Pengenalan
Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman
Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan
berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan
perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran
dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua
franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran
agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi.
Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk
mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan
Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah
karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.
Kedatangan orang-orang Eropah dan
kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masihi tidak
menamatkan pengaruh bahasa Melayu. Bahasa boleh diertikan sebagai satu
sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka.
Lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan
lingkungan masyarakat yang menuturkannya.Dalam setiap kegiatan manusia, bahasa
memainkan peranan dan fungsi untuk memenuhi pelbagai tujuan dan matlamat
tertentu. Antara fungsi bahasa yang amat ketara ialah peranannya sebagai alat
untuk membantu manusia menyampaikan percakapan, buah fikiran dan maklumat
kepada orang lain. Bloch dan Trager (1942), mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang
digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku
apabila adanya penutur dan pendengar.
Orang-orang
Eropah yang datang ke Nusantara bukan sahaja datang untuk berdagang, malahan
mereka mempunyai niat untuk mengembangkan agama Kristian. Banyak juga daripada
mereka yang menjalankan penyelidikan tentang kesusasteraan tempatan.Dalam
catatan-catatan dan penulisan-penulisan mereka, jelas kelihatan betapa penting
dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada
ketika itu. Bahasa Melayu tersebar dengan luas dan menjadi Lingua Franca terutamanya di daerah kepulauan Melayu. Sifat bahasa
Melayu yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan
bahasa Melayu sentiasa mendapat perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur
mahupun orang-orang Eropah.Dari segi perancangan bahasa, negara Malaysia
mempunyai dasar bahasa yang cukup jelas, iaitu mempunyai dasar Bahasa
kebangsaan, dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa untuk
maksud-maksud tertentu atau khusus.
Pemilihan
bahasa kebangsaan lazimnya penuh dengan dengan cabaran dengan kepelbagaian
etnik dan masyarakat di Malaysia. Kaum etnik yang mendiami negara ini
bagaimanapun bersedia untuk bersatu melalui satu bahsa kebangsaan. Penerimaan
bahsa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berlaku sewaal 1947. Sebuah Perlembagaan
Cadangan telah dibentuk oleh All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang
mewakili kaum bukan Melayu dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili orang
Melayu. Mereka mencadangkan supaya bahsa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
tunggal negara. Bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain tidak dihalang
(Abdullah Hassan 1997: 2). Hasrat ini menjadi kenyataan apabila bahasa Melayu
dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam Artikel 152 Perlembagaan
Malaysia. Termetrinya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi, maka rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik serta berbeza
budaya, agama dan bahasa cuba untuk disatukan melalui bahasa.Seterusnya ia
berkembang dan melahirkan sebagaimana istilah Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Baku.
Menurut Asmah Hj Omar (1984: 1-2), sebelum
1969, bahasa kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi sesudah
peristiwa 13 Mei 1969 bahasa ini diberi nama baru tetapi nama baru ini umpama
pakaian baru yang dikenakan oleh orang perseorangan untuk tujuan tertentu tanpa
menimbulkan sebarang perubahan pada dirinya. Nama ‘bahasa Malaysia’ mengambil
tempat ‘bahasa Melayu’ kerana timbul hujah yang menyatakan bahasa Melayu
seharusnya menjadi bahasa orang Melayu kerana bahasa ini adalah bahasa mereka
dan bukan bahasa rakyat Malaysia seluruhnya. Rusuhan kaum 1969 merupakan
dorongan ke arah pertukaran nama bahasa kebangsaan dari bahasa Melayu ke bahasa
Malaysia. Bahasa kebangsaan sebenarnya adalah bahasa yang dimiliki oleh setiap
orang dan kepunyaan setiap warganegara Malaysia, dan sepatutnya tidak timbul ia
bahasa kaum tertentu dan dipaksa ke atas kaum lain.
