e-contoh rujukan pelbagai maklumat

Paparan maklumat atas talian tidak semestinya tepat.Rujukan bersumber perlu diteliti dan dimurnikan.

Pelbagai Rujukan Maklumat

Memaparkan kepelbagaian rujukan.e-contoh perkongsian sumber carian atas talian.

Contoh Rujukan Masa Kini

Blog memaparkan contoh rujukan.Maklumat yang dipapar adalah hasil carian google.

Contoh Rujukan Pelbagai Maklumat

Himpunan maklumat carian atas talian.Rujukan pelbagai bidang.

Teknologi memudahkan carian maklumat

Segala maklumat dapat diperolehi.Kesahihan maklumat perlu diteliti.

Genesis Mining - Easy Mining

Ahad, 15 April 2018

AMALAN KBAT

1.0       Pengenalan

KBAT merupakan proses yang melibatkan kemahiran berfikir yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan merujuk kepada empat elemen aras teratas dalam Taksonomi  Bloom  iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.


1.1       Konsep Dan Teori KBAT

KBAT mengaplikasikan  gabungan pemikiran secara asas kolektif iaitu kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Jelasnya  murid atau pelajar  mencerap sesuatu data dan maklumat kemudian diproses  melalui peikiran minda  dan akhirnya dizahirkan semula dalam pelbagai bentuk sama ada secara bertulis atau secara lisan. Kemahiran berfikir ini juga dikenali sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan mengamalkan cara dan menggunakan kemahiran ini murid atau pelajar  bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pemikiran logik akal pemikiran yang dizahirkan melalui pendapat dan pandangan mereka sendiri berdasarkan pengalaman yang diperolehi melalui proses pembelajaran dan persekitaran mereka.  Sebagai contoh seorang murid diajukan soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada pelbagai  sudut pengetahuan yang mengabungkan elemen bahasa, pengiraan dan sebagainya. Inilah yang dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif yang diberikan jawapan oleh mereka cipta melaui pemikiran logik akal dalam kalangan murid atau pelajar tersebut.

1.2       Kelebihan KBAT

Amalan KBAT jika diamalkan secara teratur dan betul akan dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada murid.  Mereka  akan dapat menguasai pelajaran dengan lebih baik seterusnya kemahiran dan kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih berinovatif,  produktif dan berdaya saing. Seterusnya pastinya mereka dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa juga perkara yang mereka pelajari kelak.

Mereka juga dapat mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari dengan pengembangan idea baharu yang dizahirkan oleh mereka melalui kebebasan berfikir dan mengemukakan pandangan dan pendapat mereka.

1.3       Strategi Aktiviti KBAT

Strategi amat penting bagi membolehkan kita melahirkan murid yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Prosedur yang akan membantu untuk memilih pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah.  Berikut adalah contoh yang boleh digunakan untuk aktiviti KBAT :-   

1.3.1    Tingkatkan Soalan Aras Tinggi

Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu.  Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka dengan membanyakkan  soalan-soalan yang sedemikian akan meningkatkan proses KBAT.

1.3.2    Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah

Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru bolehlah memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya.

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian.






1.3.3    Teknik Menyoal

Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

            Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Tujuan Teknik Penyoalan adalah seperti berikut :-
- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

            Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. Prinsip Penyoalan yang betul bagi membantu untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar boleh digunakan.  Prinsip Panduan Penyoalan adalah seperti berikut :-
- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

1.3.4    Buku Teks

Pada dasarnya buku teks yang disediakan telah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu menyediakan persoalan dan maklumat yang boleh membantu meningkatkan KBat. Oleh yang demikian aktiviti yang terdapat dalam buku teks boleh digunakan bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan KBAT.

1.3.5    Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek merupakan aktiviti yang dapat mengembangkan potensi kreativiti pelajar dan boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL). Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama dalam pengumpulan maklumat dan bahan, sebagai contoh menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

            Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.

1.3.6    Menggunakan Alat Berfikir

Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think

            Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

            Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.



