Genesis Mining - Easy Mining

Selasa, 9 April 2013

Contoh Rujukan Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat. Urutannya seperti ini Perkataan bergabung membentuk frasa, frasa bergabung membentuk ayat dan dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. 

Ayat-ayat dalam ayat majmuk dikenali sebagai klausa. (klausa juga dikenali sebagai ayat kecil) Pengetahuan tatabahasa membantu pengguna bahasa membuat ungkapan yang lebih kompleks, dengan canggih dan betul. Dua bidang penting dalam tatabahasas ialah morfologi dan sintaksis. Nik Safiah Karim (1996): Morfologi menyatakan morfologi adalah merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata iaitu bagaimana perkataan-perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu disusun supaya menjadi ayat. Penggunaan tatabahasa yang baik akan menghasilkan komunikasi yang lebih berkesan.

Rujukan Carian Google



0 Komen Anda:

Catat Ulasan