e-contoh rujukan pelbagai maklumat

Paparan maklumat atas talian tidak semestinya tepat.Rujukan bersumber perlu diteliti dan dimurnikan.

Pelbagai Rujukan Maklumat

Memaparkan kepelbagaian rujukan.e-contoh perkongsian sumber carian atas talian.

Contoh Rujukan Masa Kini

Blog memaparkan contoh rujukan.Maklumat yang dipapar adalah hasil carian google.

Contoh Rujukan Pelbagai Maklumat

Himpunan maklumat carian atas talian.Rujukan pelbagai bidang.

Teknologi memudahkan carian maklumat

Segala maklumat dapat diperolehi.Kesahihan maklumat perlu diteliti.

Genesis Mining - Easy Mining

Isnin, 28 Julai 2014

UCAPAN BERADAB AIDILFITRI


Assalamulaikum w.b.t,

Hampir semua ucapan Aidil Fitri yang beredar saat ini tidak diriwayatkanNya ( Baginda Nabi Rasulullah S.A.W) . Ianya juga dikatakan sama sekali tidak bersumber dari sunnah Baginda Nabi Rasulullah S.A.W melainkan merupakan "url" kebiasaan yang ada pada sesuatu masyarakat. Contoh ucapan :

"Minal Aidil Wal Faizin"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Mohon Maaf Zahir & Batin

Maka adakah berdosa jika kita mengucapkannya ?

Tentu tidak, kerana ucapan ini juga baik. Jadi bagaimana untuk mendapatkan pahala sunnah semasa menyambut Hari Raya.

DISARANKAN

Selain ucapan yang sering kita ucapkan ketika Aidil Fitri adalah lebih baik kita dahului dengan

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum"

Apabila bertemu, para sahabat Baginda Nabi Rasulullah S.A.W memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan berkata :

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum"
(Semoga Allah S.W.T menerima segala kebaikan kami dan kamu (Hadis Riwayat Ahmad).

Sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Bin Nufair r.a katanya :

"Apabila para sahabat Baginda Rasullullah S.A.W bertemu di hariraya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain

"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum"
(Semoga Allah S.W.T menerima segala kebaikan kami dan kamu)

Rujuk Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani Jil. 5 ms 270-271 menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Dan dengan kesempatan ini saya mengucapkan :
"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum"
Mohon Maaf Zahir Dan Batin

Sekirannya terdapat kekilafan, apa-apa juga kesalahan, kesilapan, kekasaran bahasa, tulisan sama ada secara sedar atau tidak sebagai manusia biasa saya memohon maaf.

Wallahualam...