1.4       Contoh Aktiviti KBAT Model Assure

Model Assure merupakan satu modul pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri yang digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya dan ia bertujuan untuk menyediakan satu panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop rancangan pengajaran yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar dengan skop penggunaan dalam bilik darjah. Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Dalam tugasan ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terkini yang mengandungi enam langkah utama iaitu :

1
A - Analisis pelajar
2
S  - Nyatakan Objektif
3
S  - Pilih kaedah, media dan bahan
4
U - Gunakan media dan bahan
5
R - Dorong penglibatan pelajar
6
E - Nilai dan semak

Perkembangan pendidikan di negara ini sentiasa dibayangi dengan kewujudan teknologi baru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai pendidik kita perlu mengikuti arus perkembangan ini agar kita tidak mengalami kegagalan dalam membentuk generasi masa hadapan.

1.4.1    Definisi Model Assure

Modul Assure adalah Model Rancangan Pengajaran berorientasikan bilik darjah merupakan model Rancangan Pengajaran berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Assure merupkan akronim kepada 6 langkah dalam model ini iaitu analisis murid, pernyataan objektif, pilih kaedah, media dan bahan, gunakan media dan bahan, dorongan penglibatan murid dan yang terakhir merupakan nilai dan semak.Model terancang yang memerlukan penggunaan media. Bagi mengendalikan suatu pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan berfungsi secara lebih berkesan.  Satu panduan merancang pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penggunaan media dalam kelas yang berfokuskan situasi dalam bilik darjah sahaja.

1.4.2    Konsep Model Assure

Setiap model yang dibina akan mempunyai tujuan dan objektif  yang tersendiri untuk dicapai. Di samping itu model pembelajaran ini juga akan mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza bagi memastikan pelajar akan mendapat pengalaman pembelajaran yang betul semasa proses pembelajaran. Proses penilaian yang berbeza akan disediakan bagi setiap langkah-langkah model bagi memastikan pelajar akan dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam setiap kemahiran yang diajar.

Menurut Yusuf Hashim (1998), model rancangan pengajaran yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri.

1.5       Kesimpulan

Strategi pengajaran yang baik wujud apabila semua teknik dikolaborasikan berdasarkan situasi terhadap kemahiran yang ingin disampaikan. Gabungan pelbagai strategi dengan memasukan teknik yang bersistematik akan mewujudkan prosedur pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa secara keseluruhan reka bentuk pelajaran memainkan peranan utama dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan teratur. Justeru yang demikian ia akan memudahkan proses pembelajaran sesuatu unit Pelajaran dengan lebih terurus dan memberi implikasi kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Sabtu, 14 April 2018

LEO ROJAS - DER EINSAME HIRTE

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.0       Pengenalan

Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif. Marjorie Schiller (1995) menyatakan bahawa bilik dan seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita.

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan memmuridi Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.

            Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran.Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkanpenerokaan, pewujudan idea,perkembangan idea, pembelajaran secaraterancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa danselepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid.

           
1.1       Maklumat berkaitan bilik seni

Bilik Seni merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah. Ini adalah kerana unit ini memainkan peranan penting dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan program yang berkaitan dengan seni. Oleh itu, Bilik Seni itu sendiri perlulah kelihatan ceria dan dapat memberi ruang kerja yang selesa kepada seluruh warga Sekolah khas di SK Pulau Mabul, Semporna. Bagi meralisasikan dan melicinkan perkhidmatan Bilik Seni telah membentuk satu organisasi bagi sesi 2013. ia terdiri daripada Ketua Panatia Seni,Setiausaha dan guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual.SK Pulau Mabul merupakan sebuah sekolah yang terletak yang agak jauh dari bandar.Pengurusan Bilik Seni yang terancang dan bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua warga sekolah.Pengurusan dan aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid dan warga sekolah untuk sama-sama melibatkan diri dalam program yang dirancang. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang kepentingan dan ilmu pengetahuan di dalam bidang seni visual.

            Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dankeputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.

            Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual.Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.

1.2       Pengurusan Bilik Seni

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:
• unsur seni
• menggambar / melukis
• warna
• lukisan alam semulajadi
• seni huruf dan sebagainya.




            Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut :

  1. Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna terang-nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar
  2. Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat
  3. Cahaya - menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.
  4. Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu.
  5. Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka – meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai antara pelajar.
  6. Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.

1.3       Sudut-sudut pameran berkaitan

Berdasarkan kepada gambar yang telah diperolehi didapati beberapa kawasan dijadiakan sebagai sudut pameran sebagai sumber rujukan kepada pelajar diantaranya adalah seperti pameran berkaitan hasil kerja pelajar dan berkaitan teknik dalam pendidikan seni.

 1.4       Zon-zon kerja tertentu

Zon kerja yang yang terdapat di dalam bilik ini merupakan zon yang disusun secara kelas. Dimana susun atur meja dan kerusi seperti bilik darjah biasa.

1.5       Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan
           
Kekurangan yang ketara bagi bilik seni ini adalah ketiadaan stor penyimpanan alatan. Ini pastinya menyukarkan bahan-bahan seni seperti warna dan peralatan lain di simpan atau dihimpunkan dalam satu tempat. Keadaan ini pastinya akan meyukarkan mereka menyimpan peralatan tersebut dan ini akan menyebabkan peralatan tidak dapat dikumpulkan dalam keadaan yang tersusun.

1.6       Ruang-ruang lain yang berkaitan

Didapati tiada ruang yang dibuat dalam bilik ini bermaksud tiada ruang-ruang tertentu dalam bilik ini yang menyebabkan susun atur kurang kundusif untuk membuat agihan terhadap pameran hasil karya pelajar. Ini menyebabkan

1.7       Carta-carta

            Carta berkaitan dengan bilik pendidikan seni tidak terdapat di dalam bilik ini dan maklumat berkaitan susunan jawatankuasa tidak dapat diperolehi.


2.0       Pelan dan ladangan Bilik Pendidikan Seni


30” x 30”
 
  
2.2       Cadangan Penambahbaikan
  
Secara keseluruhan terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi membolehkan bilik Studio Seni ini lebih ceria dan lebih kondusif untuk suasana pembelajaran Pendidikan Seni. Penambahbaikan tersebut dilihat dari segi susun atur ruang kerja, sudut pameran yang berkonsepkan kemahiran tertentu, carta organisasi dan juga ruang penyimpanan alatan seni.

2.2.1    Susun atur kerusi meja

Bagi membolehkan suasana persekitaran yang lebih ceria susun atur meja dan kerusi perlulah disusun mengikut suasana yang lebih selesa iaitu suasana tersebut perlulah kelihatan luas. Selain daripada itu suasana tempat kerja adalah memberi galakkan kepada pelajar untuk melakukan tugasan dengan baik. Ruang kerja penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat disediakan seperti cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Dengan ini ruangan kerja yang selesa akan dapat membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional dengan lebih baik.

            Ruang khas disediakan untuk mengakses maklumat berkaitan pendidikan seni perlu disediakan. Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Bagi menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan.

             Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.

2.2.2    Stor
           
Stor khas simpanan bahan atau alatan Pendidikan Seni perlu disediakan ruang yang membolehkan bahan disimpan dalam keadaan yang teratur dan kemaskini. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat.

            Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara.


            Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.

2.2.3    Sudut-sudut Pameran

Sudut-sudut tersebut perlu dilabelkan mengikut ketegori hasil seni. Ia membolehkan dan memudahkan murid-murid mengenali jenis-jenis hasil seni tersebut.

2.2.4    Carta organisasi

Carta organisasi perlu disediakan untuk paparan kepada mereka yang menggunakan bilik seni ini. Walaupun bilik seni ini merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

2.2.5    Pejabat Seni

Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.


 2.3       Cadangan Bilik Pendidikan Seni
 2.4       Rasional Cadangan Pelan Bilik Pendidikan Seni

Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini.

            Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya.Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkarya-pengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkara-perkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.

Hasilnya ia akan mewujudkan iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.