Menurut
Chomsky (1957). Setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting
iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa berada dalam otak
manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu
menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.Dari segi pragmatik,
ahli-ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa merupakan satu sistem yang
menghubungkan maksud kepada bunyi, sama ada berdasarkan aksi penutur atau
pendengar.
Dengan
andaian bahawa manusia mempunyai beberapa makna yang hendak disampaikan, dia
mengucapkan bunyi-bunyi dengan tepat. Orang yang mendengar bunyi-bunyi tersebut
akan cuba memberikan makna kepada ujaran yang dilafazkan oleh penutur. Menurut Amat
Juhari Moain (2006:27) ,terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini
membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap–tahap
iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba,
Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara
ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah
penyebarannya.
Latar belakang Tokoh
Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad atau nama
pena Za’ba merupakan ahli sasterawan dan pemikir Melayu berketurunan
Minangkabau yang mula bergiat aktif dalam dunia persuratan bahasa sekitar
1940an. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol,
batu kikir, Negeri Sembilan. Za’ba sepanjang
perjuangan hidup beliau melibatkan diri dengan pelbagai genre dalam bidang
penulisan iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama, serta etika
dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian, perhatian dan minat beliau telah
cenderung dalam bidang bahasa yang akhirnya mendorong kesungguhan beliau dalam memperjuangkan
dan memartabatkan bahasa Melayu dengan memperluas dan mengekalkan keindahan dan
keunikan bahasa Melayu di mata masyarakat dengan dibantu oleh kesedaran serta
keyakinan mendalam. Za’ba merupakan seorang yang disanjung dan dikenang
sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikan dan bahasa, tokoh agama dan politik
di tanah melayu.
Di antara karya yang telah
dihasilkan oleh beliau ialah Pelita
Bahasa Melayu, Ilmu
Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan
tatabahasa Bahasa Melayu. Di antara rencana beliau yang terkenal ialah Modern Developments of Malay
Literature dan Malay Journalism in Malaya.
Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-buku
asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam
Bahasa Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu
Jati, Patriot; yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya,
Za’ba, Z Penjelmaan, Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z
dan Melayu, Yang Hina Patriot.
Susur Galur Pendidikan dan Kerjaya
Za’ ba mendapat
pendidikan di Sekolah Melayu Linggi pada tahun 1907. Mendapat pendidikan
menengah di St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior
Cambridge. Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English
College, Johor Baharu, sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis
Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London dan
terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya,
Singapura. Dalam bidang pendidikan Za’ba merupakan seorang guru dan pensyarah
yang pernah bertugas sebagai pendidik di beberapa buah institusi pendidikan
seperti berikut :
a. Kolej
Melayu Kuala Kangsar - 1918
b. Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur - 1923
c. Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim -
1924
d. Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1939 - 1942
e. Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti
London 1942 sehingga 1951
f. Universiti Malaya, Singapura 1954 sehingga 1959.
Jasa
dan penglibatan beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah
seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Beliau telah dianugerahkan pingat PMN pada tahun 1962 yang
membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran Pendeta pula dikurniakan ketika berlangsungnya
Majlis Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu kali -3 di Johor Baharu pada
tahun 1956.
Za’ba merupakan seorang yang gemar
membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan.Kerjaya sebagai penulis telah
menghasilkan pelbagai hasil karya yang dijadikan sebagai bahan rujukan generasi
masa kini. Penulisannya diterbitkan dalam akhbar-akhbar tempatan dan
majalah-majalah pada masa lalu seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh,
dan Pakar Majalah. Beliau juga telah menghasilkan dan menerbitkan beberapa siri
monograf dalam bahasa Melayu, termasuklah Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Contoh
penghasilan karya lain adalah seperti cerita-cerita Shakespeare yang
diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura. Hasil-hasil karya dalam
bidang perkembangan bahasa melayu yang menjadi sumber dan bahan arkib serta
rujukan sepanjang zaman adalah seperti :-
i. Pelita Bahasa Melayu II (Rumi) -
Rujukan
latihan penulisan bagi pelajar sekolah rendah.
