e-contoh rujukan pelbagai maklumat

Paparan maklumat atas talian tidak semestinya tepat.Rujukan bersumber perlu diteliti dan dimurnikan.

Pelbagai Rujukan Maklumat

Memaparkan kepelbagaian rujukan.e-contoh perkongsian sumber carian atas talian.

Contoh Rujukan Masa Kini

Blog memaparkan contoh rujukan.Maklumat yang dipapar adalah hasil carian google.

Contoh Rujukan Pelbagai Maklumat

Himpunan maklumat carian atas talian.Rujukan pelbagai bidang.

Teknologi memudahkan carian maklumat

Segala maklumat dapat diperolehi.Kesahihan maklumat perlu diteliti.

Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 12 Mac 2013

Contoh Rujukan Komsas

Pengenalan


Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama).  Menurut Dr. Ali Mahmood (2007)  teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main peranan. Teknik sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan improvisasi.

Pengajaran dan pembelajaran komsas dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi,  rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Menurut A.Ghafar Ibrahim, Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-alasan yang mewajarkan penggunaan bahan sastera dalam  pendidikan.

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif. Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani.

Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera. Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin.Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu objektif pendidikan Bahasa Melayu.

Melalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar. Bagi tugasan ini saya telah memilih genre sastera sajak untuk di ulas berkaitan dengan aspek bahasa, nilai dan struktur.

Sejarah Perkembangan


Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Menurut Abdul Shukor 2000, Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Namun perubahan tersebut sama sekali tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

            Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika Kementerian Pendidikan Malaysia 2000. Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka. Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi.

Komponen

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar untuk membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah:

  1. Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional.
  2. Mengenal puisi moden dan puisi tradisional.
  3. Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.
  4. Memahami binaan dan teknik plot.
  5.  Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan.
  6. Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.
  7. Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini adalah berteraskan teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4 dan 5. Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4.


Tema moral sering dikaitkan dengan masalah kekurangan didikan agama sehingga terpesona dengan kegiatan yang meruntuhkan nafsu. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa cerpen-cerpen sebelum perang mempunyai unsur-unsur lucu dan percintaan cerpen-cerpen ini juga dikatakna kurang nilai estetik kerana terlalu mementingkan unsur didaktik. Ini menyebabkan kebanyakkan cerpen hampir menyerupai sebuah esei. Perwarnaan wataknya pula berdasarkan kepada watak hitam dan putih dimana watak putih selalu mendapat balasan baik dan watak hitam pula selalu mendapat balasan jahat.


Sastera bukan sekadar bahan bacaan, tetapi lebih daripada itu. Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka.

       Menurut A. Samad Said, melalui sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan, ketakwaan, kebijaksanaan, dan tazkiyah dan disampaikan secara sederhana, tetapi amat berkesan di jiwa. cerpen hanya sebuah karya kreatif, ia mesti ada daya imaginasi atau daya reka dan sensitiviti atau daya sentuh. Kekuatan sesebuah karya sastera ialah keupayaan seseorang pengarang mengolah imaginasi dan sensitiviti. Bagaimanapun ia tidak mengikis tujuan asal sesebuah teks sastera untuk membina masyarakat. Usman Awang (1995) menulis bahawa sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara meluas.

          Secara keseluruhannya pengertian cerpen merupakan cerita pendek yang tergolong dalam kesusteraan melayu yang menggunakan bahasa moden dengan mengenengahkan unsure-unsur moral kepada pembacanya.


Kepentingan KOMSAS

Matlamat mata pelajaran tersebut jelas dilihat daripada petikan kata pengantar Dato' Asiah Abu Samah (1988), Pengarah Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam Buku Panduan Pendidikan Kesusasteraan Melayu Tingkatan IV dan V:

Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan IV dan V bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran kreatif dalam bidang Bahasa Malaysia tetapi juga memberi peluang pelajar pelajar untuk menikmati keindahan dan kehalusan sastera. Dengan itu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan karya-karya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia diharap dapat menekankan pengajaran yang bersifat apresiatif yang dapat membawa pelajar-pelajar membina rasa kebanggaan, kepercayaan diri, dan cintakan tanah air dalam suatu wawasan Kebudayaan Kebangsaan.

Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mernperkenalkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen Bahasa Melayu di sekolah menengah. Guru-guru bahasa dikehendaki mengajar semua genre termasuklah prosa tradisional, puisi tradisional dan moden, novel, cerpen dan drama, dari tingkatan I ke tingkatan yang lebih tinggi sehingga pelajar menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Mata pelajaran kesusasteraan ini wajib dipelajari oleh semua pelajar tanpa mengira aliran. Tujuannya agar semua pelajar terdedah kepada pengetahuan asas sastera atau cara penghayatan karya sastera. Pelaksanaan ini secara langsung telah mengakui kepentingan kedudukan sastera Melayu sebagai suatu mata pelajaran penting untuk dipelajari. Mata pelajaran ini akan mengambil sebahagian daripada waktu bahasa Melayu, iaitu dua waktu daripada keseluruhan enam waktu dalam seminggu. Hal ini bermakna mata pelajaran kesusasteraan ini boleh berdiri sendiri tetapi diajarkan oleh guru bahasa.

Unsur rohani dalam FPK mengandungi hikmah yang mempunyai matlamat, iaitu keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, menghubungkan nilai murni dengan norma masyarakat, dan mempunyai sahsiah yang mulia. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu itu boleh disifatkan sebagai menekankan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah memupuk, dan memperkaya kehalusan perasaan, serta memperteguh rasa penghargaan, dan keindahan terhadap bahan kesusasteraan Melayu.

Menarik Minat Murid

Pertimbangan pedagogi boleh dikatakan tiada sama sekali dalam pendidikan sastera sejak sebelum perang sehingga akhir tahun 1950-an. Kanak-kanak darjah empat sekolah Melayu telah pun membaca Chanai Bacaan dan Pelbagai Cetera Melayu. Soal penggredan bahan-bahan untuk kanak-kanak tidak wujud.

Kesesuaian Sebagai Bahan Bantu

Genre cerpen sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana sifatnya yang mempunyai unsure-unsur pengajaran yang dapat dijadikan sebagai bahan Bantu dalam pengajaran dan pembelajaran khasnya Bahasa Melayu. Objektif pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan mementingkan perkembangan afektif, iaitu penentuan sikap, perkembangan daya pemikiran yang kritis, serta penikmatan. Melalui penikmatan dan pemikiran yang kritis, seseorang pelajar dapat mengabadikan nilai-nilai kesusasteraan dan kebudayaan bangsa, manakala pemikiran yang kritis pula dapat membentuk serta mencipta citarasa kesusasteraan.        

Menghilangkan Kebosanan

Secara amnya, dengan kepelbagai teknik seperti teknik lakonan, main peranan dan simulasi pelajar akan rasa tidak bosan dalam mengikuti pelajaran tersebut kerana ia membolehkan mereka belajar sambil mengenal genre sastera secara langsung.

Meningkatkan Motivasi Pembelajaran
           
Secara logiknya apabila murid merasa seronok ia akan memberikan impak terhadap penerimaan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini juga menyebabkan murid atau pelajar tidak merasa takut dan aktif dalam proses pembelajaran.

Kesesuaian Tema
           
Komsas ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Laras bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera. Mengikut Ali Ahmad (1994), sudah menjadi fitrah manusia mempunyai jiwa yang halus, sama ada pengarang ataupun pembaca. Maka, sastera menjadi bererti kerana pengarang dan pembaca diikat oleh pembentukan jiwa yang sama yang suka kepada keindahan. Dengan yang demikian ia boleh membawa kefahaman murid terhadap proses penggunaan sastera pada peringkat awal.

Rujukan Carian Google

Isnin, 4 Mac 2013

Contoh Kajian Bahasa

1.1       Pengenalan

Kajian ringkas ini disifatkan untuk melihat mengenainya kecenderungan kanak-kanak dalam berbahasa. Ia akan melihat sejauhmana kanak-kanak dapat  mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna bersesuaian dengan usianya. Kajian ringkas ini juga melihat pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak yang mana perkataan-perkataan tersebut dapat dikenalpasti sebagai ayat yang boleh difahami. Selain itu juga ia melihat sejauhmana kanak-kanak dapat mengeluarkan kata-kata yang dipecahkan pula kepada sukukata dan ayat pendek. Kanak-kanak pada usia 3 hingga 4 tahun adakalanya sudah boleh bercakap dengan lancar namun kelancaran mereka adakalanya terbatas dan kadangkala mengeluarkan perkataan yang tidak difahami oleh kita sendiri. Namun pada peringkat ini mereka telah mengeluarkan ayat-ayat mudah dan kelancaran berdasarkan pengaruh persekitaran.