 2.4.1    Aspek fizikal

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

i.          Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
ii.         Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iii.        Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

2.4.2    Aspek Sosial

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah.Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:

i.          Menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru
ii.         Berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti
dan inovatif
iii.        Mewujudkan suasana interaksi sesama murid;


2.4.3    Aspek emosi

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.

2.5       Rumusan

Pengurusan bilik seni dan studio seni di sekolah termasuklah keperluan-keperluan asas yang perlu ada di dalam bilik seni, langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh guru pendidikan seni visual dalam memastikan ianya kawasan bebas kemalangan, serta faktor-faktor yang perlu diberi perhatian di dalam mempamerkan karya-karya seni murid. Pengurusan bilik seni yang berkesan mempunyai impak secara langsung ke atas proses pembelajaran. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni kita perlu sedar bahawa keselamatan pelajar-pelajar semasa belajar terletak di bawah tanggungjawab guru dan guru perlu mengambil langkah awal untuk memastikan ruang belajar bukan sahaja selesa malah selamat serta kondusif untuk digunakan.

            Pengurusan yang berkesan adalah dengan memastikan keperluan berkaitan kriteria-kriteria sesebuah bilik dipatuhi dan disediakan. Keperluan bilik Pendidikan Seni haruslah memperlihatkan bahawa ia merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian sudut-sudut pameran hasil kerja, info berkaitan teknik dan sebagainya perlu disediakan dalam sesuatu bilik seni. Dalam hal ini pengurusan bilik seni di sekolah ini adalah baik namun dengan sedikit penambahbaikan ia pasti akan memantapkan lagi pengurusan dan suasana bilik seni di sekolah tersebut.

Rujukan

Chirstoper Bowring-Carr, John West-Burnham (1999). Pembelajaran Berkesan 
          di Sekolah, Penterjemah Annuar Ayub. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan   
          Negara Malaysia  Berhad.

Ee Ah Meng (1996). Pemantapan Proses Pendidikan. Shah Alam :
          Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pendidikan Seni
          Visual, KBSR. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mazlan. M (1997). Pendidikan Seni 1 : Prinsip Pendidikan Seni.Kuala Lumpur : 
          Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ahad, 11 September 2016

TAPAK MENGUMPUL BITCOIN PERCUMA

Bitcoin kini mula digunakan secara meluas dalam urusan jual beli dalam talian.

Sumber Rujukan : Bitcoin Magazine

Nilai BITCOIN ini telah ditetapkan hanya 21 juta unit sepanjang zaman. Lantaran dari itu pakar kewangan meramalkan nilai satu BITCOIN boleh mencecah nilai $1juta USD sekiranya BITCOIN ini menggantikan matawang dunia pada masa akan datang.


                                      Pautan Sumber Rujukan                        Pautan Sumber Rujukan

Kini Bitcoin dan Mata Wang Digital boleh dikumpul secara percuma melalui pelbagai cara salah satu cara ialah dengan menyelesaikan tugasan mudah melalui pautan berikut :

 soleBTC
 waterbitcoin
 we love bitcoin
 Play Bitcoin
 coinpower
 FREEBITCO
 BITMINER
 leakybitcoin
 leakybitcoin2

MASTERBITCOIN
COIN FAUCET
GET YOUR BITCOIN
MATHEMATICS COIN
DANCE FAUCET
FAST BITCOIN
HOTBITCOIN

 MOONBITCOIN

 extabitcoin
 GETFREEBITCOIN

DOGECOIN

 DOGECOIN

LITECOIN

 litecoin



Isnin, 8 Ogos 2016

JANGAN MERASA DIRI BAIK



*JANGAN MERASA DIRI BAIK...*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.*
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah*.
*.. Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap masa kita menolong orang lain.*
*JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.*
Kerana kita tidakkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.Kita tidak tahupun amal manakah yang diterima.
Selalu letak diri kita dalam keadaan *" aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain "* untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan *REDHA Allah*. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.Hanya Allah yang akan terus beri kita
*PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN.*
Majulah tanpa menyingkirkan orang lain. Naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain dan berbahagialah tanpa menyakiti orang lain.
MuhasabahDiri