ii. Pelita Bahasa Melayu III (Rumi) -
Rujukan
Latihan Penulisan bagi sekolah menengah.
iii. Ilmu mengarang Melayu (Jawi) -
Rujukan
Penulisan bagi pelajar-pelajar di kolej.
iv. Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) -
Daftar
perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta undang-undang
ejaannya.
v. Kata-kata yang Tidak
Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930)
vi. Kaedah Karangan Bahasa
Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931)
vii. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
(1958)
viii. Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan
(1954)
ix. Bahasa
Melayu dengan Tulisannya (1958)
Karya Buku Pelita Bahasa
Melayu II
Buku Pelita
Bahasa Melayu II siap
ditulis pada tahun 1942 tetapi ditangguhkan penerbitannya ke tahun 1946 sesudah
dibaiki dan disemak. Tiga tahun kemudian terbit Pelita Bahasa Melayu Penggal III.
Za’ba melihat penulisan atau karangan sebagai satu wacana iaitu wacana
bertulis yang berbeza dengan wacana lisan. buku Pelita Bahasa Melayu ialah karya
kedua terpenting selepas Profesor Emeritus Linguistik Melayu Universiti
Malaya. Karya-karya Za’ba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas sumber
pengetahuan dan rujukan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek perkembangan bahasa. Berdasarkan hasil penulisan beliau
kita dapat melihat perjuangan serta sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara
kita ini khasnya dalam bidang bahasa khusus kepada rujukan dan bahan dalam
menghasilkan penulisan yang baik.
Dalam
buku Pelita Bahasa Melayu II Za’ba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu
dengan kemahiran bahasa. Kemahiran manusia menggunakan bahasa tidak semestinya dapat
menjelaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan pengunaan nahu dalam bahasa. Dalam
proses pembelajaran bahasa, kita tidak perlu terlebih dahulu belajar berkaitan
aspek nahu. Za’ba merumuskan penggunaan bahasa sebagai satu aspek kemahiran,
dan kemahiran tersebut memerlukan latihan. Kemahiran dalam penggunaan bahasa
setiap hari itu pula perlulah dilanjutkan kepada kemahiran menulis atau
mengarang. Pemikiran Za’ba berkaitan kemahiran bahasa seperti ini tidaklah
bermakna beliau tidak menitikberatkan aspek nahu. Malahan, Beliau melihat
peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran yang saling melengkapkan diantara
satu sama lain iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa
kedua. Pada peringkat bahasa pertama, nahu merupakan aspek yang digunakan
untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa berkaitan dengan susunan ayat dan
fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi sumber dalam penulisan.
Buku
Pelita Bahasa Melayu II yang terhasil pada asalnya sebanyak 202 muka surat dan
yang akhirnya dikemaskini memberi fokus lengkap kepada asas penulisan yang menekankan
bahawa penulisan terbentuk daripada sekumpulan ayat. Ayat yang bermula dengan
asas subjek dan predikat, seterusnya frasa huraian yang akan dikembangkan
kepada jenis serta ragam ayat, tanda baca dan penggunaan rangkai kata bagi
setiap penerangan. Dalam buku ini juga Za’ba memberikan contoh dan cara penulisan
daripada penulisan biasa hinggalah kepada penulisan genre tradisional, cereka
dan surat kiriman.
Sasaran Pembaca
Buku ini ditulis khas sebagai bahan dan sumber
rujukan pendidik dan murid di peringkat sekolah rendah. Buku ini merupakan
hasil yang khas sebagai rujukan guru dalam membantu murid-murid sekolah rendah
menguasai cara penulisan dengan pelbagai genre penulisan.
