Genesis Mining - Easy Mining

Khamis, 3 Januari 2013

Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan telah dapat menarik perhatian para pendidik masa kini (Wang, 2008). Dengan adanya kemajuan dan kemudahan ini membolehkan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Tambahan lagi menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), kecanggihan serta kemampuan komputer menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan dan sekaligus banyak mempengaruhi corak pembelajaran masa kini.

Pengajaran Bahasa Melayu sudah tentu tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun mata pelajaran Bahasa Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran (Yahya dan Roselan 2007). Satu daripada isu tersebut dapat dilihat apabila masih terdapatnya murid yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Dalam hal ini, seseorang murid itu tidak dianggap menguasai kemahiran membaca jika tidak berupaya membina kefahaman tentang apa yang dibacanya (Korabiak dan Mete 2004).

Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran bacaan dilihat sebagai satu usaha untuk memberikan impak terhadap permasalahan penguasaan bacaan (Yahya dan Roselan 2007). Tambahan lagi, menurut Lewin (2000), penggunaan komputer seperti komputer, CD-ROM dan buku cerita interaktif dipercayai dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid, khususnya murid sekolah rendah.

0 Komen Anda:

Catat Ulasan