Genesis Mining - Easy Mining

Khamis, 18 April 2013

Contoh Rujukan Pembelajaran Masteri


Pelopor pembelajaran masteri: Benjamin Bloom dan diubahsuai oleh Block Masteri’ bermaksud: mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam penilaian/ujian.Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Murid-murid akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai sesuatu unit pembelajaran yang sedang dimurid-muridinya. Pembelajaran Masteri adalah merupakan pembelajaran yang memberi peluang kepada murid-murid menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa sub unit. Peranan guru adalah sebagai pembimbing dan boleh mengatur supaya murid-murid dapat bantuan daripada rakan sebaya sesama kelas atau ahli-ahli lain kumpulan. Guru juga boleh mengadakan ujian untuk menguji kefahaman murid-murid.Ia bertentangan dengan konsep pembelajaran tradisional dimana di dalam kaedah ini murid-murid diberi masa yang sama untuk menguasai sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza.

Elemen-Elemen Pembelajaran Masteri

Di dalam suasana  pembelajaran masteri ini cabaran terletak kepada menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua murid-murid akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985 ; Bloom 1981). Elemen-elemen penting untuk kaedah pembelajaran masteri ialah (Mastery 2000). Elemen-elemen penting untuk kaedah pembelajaran masteri ialah :-

1. Menjelaskan secara spesifik kepada murid-murid apa yang akan dimurid-muridi dan  menjelaskan 
    bagaimana ianya akan dinilai.
2. Membenarkan murid-murid untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
            3. Memantau kemajuan murid-murid dan menyediakan tindakbalas berserta dengan   langkah.
    pemulihan yang sesuai.
4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.

Langkah-langkah Pembelajaran Masteri

Bagi memastikan semua murid-murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran, pembelajaran masteri dilaksanakan dalam 4 langkah iaitu :-

i.  Menentukan Hasil Pembelajaran Yang Perlu Dikuasai Murid-murid

Dengan menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid-murid guru akan dapat  mengenal pasti apa yang perlu dikuasai dan memberi tumpuan dalam penguasaan huraian pelajaran. Disamping itu juga, guru dapat merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar dan membantu membina ujian formatif dan sumatif untuk menghasilkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan berfokus.

ii.  Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang Berkesan

Berdasarkan  kepada perinsip asas untuk membolehkan semua murid-murid menguasai kemahiran berdasarkan tahap kecerdasan mereka memerlukan proses pengajaran dengan kaedah dan aktiviti berkesan yang akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti.

iii.  Penilaian Dengan Ujian Diagnostik Untuk Mengesan Tahap Penguasaan

Situasi ini membolehkan seseorang guru melakukan tindakan susulan berdasarkan kemampuan murid-muridnya untuk membolehkan mereka menguasai sesuatu unit pembelajaran sebelum beralih ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran yang terancang dengan kaedah dan


aktiviti yang berkesan memerlukan penilaian dengan ujian diagnostik bagi mengesan tahap penguasaan murid-murid. Dengan yang demikian akan akan memudahkan guru merancang kaedah dan strategi yang selanjutnya.

iv.  Melaksanaan tindakan susulan

Aktiviti pemulihan akan dilaksanakan bagi murid-murid yang belum menguasai tahap masteri dalam sesuatu unit dimana pencapaian mereka tidak mencapai tahap 80%. Setelah proses penilaian dan diagnostik dilaksanakan keputusan penilaian tersebut akan menjadi pengukur kepada tahap pencapaian murid-murid dalam sesuatu kemahiran yang disampaikan. Pada tahap ini murid-murid kemungkinan akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pemulihan dan kumpulan pengayaan. Aktiviti pengayaan pula dilaksanakan bagi murid-murid yang telah menguasai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan mencapai tahap masteri iaitu aras 80%. Pembelajaran masteri dilaksanakan secara bersistematik bagi memastikan semua murid-murid menguasai sesuatu sub kemahiran sebelum beralih ke sub unit yang lain.

Rujukan
Bloom, B.S. 1981. All Our Children Learning. New York: McGraw-Hill. 
Briner, M. 1999. What is Constructivism?(atas talian)
http://curriculum.calstatela.edu/faculty/psparks/theorists/501const.htm (13 Disember 2000)
Carroll, J.M. 1995. Principles and heuristics for designing minimalist
instruction. Technical Communications, 42(2): 243-261.
Ee Ah Meng (1996). Pemantapan Proses Pendidikan. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti  Sdn. Bhd..

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Metra Syahril Mohamed (2006). Tumpu akademik punca 
obesity, Mingguan Malaysia.
Jasper Woodbury Series. 2000. (atas talian)
 http://www.coe.uh.edu/~ichen/ebook/ET-IT/jasper.htm (12 Disember 2000)
Knowles, M. 1975. Self-Directed Learning. Chicago: Follet.
Levine, D. 1985. Improving Student Achievement Through Mastery Learning
Programs. San Francisco: Jossey-Bass.


0 Komen Anda:

Catat Ulasan