Kumpulan Sasaran
Buku ini
disasarkan kepada kumpulan pendidik untuk membantu pelajar mereka menguasai
kemahiran penulisan yang lengkap dan teratur dengan sumbangan idea dan contoh kemudian
disertakan sekali dengan latihan pada setiap akhir setiap bab bagi membolehkan
pelajar menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Kandungan Buku
Buku Pelita Bahasa
Melayu II mengandungi 12 bab yang disusun mengikut urutan dimulakan dengan asas
permulaan mengarang, perenggan dan cara-cara atau petua dalam setiap genre penulisan.
Bab-bab tersebut adalah seperti berikut :-
Bab 1 –
Permulaan Mengarang
Bab II –
Lain-lain Latihan Membuat Ayat
Bab III – Mengarang Ayat-ayat Tunggal Jadi
Cerita : Menyambung-
nyambungkannya
Bab IV – Cara-cara Menyambung Ayat
Bab V – Memakai Tanda-tanda Berhenti
Dalam Tulisan Melayu (Jawi)
Bab VI – Memakai Tanda-tanda Berhenti
(Sambungan)
Bab VII – Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Bab VIII – Permulaan Berlatih Mengarang
Bab IX – Lagi Latihan Mula-mula Mengarang
Bab X – Perkataan-perkataan Pembatas
Karangan
Bab XII – Perkataan-perkataan Penghabis
Karangan
Berdasarkan bab dan kandungan buku ini, ia
merupakan rujukan lengkap bagi menghasilkan sebuah penulisan yang baik selain
melatih murid menggunakan bahasa dengan betul.
Impak Hasil Karya
Penghasilan
buku ini telah memberi impak yang amat berguna untuk menghasilkan penulisan
yang baik kerana ia disusun dengan penerangan dan penjelasan tatacara
penggunaan bahasa penulisan secara teratur. Za’ba jelas berpendirian bahawa
bahasa adalah “alat mengeluarkan fikiran”. Perkaitan di antara kedua-duanya itu
sangat erat, dalam erti kata bahasa yang digunakan itu hendaklah dengan tepat
menggambarkan fikiran. Za’ba mengatur pedoman penggunaan bahasa, khususnya
dalam karang-mengarang. Katanya :
Bahasa
itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar
atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul
seperti maksud yang di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada
dapat oleh mereka tujuan yang dikehendakkan itu.
(Bab Permulaan, Ceraian 4)
Za’ba mengajar
bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan semangat dan kedudukan Bahasa
Melayu itu sendiri. Za’ba juga pernah mengkaji penggunaan bahasa dalam akhbar
pada tahun 1900-1941. Bahasa sekitar tahun ini menggunakan bahasa mudah, bahasa
pengarang dan tersendiri. Ada juga yang cenderung menggunakan perkataan lama
dan ungkapan pinjaman dari Bahasa Arab. Dengan penghasilan buku ini beliau
mengabungkan elemen tatacara penulisan yang lengkap berdasarkan kepada kajian
dan perkembangan bahasa tersebut.
Sorotan Kajian
Selaras dengan semangat yang
ditunjukkan oleh Za'ba dalam perkembangan Bahasa Melayu, maka semua pihak yang
terlibat dalam memelihara kepentingan Bahasa Melayu perlulah sama-sama
mendaulatkan penggunaan Bahasa Melayu. Jika, dari segi rasionalnya, sistem yang
disempurnakan itu masih belum sempurna, maka aspek-aspek yang belum sempurna
itu hendaklah dikenalpasti dan penyelesaian ke atasnya dicari secara rasional agar
dicari jalan pelengkap bersama-sama untuk memperbaiki lagi apa yang telah
dicuba untuk disempurnakan. Usaha dan sumbangan Za’ba perlulah dikaji
kerana semuanya itu dapat menyemai bibit-bibit semangat cintakan negara dan
bangsa Melayu untuk generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada
perjuangannya itu kerana perjuangan beliau sentiasa ditunjangi oleh ketabahan,
kecekalan dan keyakinan.