1.2       Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah mengenai pemerolehan bahasa serta pengaruh bahasa lisan dalam kehidupan seorang kanak-kanak yang baru mengenal bahasa. Matlamat utama kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti pemerolehan bahasa atau faktor-faktor yang membolehkan murid-murid cenderung dalam menggunakan bahasa serta cara ia memperolehi sesuatu bahasa atau perkataan. Sebagaimana yang kita telah ketahui bahawa mereka ini   telah pun mempelajari sejak mereka dilahirkan seterusnya perkembangan pemerolehan bahasa terus berlaku sehingga mereka mencapai satu tahap penggunaan yang teratur dan tersusun.

            Pengaruh-pengaruh persekitaran yang dilihat sebagai pemangkin perkembangan pemerolehan bahasa kanak-kanak seterusnya dijadikan sebagai bahan analisis berkaitan hasil percakapan dan bahasa yang dihasilkan oleh sample kajian.


1.3       Pengertian Psikolingustik dan Semantik

            Bidang psikolinguistik merupakan gabungan dua bidang ilmu, iaitu bidang psikologi dan linguistik.Perlu diingatkan bahawa kedua-dua bidang ini adalah berlainan dan dapat berdiri sebagai disiplin yang tersendiri.Oleh yang demikian, disiplin psikolinguistik meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam disiplin linguistik dan psikologi kerana kedua-dua bidang ini adalah saling bekerjasama dalam menyelesaikan persoalan bahasa. Psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa dan juga tingkah laku manusia.Ilmu linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan hariannya.

1.4       Objektif kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada tiga aspek iaitu :
a).        Melihat bentuk bahasa lisan yang digunakan oleh kanak-kanak dalam bertutur menerusi kajian pemerolehan bahasa.
b).        Mengenalpasti faktor-faktor yang utama dalam proses pemerolehan bahasa.
c)         Menganalisis hasil dapatan pemerolehan bahasa dari sudut penggunaan bahasa kanak-kanak.

1.5       Definisi Konsep

            Sebelum membicarakan lebih lanjut berkaitan dengan kajian ringkas ini berapa konsep berkaitan kajian ini perlu diketahui sebagai asas untuk melakukan kajian terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak peringkat usia 5 hingga 7 tahun. Konsep-konsep tersebut adalah seperti fonem, fonetik dan fonologi.




1.5.1    Fonem

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia.

Sebagai ilmu, fonetik merupakan kajian untuk berkaitan dengan kajian bahasa dan membuat rumusan berdasarkan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik menggunakan data deskriptif asas daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi yang dihasilkan itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

1.5.2    Fonetik

Menurut Misran dalam bukunya Sekilas Sejarah dan Dialek Bahasa Melayu di Malaysia diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968  atau sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu digunakan istilah Bahasa Melayu, namun bahasa ini berulangkali berganti nama rasmi. Dari pertama bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama rasmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysia.

Hal ini membuatkan kerajaan kita berusaha menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-peraturan ini dinilai secara pesimis oleh sebahagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahawa Bahasa Malaysia tidak mungkin digunakan dimahkamah (pengadilan) kerana berbagai batasam yang dimiliki dalam bahasa ini. Namun kajian terus dilakukan untuk memantapkannya.

1.5.3    Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.

1.5.4    Bahasa

Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :

“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan”
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam  Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 150 )

            Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.

1.6       Skop kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada tumpuan dan skop yang merangkumi aspek berkaitan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dengan mengaplikasikan teori mentalis dan behaviouris dan sejauh manakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

2.1       Kaedah Kajian

Dalam melakukan sesuatu kajian ia memerlukan kaedah yang tersendiri. Dalam hal ini kajian kes digunakan kerana ia merupakan kaedah yang bersesuaian dan merupakan kaedah berfokus dalam jumlah sample yang tidak melibatkan terlalu banyak sample kajian. Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.



