Genesis Mining - Easy Mining

Jumaat, 5 April 2013

Contoh Rujukan Pengertian Rekanbentuk Visual dan Bahan


Pengertian Rekabentuk Visual

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Rekabentuk Visual


Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan samada pelajar tadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar). Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah diberi pendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai haiwan dan habitatnya, manakala kumpulan kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan kedua terpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi mengaitkan 9 haiwan dengan habitatnya. Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan. Bagi maksud kajian bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini saya telah memilih “didi games” sebagai bahan kajian rekabentuk visual saya. Kajian ini akan menyentuh berkaitan prinsip-prinsip reka bentuk visual iaitu simplisiti, domain, pola, seimbang, variasi dan harmoni.

0 Komen Anda:

Catat Ulasan