Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 16 April 2013

Contoh Rujukan Etika


Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Sebagai satu disiplin/sains yang akan dapat memberitahu kepada kita apakah sistem  moral yang dihayati oleh  satu satu kelompok manusia tertentu, secara mengkaji,   menganalisis dan mengkritik           sistem  moral tersebut.


Nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam terkandung dalam intitusi utama masyarakat yakni agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran masyarakat yang merupakan asas rasional bagi Perkhidmatan Awam yang berkesan di negara ini. Di Malaysia, undang-undang dan peraturan ini terkandung dalam etika perkhidmatan awam, perintah-perintah am dan usaha pemodenan tadbiran yang meliputi Manual Prosedur kerja dan Fail Meja, Pengurusan Mesyuarat, Pengurusan masa, memberi khidmat kepada orang awam, menjawab panggilan telefon dan pertanyaan awam serta perkhidmatan kaunter yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ia Juga merupakan peraturan dan kebenaran tingkahlaku perkhidmatan awam adalah tertera dalam perundangan dan peraturan yang mengandungi had-had tindakan dan perilaku anggota perkhidmatan awam dalam masyarakat. Secara keseluruhan etika merupakan kepercayaan seseorang berkaitan dengan tingkahlaku dan amalan yang perlu bagi seseorang.

Kod etika dilaksanakan bagi menentukan arah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pekerja. Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan di antara anggota perkhidmatan awam sebagai institusi utama kepada pembangunan negara. Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan.

Latihan dan pengajaran etika pula bermaksud cara sekumpulan manusia yang melatih atau dilatih bagi meningkatkan pembangunan konsep etika dalam diri mereka. Ia bertujuan memberi persediaan dan menerangkan berkaitan larangan dan tingkahlaku yang diperlukan dalam sesuatu organisasi atau masyarakat. Ia merupakan cara untuk mengajar manusia berkaitan keperluan dan kesedaran tingkahlaku yang diperlukan oleh seseorang dalam sesebuah masyarakat atau institusi.

            Kebanyakkan organisasi menyediakan kod etika mereka sendiri berkaitan dengan bidang yang mereka ceburi seperti doktor atau jururawat mempunyai kod etikanya yang tersendiri bagi membolehkan mereka mencapai stardard profesional dalam kerjaya mereka. Mereka juga tidak terlepas daripada hukuman sekiranya melanggar kod etika yang disediakan.

0 Komen Anda:

Catat Ulasan