2.2       Kajian Kes

Kaedah ini tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability) sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. “Kajian Kes” sebagai wadah pembelajaran menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua jam. Pengkaji bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian. Menurut Muhamad Muda, (2003), Ianya merupakan satu proses pembudayaan ilmu secara khusus yang akan memperkasakan pembentukan kognitif, afektif dan psikomotor individu.Muhamad Muda (2003) mendefinisikan “Kajian Kes” sebagai “satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran”. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, “Kajian Kes” ialah satu “metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran”.

Tujuan asas penggunaan kaedah kajian kes sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk “memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar yang memainkan peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif”. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebut. Pengkaji juga didorong untuk membuat keputusan berdasarkan analisa mereka sendiri dan mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teori-teori masalah tersebut. Di samping itu juga, pelajar mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit dengan cara mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea dengan fakta sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif.

3.1       Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Dapatan kajian ini akan menfokuskan berkaitan pemerolehan bahasa sample kajian yang terdiri daripada seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun. Kajian dilakukan terhadap kanak-kanak ini bagi melihat di peringkat awal dimana proses pemerolehan bahasa kanak-kanak tersebut berkembang.Kemudian pemerolehan bahasa tadi dianalisis berdasarkan kepada rakaman dan melalui proses pemerhatian kajian kes.

3.1.1    Latar belakang Subjek Kajian

            Dalam tugasan ini saya dikehendaki mencari kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun untuk membuat rakaman suara ke atas kanak-kanak tersebut. Bagi tujuan ini saya telah memilih seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Berikut adalah merupakan biodata subjek kajian.

3.1.2    Jadual Perlaksanaan Tugas tarikh, masa, tempat, catatan
           
            Kajian ini dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan setelah mendapat tugasan ini. Kelewatan tugasan ini membuatkan saya terpaksa melakukan tugasan ini dengan agak lewat sedikit setelah mendapatkan tips-tips dari pensyarah saya.

Tarikh              :           05 hb November 2011
Masa                :           10.00 Pagi
Hari                 :           Ahad
Lokasi             :           Taman Melinium
Ruang
Rakaman         :           Dalam Rumah [ Ruang Tamu ]
Catatan            :           Rakaman ”Nyanyian”
      
3.2       Rakaman Fonem, Sukukata dan Ayat Pendek

Rakaman fonem, sukukata dan ayat pendek dalam kajian ini adalah untuk menjelaskan dapatan bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak peringkat usia 6 tahun. Dapatan ini membolehkan ia dianalisis untuk membuat atau mengesan          bunyi-bunyian tersebut berdasarkan kategori fonem, suku kata dan ayat pendek ia membolehkan kita melihat sejauhmana kanak-kanak dapat menghasilkan bunyi untuk membolehkan kita membuat kajian berkaitan dengan bahasa peringkat awal kanak-kanak.

3.2.1    Kata-kata Dalam Rakaman
Berikut dikeluarkan rakaman yang telah dibuat menerusi tugasan yang telah saya lakukan dengan bantuan daripada keluarga subjek iaitu ayahnya.
Skrip rakaman
Indah sinar sang suria
Indah sinar sanaaaa
Laju-laju
Sang suria Tuya
Salah ku nyanyi
Ceriaaaaa
Oh oh

Kamu Tetahuan
Pecaya lagi
Dengan dirinya
Teman baikku
Hatiku menyapa
Aku tak ela
Dengan lajuku
Dengan baikku
Tapi ku menjaga
Hanya biriku
Oh berdermau disko
Di order
Yang kini
Jadi tu itu
Oh oh
Kamu laju-laju
Lagu
Lagu biasa
Oh Oh
Kamu jetahuan
Indah sinar
Tan suria
Indah sinar
Laju-laju
Ceriaa
Salahku
Nyanyi
Busuk ku
Aku tak busuk
Dengan dirinya
Teman baikku

Ayah sedapnya
Berbegar
Ayah bergegarkan
Menduri kita
Membayu
...... tiada henti
Hada semua dalam henti
Lagunya
Oh oh
Laju-laju kereta

Oh Aspa Lela
Kau dengan ku
Akan bersama
sampai
ke hari tua
oh Aspalela
ingatkah lagi
janji kita dulu
Aspalela

  
3.2.2    Pemerolehan Bahasa Fokus Perkataan (Jadual/keterangan dan contoh)

Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama tetapi yang membezakan antara dua kata itu ialah fonem [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi fonem [b] dan [l] yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.

