Michael H Newlin
International Journal on ELearning; 2008; 7, 1; ProQuest Education Journals pg. 107

 Rujukan Internet
http://ezinearticles.com/



0 Komen Anda:

Catat Ulasan