Genesis Mining - Easy Mining

Khamis, 4 April 2013

Contoh Rujukan Etnik

Etnik adalah berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan berada ditahap rendah atau tidak bermoral.Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

            Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.


            Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

0 Komen Anda:

Catat Ulasan