Walaupun
Za’ba berpendidikan Inggeris tetapi beliau tetap berjuang gigih untuk
memartabatkan Bahasa Melayu, sama seperti pejuang bahasa pada hari ini. Usaha
Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi
Za’ba dalam rangka
mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha
yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara
tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan
institusi awal universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya
sebagai perintis bahasa Melayu baharu. Demikian juga usaha kerajaan Negeri
Sembilan mewujudkan Teratak
Za’ba yang bersifat muzium
tokoh seakan-akan Muzium
Hemingway di England dan
tertubuhnya Yayasan Pendeta Za’ba pada 7 November 1986 oleh Badan Kebajikan
Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan
dapat mengabadikan sumbangan Za’ba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau
berbahasa Melayu ini.
Bahasa Melayu Klasik
Menurut Ismail Hussein,“pembahagian yang
dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal
ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan
sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau
mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil
dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman
politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan
tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera
India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.
Dalam masa yang sama
bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan
sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan,
kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik,
pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad
ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14.
Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu
Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu
Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan
dan penyebaran agama Islam.
Bukti
tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’
Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed
Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab
ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran,
tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan
Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan
pengembaraan. Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan
orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan
Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.
Doktor
Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai
perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan
kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa
dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa. Terdapat beberapa definisi
yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa.Antaranya ialah Asmah Hj.Omar
(1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa
Melayu Klasik”.
Bahasa Melayu Moden
Menurut Amat Juhari(2006), bahasa Melayu
Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke
Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini
bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di
tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini
telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya
pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan
sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-
perpustakaan barat ini. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada
bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu.
Proses
ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah
mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja
seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata
lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan
merakyat. Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil
penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah
dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di
Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006) juga mengatakan bahawa berlakunya
beberapa peristiwa pada abad ke-19.Antaranya ialah pertembungan budaya
Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak,serta perkembangan
perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada
pengaruh Barat. Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan satu era yang
menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku
beberapa perubahan pada Bahasa Melayu. Bagi melihat dan mendekati perkembangan
semasa Tokoh Za’ba atau Nama sebenar beliau Zainal Abidin Ahmad.
Kesimpulan
Pendeta Za’ba serta semua karyanya adalah
sebenar-benarnya Warisan bangsa yang amat berharga khasnya dalam bidang bahasa
dan kesusasteraan melayu yang harus dikenang oleh generasi masa kini sebagai
sumber rujukan pada sepanjang zaman. Dalam perspektif sejarah penulisan
tatabahasa Bahasa Melayu, Za’ba merupakan satu-satunya ahli bahasa tempatan
yang menghasilkan tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya yang tersendiri.
Jika ingin dikaitkan dengan hasrat dan cita-cita Abdullah Abdul Kadir Munshi
yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa Melayu sejak akhir abad
kesembilan belas yang tidak kesampaian, tetapi Za’ba telah merealisasikan dan
menyempurnakan cita-cita tersebut. Buku Pelita Bahasa Melayu II pula merupakan
bahan rujukan yang boleh diwarisi sebagai bahan untuk meningkatkan martabat
bahasa seterusnya dikemaskini mengikut perkembangan bahasa semasa yang kian
berkembang selari dengan masa.
Rujukan
Abdullah Hassan, (1980). Lingustik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia,
Petaling Jaya : Fajar Bakti
Arbak Othman,(1984). Tatabahasa bahasa Malaysia, Kuala
Lumpur : Penerbitan Sarjana (M) Sdn.
Bhd.
Harun Aminurrashid, (1996). Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu.
Sinapura: Pustaka Melayu
Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan
dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik dan
Fonologi. Batu Caves: PTS
Publications.
Nik Safiah Karim et. al (2006) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,
Kuala Lumpur : Dewan Pustaka.
Za’ba (1946) Pelita Bahasa Melayu II, Kuala Lumpur : Dewan Pustaka.