Bil
Huruf
Fonem
Penyebaran (digunakan transkripsi fonetik)
Awal
Tengah
Akhir
1
L
/l/
[laju]
[lagu]
[lalu]
2
K
/k/
[kita]
[aku]
-
3
S
/s/
[sedap]
[busuk]
-

Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata di bawah ini merupakan fonem-fonem
yang berasingan.

/kamu/             - /kami/
/mengapa/        -/menyapa/

3.2.3    Pemerolehan Bahasa Fokus Sukukata

Bil
Suku Kata Terbuka
Perincian
1
Laju
la + ju
2
Tapi
ta + pi
3
Lagi
la + gi
4
kita
ki + ta
5
Hari
ha + ri



Bil
Suku Kata Tertutup
Perincian
1
nyanyi
nyan + nyi
2
dengan
de + ngan











3.2.4    Pemerolehan Bahasa Fokus Ayat Pendek

Bil
Makna Ayat Asal
Makna yang dimaksudkan oleh Kanak-kanak
1
Indah sinar sang suria
Indah sinar sang suria
2
Salah ku nyanyi
Salah aku nyanyi
3
Tapi ku menjaga
Tapi aku menjaga
4
Aku tak busuk
Aku tak bisa
5
Teman baikku
Teman baikku
6
Kau dengan ku akan bersama
Kau dan aku akan bersama
7
Sampai ke hari tua
Sampai ke hari tua
8
Janji kita dulu Aspalela
Janji kita dulu Aspalela
9
Kamu Tetahuan
Kamu Ketahuan
10
Hatiku menyapa, aku tak ela.
Hati mengapa, aku tak rela.

3.3       Perbincangan
           
Pada pengamatan saya berdasarkan kepada rakaman yang telah diperolehi secara keseluruhan subjek kajian ini boleh mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna yang dapat diketekorikan sebagai fonem, sukukata dan ayat pendek. Malah pembentukkan sebahagian bahasa yang dikeluarkan mempunyai makna tertentu dan jelas maknanya. Walaubagaimanapun masih kedapatan bunyi-bunyi yang tidak difahami atau tidak mempunyai makna tetapi masih boleh difahami oleh saya. Dalam hal ini, kanak-kanak pada peringkat seusia ini masih boleh dilatih bagi menghasilkan bunyi bahasa yang lebih difahami. Pada peringkat ini juga sistem bahasa kanaka-kanak adalah peringkat perkembangan menggunakan bahasa yang betul.

Sepanjang mendengar rakaman lagu ini juga saya mendapati bahawa kebanyakan ayat kurang teratur. Ini adalah kerana pada peringkat seusia kanak-kanak ini ia mengeluarkan kata-kata berdasarkan apa yang diingat dan terhasil dalam minda kanak-kanak tersebut dan dihasilkan melalui bunyi-bunyi yang mereka ingin keluarkan.Apa yang dapat saya perhatikan sepanjang tugasan ini ialah subjek kajian perlu dilatih menggunakan bahasa pertuturan yang lebih tersusun dan ini pastinya memerlukan ruang dan masa untuk membentuk perkembangan bahasa subjek kajian tersebut.

Jelasnya pengajaran yang dapat saya perolehi dalam kajian ringkas ini bahawa proses perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku secara berproses iaitu peringkat demi peringkat yang mana kanak-kanak menghasilkan bunyi berdasarkan apa yang mereka dengar. Keadaan ini juga menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak seperti yang mereka dengar kadangkala penambahan bunyi dan pengurangan bunyi dihasilkan. Contohnya adalah seperti :

Pengurangan                                       - aku                jadi      ku

            Susunan ayat juga masih tidak tersusun seperti yang dihasilkan melalui bunyi rakaman subjek saya mendapati bahawa mereka menghasilkan bunyi berdasarkan apa yang terlintas dalam minda mereka contohnya :

Oh berdermau disko
Di order
Hada semua dalam henti
Sang suria Tuya
Hatiku menyapa
Tan suria

            Saya juga mendapati bahawa beberapa perkataan yang disebut sentiasa bertukar-tukar dan adakalanya ia tidak mempunyai makna langsung contohnya perkataan seperti :

Tuya                            -           suria
menyapa                      -           mengapa
Berbegar                     -           Bergegar

Maksud yang tidak difahami :

Berdermau
diorder

Ayat yang tidak difahami :

Hada semua dalam henti

Walaubagaimanapun, secara keseluruhan saya juga mendapati bahawa          bunyi-bunyi yang dihasilkan adakalanya memberi makna yang jelas dengan sebutan yang serupa seumpama orang dewasa hasilkan. Kejelasan ayat dan perkataan yang dihasilkan dalam usia yang semudah ini jika dibimbing akan membolehkan subjek ini lancar bercakap dengan menghasilkan bunyi-bunyi yang mantap. Sekiranya dilihat lebih banyak makna yang dihasilkan berbanding yang tidak mempunyai makna. Contohnya :
Ayah bergegarkan
ingatkah lagi
janji kita dulu
Aspalela
Teman baikku
Dengan dirinya
Lagu biasa
Indah sinar sang suria
Salah ku nyanyi

3.4       Kesimpulan

            Sebagai kesimpulannya, pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui beberapa proses seperti peringkat fonologi, morfologi dan sintaksis. Peringkat fonologi ialah peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi-bunyi yang didengar. Peringkat mofologi ialah peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyi-bunyi yang bermakna manakala peringkat sintaksis ialah peringkat menggabungkan mofem-mofem menjadi ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat yang bermakna.Kemahiran bahasa adalah dikuasai secara beransur-ansur. Kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.

Rujukan

Azman Wan Chik (pnyt.) (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1 :  
            Perkaedahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Corder,P (1973).Introducing Applied Linguistics. Middlesex: Penguin 
            Education.

Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala 
            Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2: 
            Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zulkifly Hamid (1996). Bahasa (Konsep, Fungsi dan Penguasaannya oleh     
            Penutur). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khamis, 7 Februari 2013

Rujukan Pengertian Lanskap


Perancangan guna tanah perlu mengambil kira tentang kesuburan tanah-tanih. Merancang muka bumi merupakan satu usaha untuk merancang hubungkait di antara guna tanah atau fungsi guna tanah dan persekitaran. Penggunaan landskap untuk menyusun atur guna tanah dan peka terhadap alam sekitar dapat meminimakan pencemaran. [1]Perancangan landskap itu ialah lebih mendalam dari guna tanah (ciptaan manusia)guna tanah, mengenai estatik, mengenai kesejahteraan insan.

            Menurut Lan Matt (1967) “Perancangan landskap itu ialah mengubah penyesuaian yang berdasarkan kepada daya cipta yang berubah mengikut pengolahan alam sekitar. Pengolahan terhadap alam itu boleh menjadi satu batasan kepada usaha pembangunan dan menfaatkan kepada pembangunan”. [2]Sains dan seni yang berkaitan dengan perancangan guna tanah yang sistematik yang berkaitan dengan pemeliharaan sumber alam yang berkaitan dengan rekabentuk, ruang dan tempat di luar bangunan iaitu berkaitan dengan ciptaan lingkungan hidup yang berguna, selamat dan selesa sebagai tindak balas manusia dengan alam sekitar.


[1] Sylvia Crowe(1960)
[2] American Society of Landscape Architect (ASLA)

Rabu, 6 Februari 2013

Rujukan Lanskap


Landskap merupakan satu bidang daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang landskap.

            Kini Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan bagi memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

            Dengan kewujudan pembelajaran Landskap dan Nurseri ia akan dapat melahirkan sumber manusia yang berkemahiran dan kreatif dalam merancang, menghasilkan, membina dan menyelenggara projek landskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam industri landskap.